Saturday, August 6, 2011

wei tolong belikan air untuk aku!

Apabila tiba bulan Ramadhan, pasti aku teringat kisah ini - yang setiap kali bermain di fikiran. Seperti ada butang play and rewind dalam fikiran bila Ramadhan menjengah.

Sewaktu tingkatan lima aku sibuk dengan kelas tambahan hingga lewat petang. Waktu ini bazar Ramadhan sudah penuh dengan umat manusia. Namun aku tidak punya semangat untuk pergi ke sana. Aku terus menaiki bas. Duduk. Bulan Ramadhan ni hidung aku menjadi lebih sensitif dengan bau makanan. Aku terbau Nasi Ayam dari tempat duduk belakang bas. Aku toleh. Kelihatan seorang lelaki sedang asyik menyuap nasi ke dalam mulutnya tanpa perasaan malu. Aku pasti dia beragama Islam.

"Wei, ko tolong belikan aku air jambu kat depan tu," arahnya kepada seorang budak lelaki. Budak lelaki itu seperti serba salah. Namun disebabkan muka lelaki itu agak otai, dia turun dan naik semula dengan sebungkus air jambu.

Lelaki itu menghirup air jambu dan meneruskan aktiviti melantaknya. Tak tengok kiri kanan dah.

Aku terkilan dengan sikap sesetengah manusia seperti itu. Aku pasti jika ditanya tentang status agama, dia dengan tanpa segan silu akan mengaku yang dia beragama Islam. Tetapi di mana silapnya? Tidak menghormati orang lain lebih-lebih lagi dalam bulan mulia, bulan Ramadhan. Kalau tidak puasa pun tidak perlulah menunjukkan pada dunia yang kamu tidak puasa. Tidak ada perasaan malu. Kulit tebal sepuluh inci kot.

Itu baru satu cerita. Cerita yang lain pula ketika aku bekerja dalam sektor swasta beberapa tahun lepas. Kantin masih dibuka untuk pekerja bukan Islam. Untuk kesenangan mereka makan pagi, makan tengahari dan makan malam. Aku selalu juga lepak kat kantin, berborak dengan kawan-kawan semasa waktu rehat. Satu hari tu tengah syok bersembang, aku ternampak beberapa orang perempuan selamba ke senduk nasik dan ambil lauk. Kemudian makan. Aku terkedu. Kalau tak silap aku, mereka tu beragama Islam. Perkara ni berlarutan selama beberapa hari. Selepas itu bos dapat tahu, dia arahkan kantin dibuka hanya dari pukul lima hingga lapan malam. Kakak-kakak dan adik-adik semua, jika kamu tak boleh puasa, tidak perlu dicanang pada semua. Biar ada sikit rasa malu tu. Hormati kawan-kawan yang berpuasa. Makan la kat rumah. Tak mati pun aih kalau tak makan beberapa jam.

Ilmu tanpa amal ibarat teh o panas tanpa gula. Kelat.

16 comments

August 6, 2011 at 1:26 PM

zaman sekolah dulu ramai jugak membe2 yang tak pose, adoiii tak taulah apa perasaan diorang

August 6, 2011 at 1:29 PM

suka ayat yg kat bawah tu

pelik lah diorg tu
tak malu betul nak hebohkan diri tak posa
ishhh

August 6, 2011 at 2:28 PM

orang Islam sendiri yg memalukan dan mencemarkan Islam

August 6, 2011 at 2:49 PM

errr.. nasib baik aku makan dalam hutan... eh? Tak tak tak...

August 6, 2011 at 2:51 PM

a'ah tak faham, tak posa tapi nak hebohkan kat org...diam2 suda..

August 6, 2011 at 3:20 PM

rilex2 isap okok lu

August 6, 2011 at 3:46 PM

salam.. klu sy,sound direct je.. biar padan muke..

August 6, 2011 at 4:22 PM

erm...
ak pun ade byk pngalaman mase
kat hostel SMK dulu...
budak2 kat hostel tu
akan rase bangga sgt bile dorg x puase...
kire otai la... hahaha
x kisah la...
yg penting pose ak cukup... ^^

selamt berpuase Dill... ^^

August 6, 2011 at 5:08 PM

teh tanpa gula mmg tak blh di terima . hahaaa

August 6, 2011 at 7:47 PM

*geleng..geleng..

August 6, 2011 at 7:50 PM

tak takut tuhan tu...

August 6, 2011 at 8:39 PM

geramnye kat org mcm ni..agama diorg wat main2

August 6, 2011 at 11:37 PM

aiyoo..apa mau jadi maa :0 budak2 zmn skrg..ngeh3. btw, cek follow hang :)

August 7, 2011 at 12:23 AM

lelaki mkn nasi ayam tu bacul ek.. hidup lagi kah beliau..?!

August 7, 2011 at 3:39 PM

Muslim by born, sekadar pada nama.

August 17, 2011 at 7:01 PM

yups. kita yang tgok nih pun malu. islam. tapi yang buat tuh bangsa melayu. bawak title islam.. urmm

Post a Comment