Wednesday, August 31, 2011

Blog Day 2011



Nuffnang ada mengadakan sambutan Hari Blog atau Blogs' Day pada hari ini. Teringin juga menjadi sebahagian daripada sambutan ini. Cuma perlu ceritakan tentang enam blog yang diminati. Semestinya banyak blog yang kamu adore kan? Ceritakan tentang enam blog bukan satu masalah  besar kan?



Pada pendapat aku blog garapan Aiman Azlan ini penuh dengan mesej Islamik. Cara dia menyampaikan suatu perkara dengan buah fikirannya sendiri. Santai tetapi penuh makna. 

http://mybacteria.blogspot.com/

Salah seorang kenalan blog aku. Senang berbicara dengannya. Penulisan Ghost Writer penuh dengan makna tersendiri. Aku tidak tahu orang lain tetapi kadang kala aku perlu lama berfikir sebelum memberikan sebarang komen dalam blognya. Bait-bait perkataan yang digunakan lebih kepada bahasa nusantara. Usah malu bertanya jika kamu tidak faham coretan penulis ini. Aku pun tengok kamus kadang-kadang. Hehe


HS menggunakan pendekatan kartun untuk menceritakan segala-galanya. Kartunnya tidak kompleks dan senang untuk difahami. Kalau kamu sudah bosan untuk menghadap tulisan yang panjang lebar, singgah sebentar ke blog HS. Pasti kamu tersenyum lebar ^^


Okei. Ni pun blog yang menggunakan kartun sebagai perantara antara dia dan pembaca. Memang lawak penulisan dia. Suka singgah dan gelak sorang-sorang bila lepak blog ni. Kartun simple membuatkan kita lebih santai dan seronok untuk membaca sambil ketawa.


Suka sangat menjenguk blog Cik Cha ni. Pelbagai gambar menarik Cik Cha muatnaik dan dia turut sama menyelitkan sedikit perasaan bersama gambar dengan menulis beberapa bait kata-kata. Sambil layan gambar menarik, baca sekali kata-kata indah Cik Cha ^^


Seorang penulis. Penuh imaginasi tersendiri. Sangat suka membaca penulisan dia di blog. Aku sedang bertungkus-lumus mencari novel terbaru dia, Sekebun Bunga Cinta. Namun masih belum ketemu. Entri-entri dia bisa buat kita ketawa. Senang membaca entri dia. Dia juga seorang yang peramah. Tidak lokek senyum. Lesung pipit yang mahal tu =)

Ini hanyalah sebahagian daripada blog-blog yang aku minati. Ada banyak lagi yang lain. Kamu semua sentiasa di hati.

i heart u.

Salam 31 Ogos 2011


Malaysia,
tanah airku tercinta,
tanpamu tiada aku,
tanpamu tiada dia,
tanpamu tiada kamu,
tanpamu tiada mereka,
tanpamu tiada kami semua.

Salam Kemerdekaan Ke-54.
Semoga keamanan senantiasa menyelubungi atmosfera bumi Malaysia.


Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Buat semua rakan-rakan blogger yang dihormati dan disayangi, di kesempatan ini Dill ingin mengucapkan 
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Jika ada sebarang tutur kata Dill yang menyinggung perasaan kamu semua, Dill mintak maaf ye. Raya ni usah main mercun. Nanti tangan hancur. 

Sekian.


*auto-published.

Sunday, August 28, 2011

kekangan yang mengekang si dill

Lokasi: Kampung Tercinta
Perasaan: Suam-suam kuku
Mood: Ofkos Raya!

Pemusnah segala: Streamyx buat hal.

Terima kasih streamyx kerna buat hal tika aku berada di kampung. Menghalang aku merepek bagai selama seminggu. Sekarang menagih internet di rumah opah. Jika ada entri selepas ini, itu adalah entri auto-published. ^^

Kawan-kawan, seminggu lagi kita merepek-raban lagi ya.

Saturday, August 27, 2011

catan: berudu

Berhampiran denai kelihatan seorang budak lelaki sedang asyik mengutip biji saga. Dia tidak pedulikan manusia yang lalu-lalang melalui jalan kampung berdekatan. 

"Kumpul banyak-banyak. Boleh simpan dalam balang. Konfem cun ah! Boleh tunjuk pada kawan-kawan kat sekolah." TK mengomel sendiri sambil jari-jari kecilnya ligat mengutip biji saga yang kemerahan. Pokok saga berdekatan kedai runcit Uncle Ghost memang port TK melepak bila ingin bersendirian. Si Dill dan Orlando sibuk tolong kacau Emak masing-masing memasak. TK budak baik. Tidak mahu kacau Emaknya seperti Dill dan Orlando. Eceh.

"Syok oh kalau ade geng ni. Boleh main banyak benda." Poket kiri dan kanan seluar TK sudah penuh dengan biji saga. Dia berjalan perlahan-lahan. Kalau laju-laju nanti habis jatuh semua biji saga. Rugi-rugi.

Dari jauh dia ternampak seorang budak perempuan memakai seluar trek hitam dengan baju t warna biru sedang duduk mencangkung menghadap lopak air. Terkedek-kedek TK menghampiri budak perempuan itu. TK teringin juga hendak tahu apa yang menarik sangat lopak air tu sampai budak perempuan tu mencangkung penuh minat. 

"Weh, kamu buat ape? Lopak air ni ade ikan ye?" tegur TK. Budak perempuan itu memalingkan kepalanya. Mulutnya terkatup seperti penuh dengan sesuatu. Dia cuba senyum. Matanya mengecil.

"Kamu  bisu ke weh? Buat apa ni? Aku nak join!" TK pandang budak perempuan itu. Menunggu jawapan.

"Kite ambik berudu dari sini," tangan kanan cuba menahan air yang keluar dari mulutnya akibat bercakap dan tangan kiri menunjuk ke arah lopak air. 

Mata TK membuntang. "Kamu simpan kat mana?!"

Jari telunjuk budak itu menunjukkan mulutnya. Matanya mengecil lagi tanda dia senyum.

TK terkejut. "Wei, buang wei! Kotor! Ape kehal simpan berudu dalam mulut! Buang! Buang!"

Budak perempuan itu kaget. Terus diluahkan semua air dalam mulutnya. Kelihatan beberapa ekor berudu menggeletek atas tanah. Mukanya keliru. Kenapa tidak boleh masukkan berudu dalam  mulut. Hari itu dia lihat di televisyen, Mr Bean memasukkan ikan emas dalam mulutnya dan ikan emas tu sihat walafiat je bila dimasukkan kembali ke dalam akuarium.

"Nape tak kasi kite amik?" tanya budak perempuan tu.

"Kotor la. Kamu pergi kumur-kumur. Jom, kita balik sama-sama" TK membuat isyarat menyuruh budak perempuan itu bergerak.

"Nama ko siapa wei?" tanya TK.

"Kite Liyana"


jom baca!
cintaku ibarat udara
1. cintaku ibarat udara intro: versi Dill / versi Orlando
2. kenangan ramadhan: versi Dill / versi Orlando
3. merajuk: versi Dill / versi Orlando


kisah tipu: penulis hantu dan keropi
1. Episod 1
2. Episod 2

Friday, August 26, 2011

kisah tipu: penulis hantu dan keropi #2

"Uncle ooo Uncle!"

Kedengaran suara nyaring menjerit-jerit memanggil Uncle Ghost. Dill masuk ke kedai runcit Uncle Ghost. Matanya melilau mencari empunya kedai. Dari kejauhan kelihatan Uncle Ghost sedang sibuk menyusun botol-botol sos tiram di raknya. Dill ingin mengejutkan Uncle Ghost tetapi hasratnya dimatikan apabila dia melihat Uncle Ghost merenung satu botol sos tiram. Uncle Ghost tersenyum lagi. Perlahan-lahan Dill mendekati Uncle Ghost.

Dalam masa yang sama Uncle Ghost terkenang kembali kisah dulu-dulu. Botol sos tiram. Memang menggamit jiwa raga. 

"Abang, tolong  pergi ke rumah Pak Mail. Mintakkan Emak bunga kantan. Terlupa pulak yang bunga kantan kat rumah kita ni dah terkorban semuanya,"

Penulis Hantu yang sedang syok melayan drama orang putih bingkas bangun. Diulang semula kata-kata emaknya, "Bunga kantan, Emak? Okei"

Penulis Hantu mencapai basikal kesayangannya dan mula mengayuh. Makin lama makin laju. Dia seperti sudah terlupa insiden sakit tulang belakang akibat jatuh tempoh hari. Mulutnya mengalunkan lagu 'Roulette' nyanyian kumpulan System of A Down. Lima minit Penulis Hantu drift, selamat sampai dia ke rumah Pak Mail. Rumah kayu Pak Mail tersergam indah. Pak Mail ada rumah atas. Penulis Hantu mendongak ke atas.

"Assalamualaikum!" tiada sahutan. Dia memberi salam sekali lagi. Masih tiada sahutan. Dari kejauhan dia ternampak pokok bunga kantan tumbuh cantik menghiasi tepi laman rumah Pak Mail. Takkan hendak cilok pula. Tak baik oh!

"Mungkin orang kat rumah tak dengar aku kasi salam kot," desis hati Penulis Hantu. Dia mendekati tingkap paling hampir. Baru sahaja dia membuka mulut untuk memberi salam, dia terasa kepalanya dicurah sesuatu dari atas. Bukan air kerna ia berbau. Kepalanya basah. Cepat-cepat dia lari dari tempat asalnya berdiri. Dia mengelap rambut dan menghidu bau di tangannya. Bau sos tiram! Dia lihat gadis yang sama tertumpahkan sos tiram dari tingkap itu. Dan gadis itu tidak perasan!

"Err. Assalamualaikum, Cik Keropi. Sos tiram awak tertonggeng tu ha," sound Penulis Hantu.

Keropi tersentak. Dilihat botol sos tiram di tangannya. Hanya tinggal separuh. Terus dia melihat wajah Penulis Hantu. Sudah dilumuri dengan sos tiram. Dari rambut hingga pipi. Keropi menutup mulutnya yang ternganga.

"Ya Rabbi! Mintak maaf! Saya tak perasan la boleh tertumpah sos tiram ni tadi. Kejap-kejap, saya datang" pantas kelibat Keropi hilang dari pandangan Penulis Hantu.

Keropi muncul semula di pintu dapur dengan sapu tangan bersih. Dia melangkah laju menuju ke arah Penulis Hantu. Dicubanya lap muka Penulis Hantu tetapi dia tiba-tiba tersedar. Malu. Diberikan sapu tangan itu kepada Penulis Hantu. "Awak lap muka awak ya. Maafkan saya"

"Aduh. Sweetnya minah ni," bisik Penulis Hantu dalam hati. "Err, awak.."

Keropi menoleh. "Ya?"

"Nak bunga kantan dua tiga batang boleh?"

Keropi mengangguk. Dia masuk ke dapur semula dan keluar menghala ke pokok bunga kantan. Dicantasnya beberapa batang bunga kantan. Dihulur kepada Penulis Hantu.

Mata mereka bertentangan dan masing-masing tersenyum.


"Subhanallah!" Hampir terlepas botol sos tiram dari tangan Uncle Ghost. Nasib baik sempat disambut. "Ya Allah, Dill. Usah buat macam tu lagi. Semput Uncle."

Dill tersengih. "Nak beras enam cupak"


jom baca! - kisah tipu: penulis hantu dan keropi #1

Thursday, August 25, 2011

Tuesday, August 23, 2011

i heart you

ehsan pacik gugel

Kita dipisahkan oleh papan-papan iklan,
manusia sesesak sardin,
namun aku tetap utuh dengan perasaan aku.

  you Aeril Zafrel^^ 

*ngee~

naik turun ramadhan

Sebelum Ramadhan, naik satu kilogram.
Pengakhiran Ramadhan, turun dua kilogram.

Berfikir tahap serius untuk naik sedikit demi sedikit. Lima kilo? Dream on, baybeh!

quickie! #1

Tidak sempat melawat belog kawan-kawan. Dalam kondisi yang kurang menyenangkan. Aku demam. Dah okei nanti aku lawat kamu semua ya. Doakan aku cepat sembuh.

Shamsuddin Amin, usah sedih-sedih. Doakan saye cepat sembuh ya ^^

Ah ha! Satu lagi. Ada yang tak tau setengah kati tu banyak mana. Setengah kati = 300 gram. Bukan berkilo-kilo ye. Hehe.

Take care semua.

Sunday, August 21, 2011

kisah tipu: penulis hantu dan keropi #1

Penulis Hantu terduduk keletihan setelah seharian menyusun stok-stok barangan runcit yang baru sampai pagi tadi. Kedai runcitnya lengang waktu lewat petang. Dia terpandang basikal tua miliknya. Walau sudah uzur namun masih bertenaga membawa badan Penulis Hantu yang kerempeng itu. Penulis Hantu tersenyum sendiri. Teringat kisah lama.

Penulis Hantu mengayuh basikal laju-laju. Sudah hampir masuk waktu Maghrib dan dia masih di luar. Dia menyalahkan dirinya kerna terlalu asyik bermain bola sepak sampai tak ingat dunia. Penulis Hantu menyusuri jalan kampung dan tidak semena-mena ada sebuah basikal lain muncul dari simpang berdekatan. 

Dum! Basikal mereka berlaga. Kedua-duanya jatuh.

"Aduh, sakitnya tulang belakang aku!" keluh Penulis Hantu. Matanya memandang tepat kepada empunya basikal yang satu lagi. Seorang gadis!

Gadis itu memegang kepalanya. Pening barangkali. Dia membetulkan cermin mata yang senget akibat jatuhan tadi. Dia mengangkat kepala dan turut memandang Penulis Hantu.

"Maafkan saya," katanya.

Penulis Hantu terkedu. "Eh, tak pe-tak pe. Salah saya. Laju sangat tadi. Saya Penulis Hantu, Cik ni nama apa?

"Keropi." Mereka tersenyum sesama sendiri

"Uncle!"

"Opocot!" Penulis Hantu melatah.

"Hahaha! Uncle berangan ye. Senyum sorang-sorang. Nasib baik Orlando tak de kat sini. Kalau tak, kena bahan la Uncle ni." Dill sengih

"Aduh. Kamu ni Dill. Kus semangat Uncle. Ha! Nak beli apa ni?"

"Nak bawang setengah kati"

Jom baca!


lagu raya eon cover

Permintaan dari blog-tips-kurus kita. Lagu Raya Eon. Ini versi pendek. Dill tak jumpa klip video lagu ni kat Youtube. Yang ada tu pun suara tak berapa nak jelas dan versi baru. Kita nak versi old skool ^^

Hari Raya hari yang mulia
penuh bererti kepada kita
tua muda miskin dan kaya
menyambutnya dengan gembira

berhati-hati di jalan raya
semoga anda selamat tiba
ucapan selamat hari raya
dari Eon untuk semua



Korang dengar irama dan lagu je okei. Suara sumbang tu sila abaikan. 

hitam kuning ke lima ratus

Terima kasih kerna sudi menjadi yang ke lima ratus





Aku kekeringan idea untuk mencipta banner comel. Jangan marah ya ^^

-dill-

Saturday, August 20, 2011

setelah...

Publish entri sebelum keluar melihat bumi Tuhan.

Sukakan lagi sejak pertama kali mendengarnya beberapa tahun lalu. Sedikit terkesan di hati.

mahu tulis pagi-pagi buta

Apa punya tajuk la. Tetapi memang ada kebenarannya. Sewaktu aku menaip jam menunjukkan pukul 5.39 pagi. And I am wide awake

Maaf ya jika kamu semua rasa ayat-ayat dalam entri sebelum ini seperti ayat longkang atau ganas semacam. Aku jua manusia biasa. Ada sifat amarah. Cuma aku bukan jenis meletus seperti Gunung Berapi Krakatoa tu. Oleh sebab itu aku memilih untuk menulis di sini. Kadang-kadang aku bosan dengan karenah manusia di luar sana. Muka Ya Rabbi, pijak semut pun tak mati. Tetapi hati Allah s.w.t. sahaja yang tahu.

Bila membaca entri Republic Aku  tentang cinta, aku teringat kisah-kisah dahulu. Cewah! Macam banyak pengalaman je. Padahal seciput. Lain kali aku cerita. Mungkin tidak ada yang kisah tetapi aku mahu tulis juga. Haha!

Jadi kawan-kawan, aku mungkin akan menulis entri ayat longkang beberapa bulan sekali kerna aku jelik dengan perangai mamat itu. Jelik. Dulu hingga kini. Masa hadapan tak tentu lagi.

mode: menunggu Subuh.

Friday, August 19, 2011

edisi meluah perasaan #1

Guwa bengkek ngan Lu, brader! Lu kasi mandi marka Lu dengan hadiah bagai. Bila Guwa hantar SMS cerita pasal masalah laptop Guwa, Lu buat bodoh. Guwa rasa Lu memang dah bodoh la brader. Serius Guwa tak pernah jumpa manusia macam Lu sebelum ni. Janji manis macam gula-gula Smarties. Hakikatnya pahit seperti petola.

Allah Mengetahui. Semoga Dia sabarkan diriku seperti mana serikandi Islam di zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Allah sentiasa bersamaku. Ameen.

p/s: maaf di atas penggunaan bahasa kasar.

Thursday, August 18, 2011

apa aku nak mase kecik-kecik dulu

Bukan tergolong dalam keluarga berada membuatkan aku lebih berhati-hati dalam berbelanja. Zaman budak-budak dulu banyak benda yang aku teringin. Biasalah, budak-budak kan. Perasaan inginkan sesuatu memang membuak-buak. Lagi-lagi bila kita ternampak kawan kita ada satu-satu barang yang kita tidak ada. Seingat aku (memori tidak sekuat mana), aku tidak pernah meminta barangan bukan-bukan dari Emak dan Ayah. 

Perkara yang sama juga berlaku semasa aku sekolah menengah. Duit belanja tidak semewah sekarang. Aku sering diingatkan berkali-kali oleh Ayah yang dahulu dia cuma punya lima sen dan seposen sebagai belanja. Aku angguk tanda faham (padahal sudah tidak lalu hendak dengar ceramah percuma). Masih teringat sewaktu tingkatan empat, aku ada kelas prep pada waktu petang sampai malam. Aku tidak sempat balik ke rumah kerna perkhidmatan bas hanya satu jam sekali. Duit aku pula hanya cukup-cukup untuk belanja pada waktu rehat sahaja. Jadi secara tidak langsung aku skip makan tengahari dan makan malam. Apabila masuk ke kelas, perutku mula mengeluarkan irama zapin, joget, pop rock, balada dan pelbagai irama yang menyedihkan. Ada satu kali tu kawanku membeli pisang goreng di gerai berdekatan. Aku hanya mampu melihat, menelan air liur. Dalam hati, "Lapar". Petangnya selepas kelas prep, kami perlu mengikut Cikgu berjoging. Jauhnya, Ya Rabbi. Memang menambahkan lagi kelaparan aku. Kasihan sama perut aku.

Oh. Sedih.

Tika di Taman Ilmu dan Budi dahulu pun aku sering mencatu duit. Hari-hari makan lauk yang sama. Sampai Abang Cafe tu tak payah tengok lauk kat bekas polistrin. Hebat tak hebat? Haha! Duit banyak dihabiskan di cyber cafe kerna hanya di situ sahaja aku boleh mendapatkan maklumat untuk assignment. Alhamdulillah, Ayah sudi meminjamkan aku komputernya. Senang sikit aku hendak menaip kerja kursus. Masa belajar ni banyak juga benda hendak dibeli. Tetapi aku cepat-cepat marah diri sendiri. Jimat! Jimat!

Bila sudah bekerja dan punya duit sendiri menyebabkan aku membeli apa yang aku inginkan. Walau tidak semua tetapi kadang-kadang aku layankan juga kepala gila aku ni. Antara yang aku sering beli sekarang ialah beskot Famous Amous. Memang manis tahap dewa. Tetapi aku suka. Dulu hanya dapat bau sahaja. Sekarang, nah!


Terima kasih Ya Rabb atas nikmat yang Kau berikan. Sesungguhnya daripada Engkau kami datang, kepada Engkau jua kami kembali.

p/s: Emak selalu kata: Along tak suka shopping. tak payah risau. 
       Ayah pernah kata: Kamu kena belajar shopping la, Kak Long.
       Aku: Baek! Saya yang menurut perintah~

Wednesday, August 17, 2011

bila bersahabat... : blogger

Sebelum ini pernah menulis tentang rakan sekerja, kawan dan sahabat di entri ini. Dan ada kawan-kawan blog bertanyakan tentang status mereka. Bagaimana pula dengan kenalan di blog? Kategori apa?

Blog merupakan satu medium yang sangat luas. Mendekatkan yang jauh dan merapatkan lagi yang sudah sedia dekat. Seperti biasa kenalan blog bermula dengan fasa mudah.

Menegur di kotak sembang (chatbox) dan seterusnya bersembang pelbagai topik. Kalau waktu sekarang ni, sembang tentang rayalah! Kemudian rajin meninggalkan komen. Timbal balik. Bertukar-tukar pandangan.

Fasa-fasa mudah ini membuatkan kita mengenali kawan-kawan blog. Bukan sekadar ucap Hi! atau Kunjungan! di kotak sembang tetapi setia bersama dengan penulisan kita.

Lama-kelamaan kita akan selesa dengan kawan-kawan blog. Biasa dengan cara pergaulan dan biasa dengan gaya penulisan. Hubungan ini boleh dikembangkan menjadi kawan-kawan dan jika tiada apa-apa masalah boleh menjadi sahabat.

Seorang rakan sekerja boleh menjadi seorang sahabat jika kena dengan gayanya. Begitu juga dengan penulis blog atau blogger, pun boleh menjadi sahabat. Yang penting selesa berkawan atau bersahabat. Tiada udang di sebalik batu. Ikhlas.

Tanpa jiwa-jiwa penting di sekeliling kita boleh diibaratkan seperti sebatang pokok yang tumbuh sendiri di tengah-tengah padang yang luas. Sunyi.

corat-coret ramadhan 16

[alien] haii
[dill] hai :)
[alien] posa tadi?
[dill] alhamdulillah. awak pose?
[alien] hehe. ary ni kantoy
[dill] ha?
[alien] xpe t ganti la. hahaha
[dill] awak amik mudah je pasal mende ni ye?
[alien] kne marah la ni? esok sy puasa la
[dill] hmm
[alien] sehari je
[dill] saye cume ingatkan je. ramadhan ni bukan boleh diambil mudah
[alien] ye sy tahu :-(

Kat atas tu adalah sebahagian perbualan antara aku dan alien. Mula-mula bersemangat bertanyakan tentang sama ada aku puasa atau tidak. Ya, itu adalah soalan rutin pada setiap Ramadhan. Lebih-lebih lagi kepada kaum Hawa. Telah difahami seantero dunia kaum Hawa ada keistimewaan tersendiri pada setiap bulan.

Apa yang ingin aku tekankan di sini, Ramadhan bukan lagi menjadi bulan istimewa buat sesetengah umat Islam. Tidak malu mengakui yang mereka tidak menunaikan tanggungjawab berpuasa. Seperti kawanku si alien itu. Dia seperti memperlekehkan puasa apabila menyatakan dia cuma kantoi sehari. Dia seperti menyamakan puasa itu seperti kapas. Ringan dan terbang bila ditiup angin. Jika alien masih berumur setahun atau sebaya dengan anak-anak kecilku di sekolah, aku akan memahami kondisinya. Tetapi dia sudah layak dipanggil ketua keluarga. Subhanallah. Puasa diambil mudah.

Walau ada yang mungkin berkata, mungkin dia kerja buruh. Letih. Ya, aku faham rukhsah puasa. Tetapi dia sudah baligh, mampu, tidak kerja berat dan dia seorang Islam. Nama Islam yang dibawa. Perbualan semalam begitu terkesan di hati aku. Aku kecewa sebenarnya.

Pernah aku membaca satu artikel tika belajar di Taman Ilmu dan Budi dahulu. Jika kaum Adam tidak solat atau puasa sebabnya mungkin dua perkara. Sama ada dia gila atau datang haid. Dan..

alien ini seorang Adam. Kamu rasa macam mana?

wordless wednesday #8


Tuesday, August 16, 2011

cintaku ibarat udara: merajuk

"Orlando oo Orlando!" pitching Dill sedikit lari apabila menjerit memanggil nama Orlando. Seketika kemudian emak Orlando menjengukkan kepala dari tingkap rumah.

"Eh, Dill. Orlando ade dalam rumah ni ha. Dia monyok semacam je makcik tengok. Dari balik sekolah semalam monyoknya. Bila makcik suruh turun, dia buat tak tahu je. Dill balik dulu ye. Orlando senggugut kot," Emak Orlando tersenyum. Cuba membuat lawak santai.

"Baik Makcik. Esok Dill datang lagi. Kirim salam sama Orlando" Dill berlalu pergi. 

Otaknya ligat berfikit. Kenapa Orlando jadi macam tu? Dill ada buat salah apa-apakah? Dill cuba rewind. pause. play otaknya lagi. Berkali-kali. Dill tidak ingat. Aduh. Esok jerit nama Orlando lagi lah nampaknya.

Esoknya Dill datang lagi.

"Orlando! Weh! Usah nak lari! Kamu ni kenapa?!"

Kebetulan Orlando berada di beranda rumahnya. Tidak sempat untuk melarikan diri. Ditenungnya Dill. Hatinya geram. Sampai hati Dill buat macam ni pada dia. Lepas tu buat-buat tak tahu pula.

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula," Orlando berperibahasa. Dill ternganga.

"Ce kamu cerita, kenapa kamu tanak jumpa orang? Letih orang jerit hari-hari. Kamu buat derk je. Sakit tekak orang tau," omel Dill.

"Gua bengang ngan lu," Orlando jawab pendek.

"Apa salah orang? Kamu kena la terangkan dulu. Hari tu kamu terus lari balik rumah lepas nampak orang. Tanak jumpa orang dah lepas tu," Dill pula bengang.

"Lu tu la! Siapa suruh sembang sama Badrul lama-lama. Siap cium-cium pipi lagi. Peluk gitu gini. Gua bengang sama korang!"

Dill terdiam kemudian tersenyum. "Wei, Orlando! Kamu jangan cakap kamu jeles ngan Badrul! Dia tu baru umur setahun la! Orang dukung dia pastu orang cium pipi dia. Kamu nak dengki buat apa? Gila la kamu ni. Macam tu pun nak jeles. Dah-dah! Orang nak kasi kuih koci ni. Orang ngan emak buat tengahari tadi," Dill mendaki tangga rumah Orlando dan meletakkan plastik berisi kuih koci di hadapan Orlando.

"Kamu gila," kata Dill sebelum berlari pulang. Orlando tersengih seperti kerang sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Monday, August 15, 2011

Hiro? siapa pulak die tu?

Haha! Sebelum apa-apa aku ketawa dahulu. Selepas entri Happy Birthday, Hiro ada yang bertanya siapa Hiro ni. Dia bukan blogger Hiro: Akal Tunjang tau. Dia bukan boipren aku jua. Dia kawan pena aku. Kenal kira-kira empat tahun lepas. Pernah menulis tentangnya di sini. Dia tinggal di Florida, Amerika Syarikat. Ayahnya berasal dari Jepun dan Ibunya orang asli Amerika atau mereka panggil Red Indian

Teringin hendak pergi ke Florida.

Hiro, If you are reading this entry please reply ya. Do not simply write in the chatbox. I want you to click 'syok kat dilla' and drop your comment. This is an order not a request. Haha! And please correct me if I am wrong with your background. Psstt..I am promoting you, here. 

Happy Birthday again!

Happy Birthday, Hiro!

To My Dearest Friend, Hiro.

Happy Birthday!
Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true!

Love,
Dilla.


*2010 wish

Sunday, August 14, 2011

disclaimer

Buat kawan-kawan atau penulis blog atau pengguna internet yang ingin menggunapakai atau memetik sebarang ayat atau seluruh entri dalam blog ini, aku harap kamu semua memberi kredit kepada atau acknowledge aku. Bukan apa, menulis suatu di sini bukan semudah yang disangka. Idea tercipta dari melalui pemikiran dan pembacaan tersendiri. Tidak ada masalah jika ada yang ingin berkongsi tetapi adalah lebih baik jika kita menghargai penulis tersebut. Hanya letak namanya dan jika rajin letak pautan blognya sekali. Dia akan terasa lebih dihargai. Termasuk aku.

Harap difahami seantero dunia.

bila bersahabat...

No man is an island - John Donne (1572-1631)

Setiap daripada kita memerlukan sekurang-kurangnya satu jiwa lain dalam kehidupan. Alhamdulillah kita dikurniakan famili sebagai sokongan utama. Selain daripada famili, kita juga memerlukan lingkungan rakan-rakan bagi mewarnai kehidupan kita. 

Mencari seseorang yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita tidak semudah yang disangka. Sering kita dengar atau baca 'Kawan di kala ketawa senang dicari, kawan tika menangis tiada siapa yang sudi'. Kawan itu sendiri ada rank nya tersendiri. Ada rakan sekerja, kawan dan sahabat. Segala yang ditaip di sini adalah menurut pengamatan aku sendiri. Peribadi. Tidak apa kena mengena dengan sesiapa pun. Dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

Rakan sekerja
Kawan jenis ini sering kita jumpa di tempat kerja. Pergaulan antara rakan sekerja hanya setakat di tempat kerja. Disulam sedikit dengan gelak ketawa penjana suasana. Kita jarang bercerita hal peribadi kepada rakan sekerja kerna sudah diset dalam minda bahawa ada jarak perlu dijaga. Bukan semua rakan sekerja boleh menerima apa yang dikata. Cukup sahaja kita berkata tentang kerja :)

Kawan
Pada aku kawan ni seperti kenalan yang kita kenal secara keseluruhan. Berborak tentang hal-hal yang berkaitan dan kadang-kadang berkongsi hobi yang sama. Jarang berbicara tentang hati dan perasaan kerna masih ada kekangan yang pergi diambil kira. Walau bagaimanapun kawan sedikit bernilai dalam hati berbanding rakan sekerja. Selalunya kawan sekolah rendah, sekolah menengah atau peringkat universiti lebih akrab daripada rakan sekerja.

Sahabat
Sahabat merupakan kedudukan tertinggi dalam hati. Berkongsi tentang hati dan perasaan dan sentiasa ada bila diperlukan. Sahabat sewaktu susah senang tidak mudah dicari. Apabila memerlukan sokongan moral, Insyaallah dia ada bersama-sama kita. Sahabat yang baik akan cuba membantu kita dalam kehidupan. Tidak wujud istilah tikam belakang atau mengumpat sana sini. Sepatutnya lah.

Walau bagaimanapun kita patut bersyukur kerna punya rakan sekerja, kawan-kawan dan sahabat-sahabat dalam kehidupan. Menulis tentang ini bukan hendak memberitahu dunia bahawa kita patut meletakkan kawan-kawan kita pada kedudukan tertentu. Cuma ingin memberitahu betapa kita harus menghargai sesiapa sahaja dalam kehidupan ini. 

Ia mengambil masa lima minit untuk berkenalan dan bermesra namun bertahun-tahun untuk melupakan sesiapa jua. Hargai persahabatan kamu kerna jika ia hilang, sukar untuk mendapatkannya kembali. Sama seperti dahulu.

Buat semua yang sudi menjadi sebahagian dari hidup aku, terima kasih daun keladi =)

entri penutup #1

Ketika entri ini ditaip, lagi enam minit pukul 1 pagi.
Tidur-tidur, esok mahu sahur.
Jumpa empat jam dari sekarang.
Insyaallah.

Ikan Pari's Art: gambar katak

Cik Sal, seperti yang dijanjikan ini gambar katak untuk Cik Sal. Dilukis khas oleh Abang Ngah. Dia tidak tahu bagaimana hendak melukis secomel katak keropi. Namun dia ada trademark nya tersendiri.


kat bawah ni Keropi ye.


Saturday, August 13, 2011

al-kisah al-bazar

Seperti yang dirancang Cik Sal sampai ke rumah aku awal petang semalam. Kalau bukan bulan Ramadhan, sudah dijamu dengan pelbagai jenis air minuman [okei. ini tipu].  Cik Sal mengajak aku ke Bazar Ramadhan. Kebetulan tahun ini aku belum lagi berjalan-jalan secara extreme kat mana-mana Bazar Ramadhan. Cuma menjenguk gitu-gitu adalah. 

Langit sememangnya mendung tika Cik Sal sampai. Bajet nak pergi Bazar Ramadhan yang masyuk-masyuk. Lepas memulakan perjalanan, sekali hujan maha lebat. Seperti tidak sudi menyambut kedatangan aku ke Bazar Ramadhan. Nak suruh aku masak hari-hari ke hape? Adeh. Tetapi scene yang paling aku suka apabila pergi ke suatu tempat tika kehujanan dan kami sahaja yang ada payung. Terasa sedikit best sebab orang lain perlu berlari-lari anak menyelamatkan diri dari kebasahan namun kami santai dengan berpayung. Walau sudah sedikit kuyup. Haha! Apabila selesai membeli apa yang patut kami berjalan semula ke kereta ferrari oren Cik Sal. Yah! Hujan sudah berhenti ya. Gerimis mengundang pun tak de. Macam meraikan ke'blah'an aku dari Bazar Ramadhan.

Okei la. Aku majuk. Lepas ni aku masak la......kat rumah kawan. Haha! Dia masak semua sedap! >.<

Friday, August 12, 2011

mana nak cari dik non oi~

Beberapa minggu lepas aku pulang ke kampung halaman. Ayah mengajak kami satu famili melawat abang sepupu. Abang sepupu dan isteri baru mendapat anak perempuan. Sampai sahaja di sana, lebih banyak pot pet pot pet antara emak-emak dan ayah-ayah. Aku dan adikku cuma melayan budak-budak kecil.

Pesanan daripada ayah untuk si dill: Kak Long, kalau boleh tambah berat lagi lima kilo. Aku sengih. Mana nak cari lima kilo tu weh~

Ikan Pari's Art: special edition


Hari tu minta Abang Ngah lukiskan gambar lembu. Nah! Ini lembunya. Aku suka sangat semua hasil kerja Abang Ngah. Kiut! Hehe. Ini bukan Qaisarah ye. ^^

Okei. Mari buat pertandingan menamakan lembu ini! Haha! Tak de lah. Enjoy the picture!

Gambar lain:

Thursday, August 11, 2011

Alhamdulillah, akhirnya...

Akhirnya siap juga kerja yang dipertanggungjawabkan. Ada lagi yang menunggu. Selesaikan satu-satu. Tak cukup tangan. Ada dua tangan satu otak sahaja. Telah digunakan semaksima mungkin. Hari ini hari berehat. Hehe. Berehat la sangat. Malam nanti sambung buat kerja. 

Waktu sahur ni ingatkan hendak makan roti disapu marjerin. Malangnya roti dah berkulat. Nasib baik perasan. Kalau tak, dengan kulat-kulat tu aku ngap! 

Ya rabbi, siapalah yang main mercun pagi-pagi buta ni. Nak kena hempok ke weh! Baik pergi sahur. Macam tak de kerja lain nak dibuatnya.

Tiba-tiba rindu famili. *sigh~

Wednesday, August 10, 2011

Doodle's Giveaway by Cik Nuyui 'Ain

Wah! Dah lama tak join GA! Kali ini ditag oleh Syan_Neesa yang comel! Terima kasih ^^




Ah ha! Kalau nak tahu semua syarat penyertaan, korang klik je banner tu ye ^^

Oh. Ada kerja rumah dari Cik Penganjur. "Saya suka doodle kerana..."
saya memang sukakan grafik yang comel-comel. Lebih-lebih lagi kalau ia kartun seperti banner tu. Terasa sangat teruja. Lagi best kalau saya mampu melukis seperti itu. Tetapi saya tidak berbakat. So by adoring someone who is so talented in drawing, it would be so much fun! ^^"

Mangsa tag kali ini ialah: