Friday, December 31, 2010

Wednesday, December 29, 2010

merepek lagi

Aku tidak tahu sudah berapa kali aku menggunakan perkataan repek sebagai tajuk entri. Bukan  tidak ada idea. Tetapi aku rasa aku memang merepek yang bukan-bukan.

Sejak balik ke hutan batu ini, aku asyik tidak nyenyak tidur. Mungkin masih rindukan suasana kampung halaman. Dalam pada itu juga, kepala otak aku ni ada sahaja benda mengarut yang hendak difikirkan. Walaupun ia mengundang sakit hati yang melampau, aku masih fikirkan juga.  Aku sudah abnormal. Adoi.

Aku sedang cuba move on. Tetapi seperti ada sekatan. Aku ingin lepasi sekatan itu. Namun sesuatu masih merangkul aku dari belakang. Kehidupan aku tika 2010 ini amat bercelaru.

2011, tolong beri peluang untukku bertenang. Aku pohon.

Monday, December 27, 2010

repek kerepek

Perangai manusia ni kadang-kala susah hendak difahami. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Rasanya sudah berkali-kali aku tekankan, biar jujur dan ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. Insyaallah, Allah akan membantu kita jika kita ditimpa kesusahan. 

Perlakuan kamu agak memeningkan kepala otak aku yang sudah sedia pening ini. Dahulu tidak kisah aku mengambil berat tentang kamu. Sekarang aku sudah tidak dibenarkan lagi. Apa sudah jadi ni? Kamu risau kekasih hati kamu mengamuk jika aku ambil tahu tentang dirimu? Jangan risau. Aku masih tahu bagaimana untuk menjaga hati kaum hawa. Cuma, kadang-kala kamu yang tidak peka dengan perasaan kaum hawa. 

Jaga hati dan perasaan dia elok-elok. Berhijrahlah dari seorang manusia kini kepada manusia yang lebih baik. Sesungguhnya apa yang kamu lakukan, segalanya tidak dapat lari dari pandangan Allah.



Monday, December 20, 2010

repekan keempat

Aku mengaku aku tidak sempurna. Tidak sehebat mana. Yang aku tahu, aku perasaanku ikhlas. Tidak berpura-pura. Dahulu aku sering usik kamu dengan kata-kata perli. Mengapa kamu tidak hubungiku walaupun kredit telefonmu masih berbaki. Tidak salahkan, bertanya khabar? Aku jauh dari kamu. Aku tidak tahu apa agenda kamu di sebalik sana. Aku tidak pinta kamu mengemaskini keadaanmu setiap masa. Aku cuma dambakan berita darimu. Adakah kamu sedang rindu aku. Adakah kamu sedang menatap gambarku. Adakah kamu sedang tersenyum membaca sms ku yang dulu-dulu. Aku tidak sangka kamu rimas dengan semua ini. Aku tidak sejiwa denganmu, bukan?

Aku bukan jenis perempuan yang sanggup buat apa sahaja demi cinta. Aku ada akhlak yang perlu dijaga. Selama ini aku membantumu, ikhlas kerana Allah s.w.t. Tetapi tafsiranmu tentang niatku berlainan sekali. 

Dua tahun tunggu kamu? Kita kenal belum sampai dua tahun pun. Terima kasih.

'Lagipun saya dengan awak bukan ada apa-apa'


Ya, saya faham. 


'what goes around, comes around.'


Wednesday, December 15, 2010

4 Tanda Munafik

Sabda Rasulullah s.a.w:"Ada empat tanda munafik. Apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah )". Riwayat Ahmad






hari keluarga kami

Seboleh-bolehnya tidak mahu tulis entri emo. Tetapi perlu medium untuk luahkan segala. Aish...

Hobiku waktu cuti sekolah ni, makan. Aku suka makan banyak-banyak. Tetapi dalam masa yang sama, aku tidak mahu gemuk. Bukan apa, nanti pergerakan terbatas. Aku ni jenis manusia yang suka buat hampir semua kerja laju-laju. Terutamanya, jalan laju-laju. Lepas tu jatuh! Haha! Jatuh tangga. Jatuh longkang. Familiku geleng kepala. Aku tersengih kerang. Jadi, badan perlu sentiasa terasa ringan untuk jalan lebih laju. >.<

Awal Disember lepas, kami adakan Hari Keluarga di Teluk Senangin. Chaletnya, alhamdulillah selesa. Sepupu sepapat gembira mandi laut. Aku malas hendak mandi. Leceh la, pakai cermin mata. Power dah beratus-ratus. Kalau mandi pakai cermin mata, karat la jawabnya. Kalau tak pakai cermin mata, tak pasal-pasal aku terpeluk abang handsome kat sebelah. Haha! Imaginasi melampaui batas! Tetapi aku serius!

Tidak mahu muat naik gambar di sini. Nanti orang kata aku cari publisiti. Sekarang pun aku dalam proses memadam gambar-gambar di Mukabuku. Bukan sebab perasan cantik, atau takut orang mengorat. Haha! (aku tahu aku tidak cantik mana). Cuma, tidak perlu expose sangat. Aku tidak penting mana. ^^

Blog aku pun bosan kan? Jadi, cuba teka orangnya macam mana? Haha!

Monday, December 13, 2010

i don't want to

For Allah's sake, I don't want to feel this way. 



He doesn't love you, Dilla. Wake up!



Sunday, December 12, 2010

watak dalam cerpen Encek PenaBerkala

Akhir-akhir ini aku sering juga blogwalking. Okay, aku tipu. Dalam sebulan cuma beberapa kali sahaja aku menjenguk blog-blog manusia di Malaysia ni. Satu hari aku ternampak ada satu nama asing yang menjengah chatbox aku. Aku amati. penaberkala. Aku lawati blognya. Sejak dari itu, blog dia menjadi singgahan aku. ^^

Pagi tadi aku terbaca tentang pencariannya mencari watak-watak untuk cerpen ciptaannya. Aku pun sibuk-sibuk hendak join sekali. Ada beberapa soalan yang ditanya dan aku senang menjawabnya. Pencarian Watak Dalam Cerpen. Klik pautan itu untuk maklumat lebih lanjut.

Sejenak tadi, aku lihat ada komen baru di chatbox


Dapat watak Puteri.  Bukan Puteri Kayangan ye. Bukan juga si Nora Danish. Aku sendiri tidak tahu bagaimana watakku. Kita sama-sama tunggu.

Okay, okay. Aku tahu penulisanku sangat membosankan. Tetapi aku peduli apa. Blogku,kan? Haha!


Terima kasih Encek penaberkala! (maaf jika namamu salah kueja^^)



*kemaskini:
Puteri = pengapit pengantin. hui yo! haha!

Thursday, December 9, 2010

repekan kedua

Aku mencari seseorang. Seseorang yang dekat dengan hatiku. Aku mencari dia di setiap pelusuk tempat. Tidak ketemu dia. Perasaan rindu bertandang. Aku terasa seperti dia orang yang ikhlas menyayangiku. 

Letih kakiku melangkah sehingga aku terserempak dengan seorang lelaki. Dia tersenyum kepadaku. Aku kenal raut wajahnya. Kami kenal berbelas tahun lalu. Dia berjalan ke arahku. Kian hampir. Dia menggenggam tanganku lalu kami menyusur pergi. Hatiku berkata 'Dia suamiku'.

Alangkah bahagianya jika ia realiti. Hehe. Gedik ah Dilla!

Okay. Ini cuma mimpi malam semalam. Seperti drama swasta. ^___^



Wednesday, December 8, 2010

repekan pertama

Kadang kala aku sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Keliru dengan hati ini. "Ini perasaan apa?" Soalan lazim yang sering diutarakan kepada diri sendiri. Yang aku pasti, aku tidak mahu hatiku cedera lagi. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Aku tidak mahu hati ini sedih lagi. 

Buat kamu, 

Kamu kata kamu sayang.
Kamu kata kamu suka.
Kamu kata kamu rindu.
Kamu kata kamu boleh gila tanpa aku.

Apa benar apa yang kamu katakan? Jika benar, tolong jujur denganku. Kalau kamu  membohongi aku, aku akan tahu. Sooner or later. Allah Maha Adil.


Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Semoga tahun ini akan dipenuhi dengan amalan yang diredhai Allah s.w.t. Insyaallah