Sunday, July 4, 2010

khayalan menjelma

Semasa aku dalam proses memulihkan hati, aku terserempak dedaun kecil yang ditiup angin. Dedaun itu cuba berbisik tentang kebenaran hakiki. Lantas aku menjadi kaku. Bukan teruja atau terkinja-kinja. Cuma aku sedikit pelik, mengapa sekarang? Mengapa tidak seminggu lalu ketika aku sangat perlukan perhatian dari insan itu? Adakah dedaun itu cuba mengatakan yang aku bakal diperlukan kerna dahan yang selama ini dipaut akan rapuh? Aku ini pengganti? Otakku ligat berfikir. Aku ini spare part kah? Tika aku bertungkus-lumus memujuk hati agar tidak terlalu sakit, orang yang kuharapkan untuk memujuk, tidak kunjung tiba. Namun, Allah Maha Mengasihani. Dia kurniakan keluarga dan kawan-kawan yang sangat memahami. Membantu aku dalam mengharungi onak dan duri perasaan picisan ini.

Ya, aku memang kompleks orangnya. Mungkin itu sebabnya orang susah hendak memahami aku. Tetapi, jika orang itu benar-benar tahu siapa aku, dia akan memahami aku.

Perasaan sayang memang susah untuk dikikis. Perlukan masa. Kamu mengerti bukan?