Thursday, August 18, 2011

apa aku nak mase kecik-kecik dulu

Bukan tergolong dalam keluarga berada membuatkan aku lebih berhati-hati dalam berbelanja. Zaman budak-budak dulu banyak benda yang aku teringin. Biasalah, budak-budak kan. Perasaan inginkan sesuatu memang membuak-buak. Lagi-lagi bila kita ternampak kawan kita ada satu-satu barang yang kita tidak ada. Seingat aku (memori tidak sekuat mana), aku tidak pernah meminta barangan bukan-bukan dari Emak dan Ayah. 

Perkara yang sama juga berlaku semasa aku sekolah menengah. Duit belanja tidak semewah sekarang. Aku sering diingatkan berkali-kali oleh Ayah yang dahulu dia cuma punya lima sen dan seposen sebagai belanja. Aku angguk tanda faham (padahal sudah tidak lalu hendak dengar ceramah percuma). Masih teringat sewaktu tingkatan empat, aku ada kelas prep pada waktu petang sampai malam. Aku tidak sempat balik ke rumah kerna perkhidmatan bas hanya satu jam sekali. Duit aku pula hanya cukup-cukup untuk belanja pada waktu rehat sahaja. Jadi secara tidak langsung aku skip makan tengahari dan makan malam. Apabila masuk ke kelas, perutku mula mengeluarkan irama zapin, joget, pop rock, balada dan pelbagai irama yang menyedihkan. Ada satu kali tu kawanku membeli pisang goreng di gerai berdekatan. Aku hanya mampu melihat, menelan air liur. Dalam hati, "Lapar". Petangnya selepas kelas prep, kami perlu mengikut Cikgu berjoging. Jauhnya, Ya Rabbi. Memang menambahkan lagi kelaparan aku. Kasihan sama perut aku.

Oh. Sedih.

Tika di Taman Ilmu dan Budi dahulu pun aku sering mencatu duit. Hari-hari makan lauk yang sama. Sampai Abang Cafe tu tak payah tengok lauk kat bekas polistrin. Hebat tak hebat? Haha! Duit banyak dihabiskan di cyber cafe kerna hanya di situ sahaja aku boleh mendapatkan maklumat untuk assignment. Alhamdulillah, Ayah sudi meminjamkan aku komputernya. Senang sikit aku hendak menaip kerja kursus. Masa belajar ni banyak juga benda hendak dibeli. Tetapi aku cepat-cepat marah diri sendiri. Jimat! Jimat!

Bila sudah bekerja dan punya duit sendiri menyebabkan aku membeli apa yang aku inginkan. Walau tidak semua tetapi kadang-kadang aku layankan juga kepala gila aku ni. Antara yang aku sering beli sekarang ialah beskot Famous Amous. Memang manis tahap dewa. Tetapi aku suka. Dulu hanya dapat bau sahaja. Sekarang, nah!


Terima kasih Ya Rabb atas nikmat yang Kau berikan. Sesungguhnya daripada Engkau kami datang, kepada Engkau jua kami kembali.

p/s: Emak selalu kata: Along tak suka shopping. tak payah risau. 
       Ayah pernah kata: Kamu kena belajar shopping la, Kak Long.
       Aku: Baek! Saya yang menurut perintah~

34 comments

August 18, 2011 at 8:45 PM

dah tu nak dengar cakap siapa? mak ke ayah?

August 18, 2011 at 8:57 PM

alahh, kesiannya kat kak dil :'(

August 18, 2011 at 9:07 PM

kite pun mase kat um hari tu, hari2 makan lauk yg same jugak.. ngee.. jimat punye pasal..

August 18, 2011 at 9:26 PM

Kesusuhan permulaan kehidupan itu mengajar kt mjadi manusia yg mensyukuri.. Betapa rahmat TUHAN itu hadir secara perlahan2 lalu di hujungnya berakhir dgn berkat kte mcari kemanisan hidup..

Life is a gift~

August 18, 2011 at 9:46 PM

bersusah dulu, sennag2 kemudian...

August 18, 2011 at 10:24 PM

kesiannn T___T

August 18, 2011 at 10:33 PM

xpe ape2 pon syukur =)

S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
petua cari jodoh!

August 18, 2011 at 10:46 PM

dengar ckp ayh baguss ! hahhaa !

August 18, 2011 at 11:17 PM

Aku suka baca cerita2 begini .

*senyum*

August 18, 2011 at 11:46 PM

Err,


ok, ada dua peribahasa yang boleh diguna pakai bagi entri ni


1.sikitsikit, lamalama jadi bukit.
2. susah dahulu senang kendian.


yang mana yaa ?

August 18, 2011 at 11:47 PM

bukan mudah untuk mudah harus ada rasa susah payah dahulu baru akan di permudahkan...

August 18, 2011 at 11:51 PM

kalau kita tak belajar hidup susah, kita takkan mnghargai apa kita ada skrg kan?
tp famous amos mmg manis pon haha but sedp gilee

August 19, 2011 at 12:05 AM

hmm..sedih lak bc entry nie
teringat zmn kecik2 dlu

August 19, 2011 at 12:29 AM

kesusahan tu buat kite makin kuat, Gua syukur sangat sebab lahir dalam keluarga susah dulu, kalo tak maybe Gua ni hanyut kowt...

adik berdik Gua bila dah bekerjaya, semua hidop agak mewah dan rajin jalan2, diorang cakap kecik2 dulu tak merasa, dah besar ni la nak balun semua, keh3

August 19, 2011 at 1:00 AM

background aku pn lebih kurang mcm ni.. ble kenang balik itulah penguat semangat smpai ke hari ini

August 19, 2011 at 1:09 AM

aku penah mintak abah belikan motor tapi abah bolayan.abah bagi pinjam motor dia je g skolah.cian aku.tapi dah keja nie aku beli motor sendiri dia lak mintak tukar.hehe

August 19, 2011 at 2:58 AM

syukur la nak :D
nasib kita lebih kurang sama.. sekarang alhamdulillah, keadaan semakin baik..

tp tak de la sampai kena suruh jogging time perut kosong..azap aku..:P

August 19, 2011 at 3:37 AM

sedih :(

tapi syukur lah dh berubah
org ckp
bersusah dulu, bersenang2 kemudian :)

August 19, 2011 at 6:58 AM

hai dill
tu la.. org yg tahu ssh akn blajr mghargai nkmat yg dia dpt..tgk skrg, syukur..:)

August 19, 2011 at 7:39 AM

kemain.

Kena belajar shoping ya.

Haha. Bertuah bakal laki.

August 19, 2011 at 7:59 AM

tersentuh membacanya..

* u r what u eat. hehe! makan la nasi, jangan makan jajan je. camne nak gemok...

August 19, 2011 at 8:02 AM

sama jugak, tak pernah mintak yg bukan-bukan ngn mak ayah.

*cuma sekarang belum pernah makan beskot Femes Amos tu.
**pity me

August 19, 2011 at 10:25 AM

wow... tak suka shoping? hehehehe

August 19, 2011 at 11:07 AM

skang ni dh keja, belanja sy mkn icecream la.. haihhh..

August 19, 2011 at 12:05 PM

tapi kau sekarang masih lagi budak kecik...

August 19, 2011 at 12:55 PM

kadang2 pengalaman lalu 2 la mnjadikan kt lebih bersemangat utk mngubah khdupan kan... tahniah Dill, anda berjaya mgatasinya..

August 19, 2011 at 1:20 PM

kau bukan kaki shopping ke? susah nak jumpa. hehe. jom makan steamboat. :)

August 19, 2011 at 2:56 PM

bini pun suka biskot ni...die panggil biskot ni biskot wangi...hahaha

August 19, 2011 at 4:01 PM

kesenangan sesudah keperitan itu nikmat sekali kan..syukur pada Tuhan~ =)

August 19, 2011 at 4:15 PM

dugaan hidup. Alhamdulillah la sekarang Allah dah balas dengan nikmat. hehehehe

New entry : Kenapa Lelaki Makin Pupus?

August 19, 2011 at 4:33 PM

kesusahan tu mengajar kita untuk lebih menghargai sesuatu pemberian dan rezeki yang Allah kurniakan :)

August 19, 2011 at 5:44 PM

dill. serius xske shopping???


err...

August 19, 2011 at 6:15 PM

ya Allah..sedihnya abg bc..T_T


trm ksh dill,abg mmg x pnh bersyukur masa kck2 dlu.

August 20, 2011 at 12:41 PM

bdk2 skang hnfon pn sbjik sorang..


dulu kita nk g bljar,mak ayah bagi duit ckit je..sbb xnk mewahkan dngn harta benda

Post a Comment