Saturday, May 2, 2009

Santai Sabtu

Akhirnya, aku berkesempatan menulis! Aku sangat sibuk sejak akhir-akhir ini. Tapi, streamyx di rumahku buat hal pula. Aku terpaksa menumpang internet pakcik ku. Terima kasih, Ude! love

Sepanjang dua minggu ini, macam-macam perkara telah berlaku. Seperti kukatakan sebelum ini, aku telah menerima seorang ketua baru. Em, sejak beliau masuk team kami, kami selalu saja balik lambat. Aku bukan seorang yang berkira, tapi kalo hari-hari balik pukul 7 petang, mau sakit segala urat sendi ku. Aku sudah biasa datang kerja pukul 6.30 pagi. Jadi, bayangkan berapa lama aku di tempat kerja? Sahabat-sahabatku pun sama. Riak keletihan jelas kelihatan di muka masing-masing. Sahabat, aku harap kamu bersabar ya. Sentiasa ingat pesanku, cuba siapkan kerja awal dan kita akan pulang awal. :okay:

Minggu lalu si dia shif pagi. Jadi kami selalu makan pagi dan tengah hari bersama-sama. Aku rasa gosip-gosip liar sudah mula kedengaran di sekeliling kami. Tapi si dia buat tidak tahu saja. Dia sering berkata "It's none of my business." Wah, senang betul, ya? Aku sudah letih senyum dengan pekerja-pekerja yang lain. Sejak akhir-akhir ini juga, kami semakin rapat. Sering menghantar sms. Dan, aku telah memaksa dia menambah nilai kredit telefonnya selepas hari gaji. Jadi dia boleh membalas sms aku. Haha! Jahat betul aku. setan

Sahabat-sahabatku, doakan kami, ya? :blush:

------------------------------------
Aku sayang Q
------------------------------------

6 comments

May 2, 2009 at 6:28 PM

urm
hahaa

May 2, 2009 at 9:33 PM

ok we doakan for u !!

May 2, 2009 at 9:34 PM

best la ko santai sabtu..
aku kene keje...;(

May 5, 2009 at 9:57 PM

u have my blessings!!!!!! ....................tapi tak perlu la nk blushing gitu!!!! geli aku!!! hahahahahahahhaha

May 7, 2009 at 2:36 PM

kamu sayang Q ye? ^_~
aku sayang kamu *blush juge*

..... dill, aku lapo le.... ko tak sayang aku ke? *hint hint* ^_^"

May 22, 2009 at 8:55 PM

anis: erm..haha jugak :)

aiman: thanks...

dude: santai² :)

clavriene: terima kasih banyak-banyak

wynn: saye sayang adda jugak :) jom saye blanje makan

Post a Comment