Thursday, March 27, 2014

Pemanduan: Pendapat Aku

Aku ni bukannya expert sangat pandu kereta. Ye lah, dah tempat kerja dekat dengan rumah jadi aku selalu jalan kaki je. Sambil-sambil tu boleh bakar kalori. Cewah.

Selalunya memandu bile balik kampung. Kebetulan sekarang ni emak tak berapa sihat, aku jadi pemandu sementara untuk dia.

Dalam dua tiga hari ni, aku asyik-asyik jumpe pemandu yang tidak mahu beralah. Kenapa aku cakap macam ni? 

Bila engkau memandu di kawasan kampung yang jalannya tak delah sebesar mana, engkau kena la bertolak-ansur dengan kereta yang lain. Apabila ada kereta dari arah bertentangan, engkau jadi la baik hati sikit, sama-sama ketepikan kenderaan. Memudahkan kedua-dua pemandu. Ini tidak, engkau sorang nak conquer jalan tu. Haih. Aku bayar cukai jalan jugak beb. Bukan engkau je.

Lepas tu, aku rasa semua kereta ada lampu signal kan? Ngape la kome sume ni maleh beno nak pasang lampu signal tu. Ate jenuh le kume ni ngejas keta kalo kome tetibe kona. Jenuh weh.

Baru kejap tadi, aku memandu ke rumah opah. Aku dari jalan besar, nak membelok ke kanan. Kebetulan ada seketul kereta Viva kat simpang tu. Tak sabar-sabar dia nak keluar ke jalan besar. Kalau ikut rules, aku la yang gerak dulu. Bukan cik Viva ye. Muka dia hangin je tadi bila aku belok dulu. Ceh. Ada aku kisah?

Ade beberapa kali kat highway, kereta depan aku tu terhuyung-hayang. Mabuk ke pun? Jadi kepada sesapa yang rase diri die tu tak stabil nak memandu, hentikan la. Bahaya wo...

Aku tak cakap pemanduan aku perfect ye. Banyak jugak cacat celanya. Jadi aku mintak mahap le kalau aku silap cakap kat sini. Dah lame tak menulih ye dak. Kikiki

6 comments

March 27, 2014 at 6:31 PM

hehehehe..sabar2

tapi kadang2 sambil memandu mesti akan nak merunggut2 geram kat pemandu depan kan

March 28, 2014 at 10:55 PM

selalunya ladies driver yg buat mcm tu kan kan kan...... ehh

March 28, 2014 at 10:56 PM

@Lea IsNawihaha. saye selalu merungut

March 28, 2014 at 10:58 PM

@ewanthologysebahagian besarnye ladies. tak dapat dinafikan :)

March 29, 2014 at 9:57 PM

kalo dlm jln kmpung yg jlnnye kecik bile selisih kereta mak aihh risau kdg tu. deme aje yg nak besar kepala. takmo beralah lgsung ~

masa nak kuar simpang pon 1 hal. mmg law siapa yg nk kuar simpang wajib la benti dulu,ini tak, kdg tu x menyempat dah. terjulur je kuar muka dpn keta dia tu. kita ni nk masuk smpg tu terpaksala hati2 plak takot tekena keta dia. chiss~

pstu part signal. yg tu pon mls nk bagi. kdg tu rasa nk je hornn pnjg pd keta yg jns xnk bg signal nih.

March 30, 2014 at 2:29 PM

@anamizu setuju! depa ni kadang2 main hentam je

Post a Comment