Saturday, April 17, 2010

apabila mengetahui sesuatu yang tidak patut diketahui

Aku cukup serba salah bila berada dalam keadaan diluah mati emak, ditelan mati bapa. Chop! Tidak ada kena mengena dengan famili aku ya.

Zaman aku belajar, dari sekolah rendah sehingga sampai ke Taman Ilmu dan Budi, rangkaian kawan-kawanku semuanya lebih kurang dengan aku sahaja. Masuk sahaja zaman bekerja, aku akui aku sedikit terkena kejutan budaya alam pekerjaan. Tidak perlu aku ungkapkan di sini kerna ia tidak manis untuk diperkatakan.

Sekarang, aku kembali semula pada zaman belajar. Alhamdulillah, berjumpa kembali kawan-kawan di Taman Ilmu dan Budi dahulu. Walaupun tidak semua. Aku juga berkenalan dengan ramai kawan baru. Alhamdulillah, semuanya kukira, boleh dibawa berbual. Dalam erti kata lain, boleh jadi geng lah.

Cuma baru-baru ini aku terdengar beberapa desas-desus yang aku rasa aku tidak perlu tahu tetapi aku terpaksa tahu. Apabila kawan-kawanku di sini menceritakan tentang perkara ini, aku lah satu-satunya manusia di dalam rumah sewa kami yang tidak berfikir ke arah konklusi yang mereka harapkan. Maksudku, konklusi cerita mereka adalah negatif tetapi aku tidak terus berfikir ke situ. Aku lambat. Bukan lampi. Tetapi otakku tidak memproses maklumat yang diterima 'the way it should be'. Salah satu sebabnya, mungkin aku hidup, membesar dan bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai pemikiran yang lebih kurang denganku. Maka aku tidak 100% tahu tentang kehidupan sosial rangkaian kawan-kawanku yang lain. Jika setakat berita keruntuhan akhlak remaja terpampang di kaca televisyen, aku sudah arif mengenainya. Kali ini, kehidupanku sedikit terkena tempias yang kurasa aku tidak patut langsung terkena even setitis tempiasan itu. Rupa-rupanya, di sebalik permata yang bersinar, tersimpan secalit dakwat hitam.

Aku perasan, ayat-ayatku kali ini sedikit bersimpang-siur, berputar-belit. Mungkin ramai akan kata, Do not go around the bushes. Just straight to the point! Masalahnya, aku tidak mungkin dapat mencoretkannya di sini tanpa mengaibkan permata itu. Maafkan aku.

2 comments

April 17, 2010 at 10:33 PM

Jaga aib kawan itukan bagus.

April 19, 2010 at 3:19 PM

ya...aku tahu...

Post a Comment