Hujan sepanjang hari. Sejuk
. Aku tidak tahan dengan kesejukan. Aku tidak katakan aku tahan dengan kepanasan. Tetapi, sejuk mengundang kesan sampingan padaku. Sejak malam tadi, tekakku mula rasa sakit. Makan Strepsils, tetapi tidak berkesan. Sekarang ini sudah selsema. Badan pun sudah rasa semacam. Bersin tidak henti-henti. Aku tidak suka jika aku sakit. Bila sekali sakit, akan menjadi sangat teruk. Semua sakit sampingan datang. Sakit kepala, sakit belakang, sakit tangan, sakit kaki, sakit satu badan. Macam mana hendak menanggungnya. Allah...Teringin hendak minum milo panas. Larat ke hendak buat ni...
Tengah hari tadi keluar bersama-sama kawan-kawan serumah. Membeli barang keperluan. Sepanjang perjalanan, hujan lebat. Aku juga dibasahi hujan. Tidak lencun. Tetapi baju lembab. Sampai sahaja di rumah, badan terasa panas...
Aku rindukan familiku. Tidak sabar untuk pulang ke rumah. Rindukan kawan-kawanku. Clavriene, Kazuki, Fizah, Fid...
Aku rindu Q? Aku pun tidak tahu. Q rindu aku? Lagi aku tidak tahu. Hehe
--------------------
. Aku tidak tahan dengan kesejukan. Aku tidak katakan aku tahan dengan kepanasan. Tetapi, sejuk mengundang kesan sampingan padaku. Sejak malam tadi, tekakku mula rasa sakit. Makan Strepsils, tetapi tidak berkesan. Sekarang ini sudah selsema. Badan pun sudah rasa semacam. Bersin tidak henti-henti. Aku tidak suka jika aku sakit. Bila sekali sakit, akan menjadi sangat teruk. Semua sakit sampingan datang. Sakit kepala, sakit belakang, sakit tangan, sakit kaki, sakit satu badan. Macam mana hendak menanggungnya. Allah...Teringin hendak minum milo panas. Larat ke hendak buat ni...Tengah hari tadi keluar bersama-sama kawan-kawan serumah. Membeli barang keperluan. Sepanjang perjalanan, hujan lebat. Aku juga dibasahi hujan. Tidak lencun. Tetapi baju lembab. Sampai sahaja di rumah, badan terasa panas...
Aku rindukan familiku. Tidak sabar untuk pulang ke rumah. Rindukan kawan-kawanku. Clavriene, Kazuki, Fizah, Fid...

Aku rindu Q? Aku pun tidak tahu. Q rindu aku? Lagi aku tidak tahu. Hehe

Q-F
--------------------
Memang pengalaman berharga. Kebetulan aku masih berjaga ketika angin kencang dan hujan lebat melanggar khemah-khemah. Aku lihat kawanku berlari-lari kebasahan. Kata mereka, air naik ketika mereka sedang tidur. Khemah bocor tambahnya lagi. baru teringat, tiada parit kecil untuk saliran air di sekeliling khemah kami. Jadi, air menderu menyerang khemah-khemah. Akhirnya, hampir semua ahli KRS bergelimpangan di dewan berdekatan. Hari Jumaat, semua tertidur keletihan di dalam bas. Nasib baik hari Sabtu cuti...Tetapi, kena bangun awal pula. Basuh khemah. Terbantut hasrat hendak tidur lama
Aku mengharapkan kerjasama dari semua ahli jawatankuasa pelaksana. Jika ada yang hanya memandang tanpa membantu, aku tidak dapat berkata apa-apa. Siapa aku?


. And I miss the site too. I stopped visiting the site when my enormous posts have been deleted by the 'angelic' moderators. I do not want to blame anybody, but it was so sad seeing your hardwork, time and also money brushed away within few seconds. Do not tell me you did not feel the way I felt. If you can accept it, then it was only me. Nevermind...
. I left the site for few months and suddenly it vanished! Luckily I managed to talk with ThunderJo. He said the site has gone. The admins did not have enough cash to hold on to. I felt so sad. I am sorry you guys have to face this situation.
Aku bukannya seorang yang lemah gemalai. Hanya cuba menari mengikut rentak yang sepatutnya. Penari-penari perlu pakai 
