Friday, October 30, 2009

hari yang sejuk

Hujan sepanjang hari. Sejuk :wala:. Aku tidak tahan dengan kesejukan. Aku tidak katakan aku tahan dengan kepanasan. Tetapi, sejuk mengundang kesan sampingan padaku. Sejak malam tadi, tekakku mula rasa sakit. Makan Strepsils, tetapi tidak berkesan. Sekarang ini sudah selsema. Badan pun sudah rasa semacam. Bersin tidak henti-henti. Aku tidak suka jika aku sakit. Bila sekali sakit, akan menjadi sangat teruk. Semua sakit sampingan datang. Sakit kepala, sakit belakang, sakit tangan, sakit kaki, sakit satu badan. Macam mana hendak menanggungnya. Allah...Teringin hendak minum milo panas. Larat ke hendak buat ni...

Tengah hari tadi keluar bersama-sama kawan-kawan serumah. Membeli barang keperluan. Sepanjang perjalanan, hujan lebat. Aku juga dibasahi hujan. Tidak lencun. Tetapi baju lembab. Sampai sahaja di rumah, badan terasa panas...

Aku rindukan familiku. Tidak sabar untuk pulang ke rumah. Rindukan kawan-kawanku. Clavriene, Kazuki, Fizah, Fid...:inlove:

Aku rindu Q? Aku pun tidak tahu. Q rindu aku? Lagi aku tidak tahu. Hehe :sweaty:

--------------------
Q-F
--------------------

Wednesday, October 28, 2009

lepas satu, satu

Aku di Terengganu...

Cepat betul cuti Deepavali habis. Hari Isnin terpaksa bergegas pulang ke Terengganu. Esoknya pula ada perkhemahan. Letih...letih. Kami baru tahu tentang perkhemahan ini pada hari Khamis lepas, hari semua orang sibuk hendak pulang ke kampung. Kami ini dikira seperti menumpang sekaki dalam perkhemahan pelajar PISMP Sem 4.

Hari Selasa hingga Jumaat, perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) selama 4 hari 3 malam di Taman Pertanian Negeri Sekayu, Kuala Berang. Macam-macam aktiviti disusun untuk kami. Water confidence, Kebudayaan, Orienteering, Khidmat Masyarakat dan banyak lagi. Sekayu memang sejuk. Berkhemah pada masa ini memang mengundang kesabaran. Angin kencang, hujan lebat, tanah basah dan khemah banjir. Masing-masing sibuk menyelamatkan barang-barang supaya tidak ditenggelami air. :ayokona: Memang pengalaman berharga. Kebetulan aku masih berjaga ketika angin kencang dan hujan lebat melanggar khemah-khemah. Aku lihat kawanku berlari-lari kebasahan. Kata mereka, air naik ketika mereka sedang tidur. Khemah bocor tambahnya lagi. baru teringat, tiada parit kecil untuk saliran air di sekeliling khemah kami. Jadi, air menderu menyerang khemah-khemah. Akhirnya, hampir semua ahli KRS bergelimpangan di dewan berdekatan. Hari Jumaat, semua tertidur keletihan di dalam bas. Nasib baik hari Sabtu cuti...Tetapi, kena bangun awal pula. Basuh khemah. Terbantut hasrat hendak tidur lama :wala:.

Kembali ke rutin biasa...

Beberapa hari ini terasa cepat sahaja mengantuk. Mana tidaknya, kerja kursus yang tidak sudah, pembentangan yang bersusun, pengajaran makro yang menanti. Hai, lama-lama kering kontang aku.

Sekarang ini perlu menyelesaikan Kejohanan Tertutup Sofbol pula. Aduh...:hilo: Aku mengharapkan kerjasama dari semua ahli jawatankuasa pelaksana. Jika ada yang hanya memandang tanpa membantu, aku tidak dapat berkata apa-apa. Siapa aku?:anongnangyari:

---------
-----------
Q-F
--------------------

Saturday, October 17, 2009

merepek seorang

Pejam celik sudah hari Sabtu. Masih tidak hilang lagi penat pulang dari Terengganu. Adik-adikku tidak pulang minggu ini. Tinggal aku dan emak sahaja. Ayah sudah ke Johor malam semalam. Ke rumah kenduri kahwin katanya. Sebentar lagi, emak pun hendak keluar ke rumah terbuka. Aku? Insyaallah akan ke rumah opah. :okay:

Aku tidak tahu mengapa hati ini terasa tidak selesa. Seperti ada sesuatu terbuku di sini. Aku sendiri tidak tahu apa dia. Adakah kerana aku risaukan kerja kursus yang masih belum selesai? Atau aku merindui Q? Aku bingung. :hilo:

Cuti kali ini sekejap cuma. Isnin ini aku akan pulang ke Terengganu. Aku tidak pasti sama ada aku berpeluang menemui Q atau tidak. Dia syif petang minggu ini. Tidak dapat jumpa la agakanya. :sigh:

Menangis sendiri...

*suntingan:
tadi sempat singgah ke tempat kerja lama. alhamdulillah, aku sempat berjumpa dengan Napi dan Leha. Napi sudah semakin hensem. :inlove: Nasib baik aku tidak jatuh cinta. Hehe! Tidaklah...

----------------------
dill is enjoying this video on her own:

--------------------
Q-F
--------------------

Tuesday, October 13, 2009

say-anime

This entry dedicates to my Say-Anime friends...

How are you guys? It has been a while since our last meeting. I miss you guys so much :puppyeyes:. And I miss the site too. I stopped visiting the site when my enormous posts have been deleted by the 'angelic' moderators. I do not want to blame anybody, but it was so sad seeing your hardwork, time and also money brushed away within few seconds. Do not tell me you did not feel the way I felt. If you can accept it, then it was only me. Nevermind...

I visited the site a month ago and I was shocked because it was no longer there. In my mind, what happened?! :galit:. I left the site for few months and suddenly it vanished! Luckily I managed to talk with ThunderJo. He said the site has gone. The admins did not have enough cash to hold on to. I felt so sad. I am sorry you guys have to face this situation.

My dear friends, I just want you guys to know that I am doing fine here. I am in teacher-training college now. Please pray for my success. I hope we will have a chance to meet online and chat like we used to do.

DarkLotus, ThunderJo, kuronasu, king47, nearsgrl, Webblet


Hiro dear, if you are reading this, i want you to know that I MISS YOU :inlove:

--------------------
Q-F
--------------------

Sunday, October 11, 2009

kenangan pidato

Aku di Terengganu...

Setelah berhari-hari aku melihat Kak Yana bersengkang mata menyiapkan pergerakan Majlis Pertandingan Pidato antara Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pemulihan, KPLI Ambilan Jun 2009, akhirnya majlis berlangsung dengan baik. Alhamdulillah. :okay:

Tugas aku, ahli jawatankuasa hadiah sahaja. Tidak punya peranan yang besar. Aku juga terlibat dengan persembahan pentas. Tarian 1 Malaysia.

Aku ingatkan kali terakhir aku menari adalah pada BIG yang lalu. Tetapi hari ini aku menari lagi. Haha! :ahaha: Aku bukannya seorang yang lemah gemalai. Hanya cuba menari mengikut rentak yang sepatutnya. Penari-penari perlu pakai make-up! Aku sudah tidak senang duduk. Namun, aku pakai make-up juga. Hampir semua rakanku ingin melihat wajahku yang diconteng oleh warna-warna asing. Terasa seperti alien pula:galit: . Ye lah, aku mana pernah bergaya atau meconteng mukaku dengan make up sebelum ini. Pergi ke kelas dengan wajah biasa. sengihnampakgigi

Ini pengalaman baru...:ahaha:

---------
-----------
Q-F
--------------------

Thursday, October 8, 2009

macro-teaching

Aku di Terengganu...

Alhamdulillah, hari ini kumpulanku telah selesai dengan macro-teaching kami yang pertama. Setelah bertungkus-lumus bagai nak rak, kami berjaya mengendalikan pengajaran olok-olok ini. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelasku yang sudi menjadi anak murid kami,

Sya, Nina, Steph, Hui Yi, Ida, Irma, Kak Ina, Kak Fiah, Anep, Sufian :woooh:

dan buat sahabat-sahabat lain yang menyokong dari belakang, terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian semua tidak terbalas. Buat ahli kumpulanku,


Kak Yana, Dayang, Siti :inlove:

Terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Moga kita semua menjadi seorang guru yang berjaya. Insyaallah.


Sekarang ini, aku perlu fikirkan kerja kursus yang selanjutnya pula...:hilo:
--------------------
Q-F
--------------------

Thursday, October 1, 2009

letih

Letih...
Tidak terkata...
Perlu rehat...

:sleep:

---------
-----------
Q-F
--------------------