Sunday, August 14, 2011

bila bersahabat...

No man is an island - John Donne (1572-1631)

Setiap daripada kita memerlukan sekurang-kurangnya satu jiwa lain dalam kehidupan. Alhamdulillah kita dikurniakan famili sebagai sokongan utama. Selain daripada famili, kita juga memerlukan lingkungan rakan-rakan bagi mewarnai kehidupan kita. 

Mencari seseorang yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita tidak semudah yang disangka. Sering kita dengar atau baca 'Kawan di kala ketawa senang dicari, kawan tika menangis tiada siapa yang sudi'. Kawan itu sendiri ada rank nya tersendiri. Ada rakan sekerja, kawan dan sahabat. Segala yang ditaip di sini adalah menurut pengamatan aku sendiri. Peribadi. Tidak apa kena mengena dengan sesiapa pun. Dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

Rakan sekerja
Kawan jenis ini sering kita jumpa di tempat kerja. Pergaulan antara rakan sekerja hanya setakat di tempat kerja. Disulam sedikit dengan gelak ketawa penjana suasana. Kita jarang bercerita hal peribadi kepada rakan sekerja kerna sudah diset dalam minda bahawa ada jarak perlu dijaga. Bukan semua rakan sekerja boleh menerima apa yang dikata. Cukup sahaja kita berkata tentang kerja :)

Kawan
Pada aku kawan ni seperti kenalan yang kita kenal secara keseluruhan. Berborak tentang hal-hal yang berkaitan dan kadang-kadang berkongsi hobi yang sama. Jarang berbicara tentang hati dan perasaan kerna masih ada kekangan yang pergi diambil kira. Walau bagaimanapun kawan sedikit bernilai dalam hati berbanding rakan sekerja. Selalunya kawan sekolah rendah, sekolah menengah atau peringkat universiti lebih akrab daripada rakan sekerja.

Sahabat
Sahabat merupakan kedudukan tertinggi dalam hati. Berkongsi tentang hati dan perasaan dan sentiasa ada bila diperlukan. Sahabat sewaktu susah senang tidak mudah dicari. Apabila memerlukan sokongan moral, Insyaallah dia ada bersama-sama kita. Sahabat yang baik akan cuba membantu kita dalam kehidupan. Tidak wujud istilah tikam belakang atau mengumpat sana sini. Sepatutnya lah.

Walau bagaimanapun kita patut bersyukur kerna punya rakan sekerja, kawan-kawan dan sahabat-sahabat dalam kehidupan. Menulis tentang ini bukan hendak memberitahu dunia bahawa kita patut meletakkan kawan-kawan kita pada kedudukan tertentu. Cuma ingin memberitahu betapa kita harus menghargai sesiapa sahaja dalam kehidupan ini. 

Ia mengambil masa lima minit untuk berkenalan dan bermesra namun bertahun-tahun untuk melupakan sesiapa jua. Hargai persahabatan kamu kerna jika ia hilang, sukar untuk mendapatkannya kembali. Sama seperti dahulu.

Buat semua yang sudi menjadi sebahagian dari hidup aku, terima kasih daun keladi =)

35 comments

August 14, 2011 at 11:53 AM

kita sahabat kan kan kan? baik angguk cepat...

August 14, 2011 at 12:01 PM

alalalala.. sweet gitu.. hehe.. :D

August 14, 2011 at 12:07 PM

bila bersahabat satu je yg plg xsuka

perpisahan
even tiap pertemuan itu ada perpisahan

August 14, 2011 at 12:15 PM

aku juga punya pemikiran sama seperti kawan. kawan aku ramai tapi sahabat sejati itu susah nak cari.

August 14, 2011 at 12:18 PM

semuanya perlu dihargai...
barulah hidup kita juga berharga~

=)

August 14, 2011 at 12:20 PM

=) SAHABAT & FAMILY LA CERIAKAN HIDUP UMIE !!

August 14, 2011 at 12:44 PM

sahabat yg btol2 susah nak cari ..

August 14, 2011 at 12:50 PM

atok dah pun menjadi sebahagian dari hisup dill...mekasih singgah jojak pondok buruk atok tuu =)

August 14, 2011 at 12:56 PM

sama2 :))

August 14, 2011 at 1:01 PM

"Ia mengambil masa lima minit untuk berkenalan dan bermesra namun bertahun-tahun untuk melupakan sesiapa jua. Hargai persahabatan kamu kerna jika ia hilang, sukar untuk mendapatkannya kembali. Sama seperti dahulu"


suka ayat ni =)

August 14, 2011 at 1:01 PM

betul 2 Dill...sahabat memang susah nak cari, adakala saya lebih suka pendam sendiri dari berkongsi..

August 14, 2011 at 1:04 PM

hahahahaha... sweet sweett

August 14, 2011 at 1:05 PM

Dill, kita sahabat kan??? ngeheheh
susah nak cari sahabat sejati dalam dunia ni, sebab tu bila dah jumpa tu kita hargai betul2 (^__^)V

August 14, 2011 at 1:06 PM

eh! kita ni sahabat ke kwn? hehehe

August 14, 2011 at 1:15 PM

Suke perenggan akhir.. Sahabat amek mase 5 minit utk knal tp btaon2 utk lupe..

=D

August 14, 2011 at 2:13 PM

suka entri nie...heheh..^^.. bgi rads,, shabat tu da umpama keluarga sendiri... xD.. Cam da adik beradik..:)

August 14, 2011 at 2:37 PM

iema xnk jadi sebahagian. nak jadi sepenuh bahagian...
haha

August 14, 2011 at 3:29 PM

true friends bring out the best in each other.

point untuk kawan blogger mcm mane pulak? huhu

August 14, 2011 at 4:11 PM

oh aku ada kawan sekerja dan sahabat..masalah aku ni ada penyakit susah nak 'keep in touch'..

August 14, 2011 at 4:32 PM

terima ksih kerana menjadi sahabat sy~ ^^

August 14, 2011 at 4:32 PM

yess.. hargai laa sahabat anda ! :)

August 14, 2011 at 5:42 PM

jom jadii sahabat....

August 14, 2011 at 5:57 PM

I have no frenz n even companions n even buddies n even chums... Im a fren of myself.. Sedihnye.. Huwaaaaaaaaa...

August 14, 2011 at 6:03 PM

dilllllllll.. will you 'friend' me? hoho!!

*i'm so grateful to have a wonderful housemate. Alhamdulillah.. :)

August 14, 2011 at 6:06 PM

@Liyana Zahim
wah! that was a very selfish statement, darl :). you have denied all people who love you. i sayang u ma. you are one of my friends too :)

August 14, 2011 at 6:28 PM

sepanjang hidup kita, kawan datang dan pergi .

tapi ada dua tiga kawan yang datang , tak pergi2 .

pegang kawan yang itu . jaga kawan yang itu .


=)

August 14, 2011 at 6:29 PM

dulu ada byk kawan dan ada tu kenal
dr kecik lagi.tp lepas dah tikam sana
sini serik nak berkawan.

ada family dah cukup.
kawan?time susah tak nampak.time
senang ramai jelma.haha

August 14, 2011 at 7:02 PM

\(*3*)/

August 14, 2011 at 9:00 PM

moga peroleh sahabat yang baik dunia akhirat..:)

August 14, 2011 at 9:14 PM

terkadang rakan sekerja boleh naik taraf jadi kawan atau sahabat.sama cam sahabat.kadang boleh turun pangkat jadi orang asing.shit.

August 14, 2011 at 10:37 PM

sangat nice entry ni. salam perkenalan :)

August 14, 2011 at 11:25 PM

kita kawan sebelog kan ?


Err,

August 15, 2011 at 12:43 AM

nak cari kawan memang senang tapi nak mencari sahabat amat la payah . hmm

August 15, 2011 at 8:55 PM

how sweet.. love fren forever :)

August 16, 2011 at 4:31 PM

sangat bertuah dpt kenal kak dilla :)
da lama x jumpa kan :)

Post a Comment