Tuesday, October 5, 2010

rakan serumahku

Dua hari yang lalu, aku dapat rakan serumah. Orang Pantai Timur. Aku sudah jelaskan kepada dia tentang kondisi rumah sewaku yang tidak seberapa. Tetapi dia masih jua ingin menyewa denganku.  

Semalam, baru sehari tidur di sini, dia sudah bercerita tentang rumah sewa yang baru. Kata dia, cikgu di sekolahnya mencadangkan dia menyewa di rumah flat tiga bilik berdekatan dengan sekolahnya. Kata cikgu itu lagi, buat masa ini dia duduk menyewa denganku dahulu. Tahun depan, bila ada cikgu baru masuk, boleh dia berpindah ke rumah flat tiga bilik itu. Aku diam sekejap dan kemudian mengiakan semua yang dia katakan. Tidak mahu berbalah. Aku sedar rumah sewaku ini hanya rumah flat satu bilik. Mungkin dia tidak berapa selesa dengan keadaan rumah ini. Jujur, memang bosan duduk sendiri. Tiada teman bicara. Tiada kawan gelak ketawa. Tiada bahu berkongsi duka. Tetapi aku bahagia duduk sendiri. Serius.

Mungkin aku masih belum biasa dengan suasana baru ini. Tiba-tiba ada orang yang tidak berapa dikenali duduk sekali dengan kita, kan? Sabar Dilla. Beri masa untuk diri sendiri.


*cepat terasa. agak melampau kan. Hehe.