Tuesday, August 16, 2011

cintaku ibarat udara: merajuk

"Orlando oo Orlando!" pitching Dill sedikit lari apabila menjerit memanggil nama Orlando. Seketika kemudian emak Orlando menjengukkan kepala dari tingkap rumah.

"Eh, Dill. Orlando ade dalam rumah ni ha. Dia monyok semacam je makcik tengok. Dari balik sekolah semalam monyoknya. Bila makcik suruh turun, dia buat tak tahu je. Dill balik dulu ye. Orlando senggugut kot," Emak Orlando tersenyum. Cuba membuat lawak santai.

"Baik Makcik. Esok Dill datang lagi. Kirim salam sama Orlando" Dill berlalu pergi. 

Otaknya ligat berfikit. Kenapa Orlando jadi macam tu? Dill ada buat salah apa-apakah? Dill cuba rewind. pause. play otaknya lagi. Berkali-kali. Dill tidak ingat. Aduh. Esok jerit nama Orlando lagi lah nampaknya.

Esoknya Dill datang lagi.

"Orlando! Weh! Usah nak lari! Kamu ni kenapa?!"

Kebetulan Orlando berada di beranda rumahnya. Tidak sempat untuk melarikan diri. Ditenungnya Dill. Hatinya geram. Sampai hati Dill buat macam ni pada dia. Lepas tu buat-buat tak tahu pula.

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula," Orlando berperibahasa. Dill ternganga.

"Ce kamu cerita, kenapa kamu tanak jumpa orang? Letih orang jerit hari-hari. Kamu buat derk je. Sakit tekak orang tau," omel Dill.

"Gua bengang ngan lu," Orlando jawab pendek.

"Apa salah orang? Kamu kena la terangkan dulu. Hari tu kamu terus lari balik rumah lepas nampak orang. Tanak jumpa orang dah lepas tu," Dill pula bengang.

"Lu tu la! Siapa suruh sembang sama Badrul lama-lama. Siap cium-cium pipi lagi. Peluk gitu gini. Gua bengang sama korang!"

Dill terdiam kemudian tersenyum. "Wei, Orlando! Kamu jangan cakap kamu jeles ngan Badrul! Dia tu baru umur setahun la! Orang dukung dia pastu orang cium pipi dia. Kamu nak dengki buat apa? Gila la kamu ni. Macam tu pun nak jeles. Dah-dah! Orang nak kasi kuih koci ni. Orang ngan emak buat tengahari tadi," Dill mendaki tangga rumah Orlando dan meletakkan plastik berisi kuih koci di hadapan Orlando.

"Kamu gila," kata Dill sebelum berlari pulang. Orlando tersengih seperti kerang sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

17 comments

August 16, 2011 at 6:52 PM

aduyai... dah parah dah dua orang ni... patut dijodohkan je la... orlando ahmad, sila meminang cik dill lepas raya ni...

August 16, 2011 at 8:16 PM

sokong tukang karut! cikgu dill, pe lagi! senyum la lebar-lebar hehehe =)

August 16, 2011 at 10:16 PM

sokong TK jgak!!!

August 16, 2011 at 10:30 PM

setuju dgn TK jugak

cepat pinang dil orlando!

August 16, 2011 at 10:31 PM

sape orlandoo nh..hehe

August 16, 2011 at 10:35 PM

haha, teringin nak jumpa Orlando ni. sama tak macam orlando bloom ? :D

August 16, 2011 at 10:37 PM

tgh bercinta keee? aha

August 16, 2011 at 10:41 PM

ak jeles ngan orlando... huhu

August 16, 2011 at 11:10 PM

wooo,

ada versi lah..

nak usha jap =)

August 16, 2011 at 11:10 PM

orlando???

August 16, 2011 at 11:26 PM

amboi. orlando dh pandai period. haha

August 16, 2011 at 11:46 PM

dah macam lahu alehandro lak bunyi orlando..

August 17, 2011 at 12:03 AM

Oooo Eeem Jiii.. Betul gilos punya tahap jeles ni.. Hahaha..

August 17, 2011 at 4:55 AM

dill,
ai jadi pengapit bertauliah nanti yek?! lalalala.. :)

August 17, 2011 at 10:02 AM

Kahakahkah.. Orlando mmg tidak bgiru center otaknya.. Eh kuih koci bg die je watpe? Meh sni anta kan orliyana pulek.. Wakakakakak~

August 22, 2011 at 12:28 AM

aik? pelik bila plak wujud cerita ni???

September 2, 2011 at 7:16 AM

bahaya kalo da tahap jelez mcm neh..haha~

Post a Comment