Saturday, November 14, 2009

derita merindu

Aku di Terengganu...

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Tajuk entri kali ini diilhamkan oleh tajuk lagu single terbaru kumpulan Ahli Fiqir - Derita Merindu. Walau bagaimanapun, kerinduanku tidaklah 100% bersangkut-paut dengan lagu tersebut. Saat ini aku memang merindui dirinya. Dia juga katakan begitu kepadaku.

"Kite rindu kt awk sgt2"

Waktu-waktu begini memang mengundang perasaan seperti ini Bukan tujuanku untuk berjiwang karat. Hanyalah untuk meluahkan rasa hati yang sepi sendiri. Aku hanya menulis apabila hatiku ingin berbisik sesuatu, menjerit kegilaan dan bermonolog sendiri. Aku tidak harapkan blog aku dihujani jutaan pembaca. Cukup sekadar yang memahami rasa hati ini. Tempat ini tempat liburku selain dunia realiti di luar sana.

Aku rindukannya. :inlove:

--------------------
Q-F
--------------------

2 comments

November 15, 2009 at 6:01 AM

awww... i know how u feel, dilla. =p

November 15, 2009 at 9:43 AM

erm...sad isn't it?

Post a Comment