Tuesday, July 10, 2012

tanpa belas

Mulutnya sudah penat. Tekaknya perit. Langkahnya makin longlai. Matanya berkaca meminta belas. Namun tiada siapa pun peduli. Memandangnya pun tidak mahu. Inikan pula ingin tunduk memberi perhatian.

Dia terus melangkah. Biar penat. Biar jerih. Dia perlu teruskan perjalanan. Mencari ketenangan di sebalik kekusutan kota metropolitan yang maha sibuk ini. 

Perutnya berkeroncong minta diisi. Dia cuba mendekati manusia. Memberikan isyarat meminta ihsan. Mata-mata ramai memandang hina. Diherdik, diterajang dan disepak tanpa rasa. Dia terperosok ke sudut sana. Menangisi nasib malang yang menimpa.

Mulut kecilnya luka. Rasanya kaki dia sudah patah. Dia tidak dapat berjalan dengan sempurna. Perlahan-lahan dia pergi sambil mengerling penuh erti.

Perlahan meninggalkan manusia durjana. Terdengkot-dengkot. Tatkala bersusah payah mengharungi onak-duri, hujan turun membasahi bumi. Seperti menangisi perit di hati. Matanya basah. Dia tak pasti itu air mata atau air hujan.

Perlahan berjalan. Berjalan perlahan.

"Skreett!!!!" Serentak dengan itu satu jeritan nyaring bergema.

Pantas pintu kereta dibuka. Dalam kebasahan seorang manusia terkocoh-kocoh keluar.

"Ah! Sialan! Habis kotor tayar kereta aku!"


Aku mati. Tiada siapa peduli.

14 comments

July 10, 2012 at 7:29 PM

dill pembunuh kucing...

July 10, 2012 at 7:29 PM

walaupun aku bukan mengemar kucing. tapi aku masih punya belas kasihan.

July 10, 2012 at 7:45 PM

manusia itu dan itu adalah kejam.

July 10, 2012 at 8:18 PM

kesian :(

July 10, 2012 at 10:29 PM

hanya mampu bersimpati.

July 11, 2012 at 4:37 AM

empathy..
jangan tunjuk kucing mati kat saye..

July 11, 2012 at 10:50 AM

kasihan...

July 11, 2012 at 3:43 PM

antara sebab sy tak bagi Brad + Tom kuar rumah ... :D

July 11, 2012 at 7:31 PM

baca rangkap 2 dh tahu itu kucing

*aku pencinta kucing

July 11, 2012 at 9:19 PM

oh rupnya cakap psal kucing eh.. ingtkan mnusia tadi...:P

July 12, 2012 at 8:14 AM

minggu lepas jadi depan mata.tengok sebelah mata member dah berair.

July 12, 2012 at 11:13 PM

dia itu tiada hati, punya perut
perut diisi, hati dikosong
nafsu dibesarkan, jiwa dikecilkan

tiada hati perut

July 14, 2012 at 7:13 PM

suka penulisan dill :)

July 15, 2012 at 7:05 PM

baby kitten,comel..
i see human but not humanity,itulah sekarang kan

Post a Comment