Wednesday, June 5, 2013

Aih. Juni sudah.

Kali terakhir menampal gambar di sini adalah pada bulan April lepas. Itu pun saja nak kenang-kenang buku yang dibeli dari Fixi.

Mengharap semangat menulis 2011 masih wujud walau sekelumit. Nampaknya virus M masih menguasai aku. Haha. Jadi aku menulis bila aku rasa hendak menulis. :)

Tahun lepas Atok aku kembali ke rahmatullah, 15 Syaaban 1433. Aku masih ingat tarikh hijri kerna aku berpuasa nisfu Syaaban pada hari itu. Memandu pulang selepas solat Subuh. Aku cuba berada dalam keadaan waras. Memandu dalam keadaan marah atau terlampau sedih boleh membahayakan diri sendiri.

Tok, Along ingat lagi apa yang Along cakap pada Tok masa cuti sekolah bulan 3 tahun lepas.

"Tok jaga diri elok-elok ye. Raya nanti kita jumpa."

Dan kita tak sempat jumpa dalam bulan Syawal, Tok. Tok pergi dalam bulan Syaaban. Lebih awal dari yang kita sama-sama jangkakan. Melihat wajah Tok buat aku sebak. Aku menangis semasa memeluk opah dan membaca Yasiin. Sekarang pun aku sebak.

Di tanah perkuburan ketika talkin dibacakan, mataku tertancap pada seorang budak perempuan kecil. Dia sibuk merakam semuanya dengan telefon berkamera. Apa, mak ayah dia tidak tahu mengajar anakkah? Ini bukan pesta gembira. Kami semua duka nestapa. Masih lagi membiarkan anak merakam sesuka hati? Bila aku luahkan, akan ada sesetengah orang berkata, 'Ala. Budak kecil. Apa yang dia tahu?" Okay, then I will blame her parents.

Masih terasa kehadirannya. Tok bukan seorang yang banyak bercakap. Tika hayatnya, dia sangat garang dengan kami adik-beradik. Namun itu bukan penghalang untuk kami berlepak sakan di rumahnya. :)

Tok, maafkan Along kalau Along urut belakang Tok kuat sangat.

Maafkan Along kalau Along sakitkan hati Tok.

Maafkan Along kalau Along sepahkan tempat tidur Tok.

Maafkan Along kalau Along tak banyak sembang dengan Tok.

Along cuma ada Opah, Mak dan Ayah je sekarang. 

Al-Fatihah buat Tok, Baharom bin Omar.

11 comments

June 7, 2013 at 12:21 PM

AlFatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

June 7, 2013 at 4:06 PM

This entry reminds me to me grandads.. Mom and father's side.. Dua2 meninggal depan mata.. Al fatihah to 'em-

June 8, 2013 at 2:30 PM

al fatihah..sabar ea cikgu

June 8, 2013 at 3:04 PM

sy x pernah merasa kasih sayang datuk mahupun nenek..mereka dijemput lebih awal..lebih awal sebelum sy diberi peluang melihat dunia~

June 9, 2013 at 2:39 PM

al-Fatihah, semoga rohnya bersama yang beriman...amin...

June 10, 2013 at 10:30 PM

salam dill..
syg tak pernah merasai kasih sayang seorang atok.. mereka pergi waktu sy masih terlalu kecil..sempat bersama nenek sebelah..err..yg selalu sy sakiti hatinya dgn ulah nakal dan brutal sy..

al-fatihah buat atok awak, dill..

June 11, 2013 at 1:07 PM

syukur saya sempat rasa kasih sayang keempat2 arwah embah. doakan mereka tenang di sana..

June 11, 2013 at 8:39 PM

dill..
mmg pepak maksudnya bersepah..itu yg tepat.. sengaja guna pepak dlm citer sy tu utk gambarkan banyak..

tp dill.. dlm percakapan biasa, byk perkataan yg sy guna dlm citer sy tidak sy gunakan..

awak best !..

June 18, 2013 at 6:12 AM

:'((

June 19, 2013 at 7:29 PM

saya turut kehilangan baru ni.
masih terasa hilang.
raya kali ini yang pertama tempuh kehilangan tok (nenek).
dialah seri bila raya, tiada lagi nanti.

Al Fatihah buat arwah dan buat dill juga moga tabah.. pergi itu pasti. semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah.

June 19, 2013 at 9:32 PM

takziah dill, moga ruh nya tenteram dan aman =)

Post a Comment