Friday, August 31, 2012

Anak Perak

Ini adalah pengumuman untuk Anak-Anak Perak. 

Boleh menulis dalam loghat Perak dengan agak baik (aku pun bukannya reti sangat)? Aku ingat nak buat buku cerpen dalam loghat Perak. Korang rase macam mana? Siapa-siapa yang rase nak join, roger aku.

dillasamurai@gmail.com
dillasamurai@yahoo.com


p/s: buat masa ni hanya emelkan kepada aku siapa yang hendak join ye. thanks to Angah sebab  bertanya tentang tema. Masih belum ditentukan lagi. 

Monday, August 27, 2012

Sunday, August 19, 2012

Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri buat semua rakan blogger. Jangan makan banyak sangat. Nanti jenuh nak bawak perut. Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 17, 2012

berkongsi ilmu di laman sosial

Sekarang ni kita acap kali disajikan dengan pelbagai kata-kata ilmu di laman sosial. Tapi aku nasihatkan korang supaya memastikan setiap perkara yang kamu share tu betul-betul sahih. Bukan hanya dicopy paste. Bukan apa, apabila setiap perkara itu dikongsi bersama sahamnya turut kita nikmati.

Kalau share perkara yang sahih dan benar, insyaallah sahamnya dapat membantu kita.

Kalau perkara tu melencong dari yang sepatutnya? Sahamnya jatuh pada kita jugak.

Itu sebab lebih afdhal rasenya kalau korang bertanya kepada orang yang lebih mengetahui. Usah main share je. 

Okei. Tata!

Wednesday, August 15, 2012

corat-coret ramadhan dan raya

Sedar tak sedar Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Harapnya masing-masing berlumba-lumba mengisi masa dengan ibadah. Ameen.

Berpuasa di perantauan ni  bukan lagi perkara baharu untuk aku. Bertahun-tahun begini. Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk pulang ke kampung. Dua tiga tahun lepas aku bekerja pada hari raya pertama. Memang menguji kesabaran betul. Kenangan :)

Kepada insan-insan yang syok gila bermain mercun pada setiap malam, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sebab kamu semua menyumbang kepada pencemaran bunyi yang sudah sedia ada di kota metropolitan ni. Setiap kali terkejut dengan dentuman mercun bola korang tu. Sampai suatu hari dah hampir tengah malam, korang masih lagi berdentam-dentum, aku terdengar satu suara Adam menyergah "Hoi!!!" Selepas itu malam menjadi sunyi sepi. Terima kasih Encek yang menyergah itu. Aku kira bayinya menangis selepas mendengar bunyi mercun. Ramai lagi bayi yang menangis. Memang patut pun dia mengamuk. Kurang sivik betul orang yang main mercun ni.

Ramadhan ni banyak mengajar aku erti kesabaran. Namun aku jua manusia biasa. Apabila ada unsur-unsur luar yang cuba membuat aku marah, sabar aku menipis. Yang aku tau,

'Siapa-siapa yang gagal meletak amarahnya pada tempat yang sepatutnya, dia adalah keldai.'

Ada juga insan yang asyik suruh aku positif. Jawapanku mudah.

"Saya tidak sepositif itu."

Aku bukan dari kalangan alim ulamak. Bukan warak. Tapi aku manusia yang mengerti apa itu perasaan Bengang.

Okei. Dah teremosi la pulak.

Nanti-nanti aku update lagi. Tata!

Monday, August 13, 2012

literature of heart

Another one from me


It is not as beautiful as the title itself. But I wrote it sincerely from my heart and soul.

Enjoy.

Wednesday, August 8, 2012

Monday, August 6, 2012

Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Terima kasih atas setiap titisan peluh.
Terima kasih atas setiap titisan air mata.
Kami sayangkan kamu.