Wednesday, December 26, 2012

karenah manusia

Aku kopipes je lah. Mudah.


"Saya telah pergi ke Tesco Extra Ipoh pada 9/12 yang lepas untuk membeli kabel komputer riba yang baru. Pada hari itu saya telah membawa kabel komputer riba yang rosak bersama. Saya telah mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan untuk membawanya masuk. Kebetulan kabel itu terkeluar sedikit dari shopping bag saya.
Di bahagian Hardline, saya telah mengambil kabel komputer dalam plastik berjenama VCOM. Memang saya ingin membelinya. Tiba-tiba datang seorang promoter perempuan berbaju putih di sebelah saya. Tiada tag nama. Dia telah tiba-tiba mengambil kabel komputer tersebut dari tangan dan membeleknya tanpa berkata apa-apa. Tidak lama kemudian, dia kata, “Nanti bayar kat depan ye.” Dia beredar ke cashier di bahagian Elektikal sambil berbisik sesuatu. Serentak dengan itu cashier tersebut memandang saya.
Saya ni hina sangat ke sampai dilayan sebegitu rupa? Saya ni bukan keturunan pencuri. Saya punya cukup duit untuk beli kabel tu. Nasib baik saya bukan ‘mystery shopper’ Tesco. Kalau tak, saya dah bagi RED untuk layanan sebegini.
Saya harap pihak Tesco peka dengan perkara sebegini. Bukan semua pelanggan tu pencuri. Diikutkan hati, memang saya nak budak perempuan tu minta maaf dengan saya. Saya bukan pengemis."

Sekian.

8 comments

December 26, 2012 at 2:10 PM

pe slh nye bersopan sikit..
huhu

December 26, 2012 at 4:37 PM

sabar ye dill.

kurang sopan betul budak tu.

December 27, 2012 at 2:38 AM

manusia, macam macam perangai. huuu

sabar ye :)

December 27, 2012 at 5:01 PM

aiyaaa ini macam punya org pun ada ka.... LOL

December 28, 2012 at 2:41 PM

huhu tu pkeje baru kot.

saba ya adil

December 28, 2012 at 2:41 PM

almak typo. DILL. huu

December 29, 2012 at 5:54 PM

tesco mmg. mcm la brg dia tu brkualiti sgt. :P

December 30, 2012 at 9:27 AM

@Fyqa: dengan pakaian sebegitu, saya boleh agak dia pekerja baru. tapi itu bukan tiket untuk dia buat mcm tu pada saya.tesco ada 'tagline' sendiri macam mana layanan kepada pelanggan. saya arif tentang ini

Post a Comment