Tuesday, May 31, 2011

kartun dan filem animasi

Aku menulis tentang The Land Before Time dalam entri sebelum ini. Buat pengetahuan kawan-kawan, The Land Before Time boleh dikategorikan sebagai filem animasi. Ia keluar di layar perak dan durasi ceritanya melebihi satu jam.

Bagi kartun-kartun yang ditayangkan di televisyen seperti Spongebob Squarepants, Gaban, Jem and The Holograms, Tomatoman dan macam-macam kartun lagi punya episod tersendiri. Setiap episod tidak lebih dari 30minit (kebanyakannya).

Dahulu Atok aku sering menyewa pita video gusti. Zaman aku kecil-kecil dahulu mana ada pemain DVD. Cuma ada pemain pita video atau Video Tape Player. Kami adik-beradik berkumpul di hadapan televisyen menunggu kartun bermula.

Bambi (1942)

 101 Dalmatians (1961)

The Lady and The Tramp (1955)

Itu antara filem animasi keluaran Walt Disney yang kami tonton sewaktu kecil dahulu. Bukan semua pernah tengok kartun-kartun ini kan? Different people, different opinion. Different people, different things they like =).

p/s: aku masih suka kartun. sehingga sekarang. bukan sekadar hiburan, ia cara aku untuk belajar Bahasa Inggeris.

Monday, May 30, 2011

The Land Before Time


Aku membesar dengan kartun. Pelbagai jenis kartun. Pernah dibebelkan di sini. Salah satu kartun yang menjadi kegemaran waktu kecil dahulu adalah The Land Before Time. Di sini aku kenal apa itu dinosaur. Kenal watak Little Foot, Cera, Spike dan Ducky.

terima kasih pacik Google

Cerita ini memberi gambaran tentang zaman dinosaur. Ya, semestinya kita sendiri tidak pasti tentang sejauh mana kebenaran kewujudan dinosaur ini dan bagaimana rupa sebenar mereka. Kita hanya disogokkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh manusia Barat. Hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahui apa yang berlaku dan rupa sebenar hambaNya yang ini.

Walau bagaimanapun, cerita ini menitikberatkan tentang kasih sayang antara keluarga dan kawan-kawan. Pentingnya ikatan kekeluargaan dan persahabatan di kalangan kita semua.

Alamak, macam memberi review filem pula. Haha! Ada di antara kamu pernah menonton cerita ini? Selepas ini aku mungkin akan bercerita tentang Bambi, Dumbo dan sebagainya. 

hantu kartun~

Sunday, May 29, 2011

kenangan di Kem Lambaian Danau, Melaka

Pernah bercerita tentang aktiviti air di sini sebelum ini. Ada banyak aktiviti lain yang diadakan selain aktiviti air. Salah satu daripadanya adalah laluan berhalang atau apa sahaja nama yang diberikan oleh pelbagai manusia. Dalam banyak-banyak aktiviti ini, yang satu ini memang tak dapat aku lupakan.


Memang tahap terbaik la tinggi tangga pokok ni. Kami perlu memanjat dan menuruni di sebalik sana tangga itu. Aku pun mula memanjat. Nak kata laju, tak juga. Apabila aku sudah betul-betul sampai di bahagian atas, aku hilang keseimbangan. Aku jatuh dari atas dan mendarat ke tanah. Nasib baik punggung mendarat dahulu. Kalau kepala, tak tahulah apa yang akan terjadi. 

Kawan-kawan mengerumuni aku. Muka masing-masing menunjukkan kerisauan tahap maksima. Aku sengih. 

Tak de apa-apa. Saya okay je.

Kemudian melompat ke dalam air. Berlari berdekatan gigi air. Kawan-kawan tercengang dengan tindakan aku sebelum mereka turut sama melompat ke dalam air. Waktu itu, aku tak rasa sakit. Serius.

Namun, kesan jangkamasa panjangnya tetap ada. Aku sering sakit belakang. Sebelum-sebelum ini aku sudah banyak kali jatuh terduduk, jatuh ala-ala Superman mahu terbang, jatuh tertiarap, jatuh terlentang dan entah apa jenis jatuh lagi aku sendiri tidak ingat.

Tidak baik untuk kesihatan. Perlu buat pemeriksaan kot. Sebab asyik sakit belakang. 

sigh~

Saturday, May 28, 2011

cuti datang lagi

Alhamdulillah, selamat sampai ke negeri kelahiran tengahari tadi. Siap bawa kertas ujian 1 kelas. Selalunya ujian Bahasa Inggeris dijadualkan pada awal minggu peperiksaan. Kali ini hati terakhir pula. Pelik. Tak sempat tanda habis. Tidur bersama kertas ujian. Haha!

Buka sekolah nanti terus bulan Bahasa Inggeris. Terasa mahu jatuh. Namun masih bertongkatkan semangat yang ada. Ya Rabb, kuatkan semangat hambaMu ini.

Sudah beberapa hari aku kehilangan perasaan empati. Apa sahaja yang berlaku tidak memberi impak pada aku. Perlu semangat juang yang tinggi ni.

Oh. Aku tidak ada teman istimewa untuk diceritakan di sini seperti orang lain. Belog aku yang kelabu asap. Duh.

like i care~

sesungguhnya sibuk sokmo

Tidak sempat tulis entri dalam beberapa hari ini. Perlu mengendalikan majlis besar anjuran sekolah. Kebetulan majlis itu diadakan dalam minggu peperiksaan. Memang sedikit haru biru. Undang penat lelah. Hari Khamis, kertas ujian Bahasa Inggeris. Dua tiga hari sebelum itu aku sudah risau dengan prestasi budak-budak tu. Tetapi, mereka selamba sahaja masuk ke kelas dan ambil periksa. Bajet dah penuh ilmu di dada. Rupa-rupanya, ada yang tidak sempat siapkan semua soalan. Hampagas!

Sekarang ini cuma tinggal kertas ujian untuk satu kelas sahaja lagi untuk ditanda. Aku give up untuk hari ini. Mungkin akan dibawa pulang ke kampung. 

Tak sempat siapkan sebelum balik kampung akhirnya. Adeh.

Wednesday, May 25, 2011

entri lama

Tiba-tiba entri lama jadi baru! terjemahan minda dan dill perasan lebih adalah entri-entri yang aku tulis pada 14 Mei 2011. Bahana blogspot buat hal haritu kan.

Tuesday, May 24, 2011

dill perasan lebih

Asyik tengok orang lain je promote gambar sendiri. Aku bila lagi kan? Haha! Bengong dill.

terjemahan uji minda

Sekarang ini sedang bertungkus lumus menyiapkan terjemahan Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris milik rakan sekerja. Terasa pening-pening lalat. Haha!

Ada sesiapa mahu menghulurkan tangan memberikan bantuan?


p/s: done. around 10pm. weee~

persepsi manusia

dill
bz ke
dill bila nak bernikah?

awak jual mahal sangat.

memilih sangat pun.

lepas mjlis fuad ni, lama le kita rehat buat majlis, betul ke kak long?

duh. Why everybody is so damn anxious about my marriage life? do not give me the typical answer, "It is because they care, dill." It sounds so pathetic.

ini isu basi.

Monday, May 23, 2011

aku hebat. kau ada?

Rambut pendek keperangan. Telinga kiri kanan memakai subang. Berkuku panjang seperti perempuan.

"Bang, Wangsa Maju dua orang" katanya kepada Encik Kaunter Tiket LRT. Dia dan seorang perempuan berjalan menuju ke tangga bergerak.

Aku berdiri di belakang mereka. Mengamati fizikal lelaki itu. Bukan niat untuk memberi komen tentang cara pemakaian atau cara dia membawa dirinya. Namun, ini apa yang aku rasa.

Tidak ada salahnya berambut pendek dan kemas. Allah sudah kurniakan rambut berwarna hitam buat penghuni Asia. Hitam berkilat. Cantik. Tetapi bukan semua orang suka kan?  Memilih untuk mewarnakan rambut perang, hijau, merah, biru, kelabu asap sudah menjadi trend masa kini. Berbalik semula kepada lelaki tadi. Diwarnakan perang rambutnya. Dari kejauhan, itu seperti warna karat air. Bila sentiasa mandi dengan air berkarat, rambut boleh bertukar warna. 

Memakai subang di kiri kanan telinga. Kamu ingin cuba nampak macho kah? Setahu aku, kaum Hawa je yang nampak comel bila memakai subang. Muka nampak ganas. Tetapi, memakai aksesori perempuan? What are you trying to portray? A manly man? Think again, bro.

Berkuku panjang bukan cara menunjukkan kamu nampak ganas. Kebersihan itu penting. Dalam Islam ada menyatakan, 'Kebersihan itu sebahagian daripada Iman'. Kamu tu lelaki. Ape kehal lelaki berkuku panjang? Kamu mahu bertukar jantina dengan kekasih kamu kah?

Cara pemakaian menunjukkan keperibadian. Memang bukan 100% dinilai dari perawakan kita. Namun, first impression memainkan peranan penting dalam membentuk tanggapan kita yang seterusnya.

What was my first impression when I saw that man? Oh my! What happened to this man? His innocent look is covered with those stupid things. Somebody, please help this man. Fashion police or what so ever. 

Maaf. Sedikit prejudis di situ.

aku tak faham la epik ko dill

Buat kawan-kawan yang mengalami kesulitan dalam memahami epik ciptaan aku, aku pohon kemaafan. Bukan semua penulisan aku boleh diratah mentah. Sememangnya ada sedikit maksud tersirat dalam penulisan itu. Pelbagai perspektif boleh digarap hasil pembacaan kamu semua. Tidak ada salahnya. 

Manakala, kawan-kawan yang tidak faham intipati cerita, kamu baca dan anggap ia sebagai karya picisan aku ya. Maaf sekali lagi. Bukan aku yang menulis. Jiwa aku.

Mentah.

Sunday, May 22, 2011

berpantang maut sebelum ajal

Mata pedang dihunus laju ke arahnya. Pedang dipegang tangan kanan, cuba sehabis baik menepis segala serangan yang diterima. Tangan kiri menekan kuat lubang di perut yang sudah mula mengeluarkan darah membuak-buak. Si askar Parasit Kematian seperti orang gila dahagakan darah. Tidak lelah menetak Hati.

Hati! Bertahan engkau! Aku datang!

Telinganya seperti terdengar suara jeritan sayup-sayup. Namun dirinya terlalu sibuk untuk mendengar bait-bait jeritan itu. Digagahkan dirinya untuk menolak askar itu. Dengan segala kekuatan yang ada, Hati merodok tepat ke jantung askar. Terkeluar darah daripada mulut askar. Jatuh menggelepar di atas tanah. Hati menarik pedangnya dan terdengkut-dengkut cuba menyelamatkan askar Camedilot yang lain. 

Ah! Antara kita, hanya seorang sahaja bakal hidup!

Jeritan bergema. Ditoleh ke arah suara itu. Jiwa dan Kana bertarung maha hebat.

Kesatria Hati, bagaimana sekarang ini? Askar kita semakin berkurangan. Ramai yang terkorban dan tercedera.

Seorang askar muda menyampaikan maklumat.

Jiwa sedang bertarung dengan Kana. Aku ada strategi. Ayuh, kita ke sana.

Hati dan askar muda menuju ke kawasan askar Camedilot.

Apa strategi Hati? Bagaimana nasib Jiwa? Nasib Camedilot?


to be continued.

Saturday, May 21, 2011

doa buat mereka

Ya Rahman, selamatkan anak-anak yatim yang masih tertimbus di luar sana. Kau tempatkan yang pergi menghadapMu di kalangan hambaMu yang beriman. Kau sembuhkan mereka yang terselamat. Hanya Engkau yang Maha Berkuasa. Ameen.

Friday, May 20, 2011

Awi Rafael - Pulanglah

 

Sering terdengar lagu ini di corong radio ketika di bilik guru. Ia dalam Bahasa Melayu. Tertanya-tanya lagu siapa dan tentang apa kerna ada nama hari dalam Bahasa Inggeris. Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday. Ada jua beberapa perkataan lain. Malas aku hendak tulis di sini. Haha!


p/s: sudah ada versi penuh dalam Bahasa Melayu. terima kasih ^^nu[dd]yra^^

malware


Eh, sekarang ni asyik-asyik keluar amaran ini bila melawat belog manusia lain. Apakah yang sedang berlaku?


p/s: bukan belog aku okei. belog orang lain. ade malware kat belog mereka.

Thursday, May 19, 2011

semangat kental waja

Bumi Camedilot bergegar dengan jeritan maha kuat. Kubu Camedilot cuba dicerobohi. Di mana Jiwa dan Hati? Dari kejauhan kelihatan Jiwa mengelak dari ditikam si Kana, orang kanan Parasit Kematian.

Mati engkau, Jiwa!

Jerit Kana seperti orang kerasukan.

Jiwa mengelak. Langkah diatur kemas, bersedia dengan sebarang serangan. Dia tidak boleh kalah. Berjuang demi nusa bangsa. Berpantang maut sebelum ajal. Sempat matanya melilau mencari Hati. Matanya terbuntang! Kelihatan Hati memegang erat perutnya. Luka lamanya berdarah kembali. Hati berusaha menahan tujahan bertubi-tubi askar Parasit Kematian.

Hati! Bertahan engkau! Aku datang! 

Jiwa cuba berlari untuk membantu Hati. Kana melompat dan menghalang Jiwa.

Mana kau mahu pergi, Jiwa? Aku lawanmu. Hahaha! Mampus engkau di hujung pedang aku!

Jiwa berundur semula. Memikir strategi terbaik. Dia perlu membantu Hati. Si Kana ini perlu ditewaskan. Matanya menyorot ke arah kaki Kana. Dia perlu jatuhkan Kana. Walau apa terjadi, Kana perlu dijatuhkan! Jiwa bersedia dengan pedangnya. 

Ah! Antara kita, hanya seorang sahaja bakal hidup! 

Jiwa menyerang...Kana membalas...

Apa akan terjadi? Epik lama mengundur diri.

to be continued.

Wednesday, May 18, 2011

teacher, ini binatang apa

Setiap hari Rabu, 30 minit diperuntukkan untuk membaca buku di pusat sumber. Arahan muktamad: lima buah buku Bahasa Inggeris sebelum meneruskan pembacaan buku Bahasa Melayu. Bukan menganaktirikan bahasa ibunda, tetapi waktu itu adalah waktu Bahasa Inggeris. 

Mereka sibuk membaca. Aku turut membaca. Tiba-tiba salah seorang anak muridku bertanyakan soalan kepadaku.

"Teacher, ini binatang apa?"

babun peliharaan pacik Google

Aku lihat gambar dalam buku bacaannya.

"Oh. Ini kita panggil Baboon."

"Eh, babun tu bukan pintu ke Teacher?"

kredit untuk pacik Google
"Lah. Bukan dalam Bahasa Arab je ada perkataan babun. Dalam Bahasa Inggeris pun ada, Faris oi."

Aku tepuk dahi. Dia tersengih.

------

Pagi tadi, dalam pusat sumber.

"Teacher, babun - pintu." 

Dia tersengih lagi.

Adoi, Faris.

Tuesday, May 17, 2011

laksamana jiwa dan kesatria hati

Suatu pagi yang hening, Laksamana Jiwa berjalan dengan megahnya menuju ke rumah Kesatria Hati. Hajatnya cuma satu. Mengajak Kesatria Hati untuk sama-sama memerangi Parasit Kematian yang berusaha menghancurkan negeri mereka, Camedilot.

Kesatria Hati, sudikah kamu berjuang bersama-sama aku membunuh Parasit Kematian?

Aku masih cedera akibat peperangan lalu. Namun, ini bukannya alasan untuk aku membelakangi negeri tercinta, Camedilot.

Jadi, ayuh kita menyediakan bala tentera secepat mungkin. Parasit Kematian sudah menghampiri sempadan negara kita.

Dua sahabat menuju ke medan peperangan. Dari kejauhan, dapat dilihat panji-panji lambang tengkorak melayang-layang ditiup angin.

Parasit Kematian!

Tentera Parasit Kematian amat ramai dari bala tentera Laksamana Jiwa dan Kesatria Hati. 

Mati kau Jiwa! Hati! Hahahahaha! Biar kami takluk Camedilot. Biar mati semua!

Ah! Jangan kau fikir kau mampu kalahkan kami. Akan kami tentang kamu sehingga titisan darah terakhir!

Peperangan memang kejam. Undang kesedihan dilitupi api kemarahan. Jiwa dan Hati bermati-matian menghunus senjata menghalang Kematian mara ke hadapan. Ambil masa beribu tahun tanpa henti. Sampai bila peperangan ini? Sehingga Jiwa dan Hati gugur ke bumi Camedilot? Sehingga Parasit Kematian ketawa celaka sambil menakluk Camedilot?

Tiada siapa yang tahu. 

to be continued.

saki baki apa yang aku rasa

Mengapa aku perlu terasa dengan segala yang berlaku? Motif? Memang telah move on. Tetapi ada beberapa perkara yang menghalangku untuk terus bergerak. Terdapat berjuta perhentian. Kamu tidak benarkan aku membuat andaian tentang diri kamu. Tetapi kamu sendiri membuat andaian tentang diri aku. 

Akan kukotakan janjiku. Selewat-lewatnya hujung tahun ini aku akan berjumpa kamu. Bila aku berjanji, aku tepati.

p/s: ini entri emosi kucar-kacir. sila abaikan =)

Monday, May 16, 2011

gelas ungu

Pergi ke Mac Donalds minggu lepas dan ternampak iklan gelas Coca Cola lalu membeli satu set makanan berkenaan semata-mata mahu gelas ini.

IISSHHHKKK..!! CABUTAN BERTUAH DAPAT HEADER

Ditag oleh Cik Nonie comel. So, this is it.

Photobucket

Jom join ramai-ramai. Untung-untung boleh dapat header dan banner belog percuma! Kamu boleh klik banner kat atas tu untuk maklumat tambahan.




Kamu jenguk dulu blog wancikgumuzik ni. Kenyit-kenyit mata sikit. Lepas tu doa nombor kamu kena masa dia tekan butang Generate tu. Kot terkena kan! Haha!

tag time!
cik tira
cik cha

ini dill.

5 tarikh penting
tarikh lahir aku, famili, sanak saudara dan kawan-kawan
tarikh dateline kerja
tarikh cuti
tarikh nostalgia bulan mei
tarikh sekolah bermula :)

5 perkara yang dibuat semalam
ajar kawan Microsoft Powerpoint
makan malam dengan kawan
beli barang di Jusco AU2
tulis belog
tengok tv

5 perkara buat aku gembira
balik kampung, jumpa famili
siapkan kerja tepat pada waktunya
jumpa kawan-kawan
tangkap gambar-gambar cantik
makan!

5 sebab buat entri ini
aku dipaksa oleh dean!
sebab dean ni model kegemaran aku
saja nak buat diri aku terkenal, kot ade yang nak buat menantu =)
nak tunjukkan aku ni rajin. haha!
nak buli kawan-kawan blogger pasni

5 orang kacak/cantik yang aku mahu buli

selamat menjawab soalan. hoyeh!

Selamat Hari Guru

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Sebelum ini aku hanya menyampaikan ucapan Hari Guru kepada insan-insan bergelar pendidik dalam hidup aku. Kali ini aku sendiri menerima ucapan daripada famili, sanak-saudara dan kawan-kawan. Terima kasih. Seringkali aku baca puisi 'Guru Oh Guru' nukilan sasterawan negara, Usman Awang dan setiap kali itu lah jiwaku terisi.

Tidak pinta wang berjuta, cukup keputusan terbaik cuma. Ikhlas dari jiwa raga moga tersimpan ilmu di dada mereka. Buat guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mencurah ilmu kepadaku, jasa kalian aku kenang sampai mati. Terima kasih untuk segalanya. Tanpa kalian, aku ini tiada apa.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpian yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuag sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilan apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Sunday, May 15, 2011

food for soul

Not getting old but getting better.


thank you so much, friend. you know that i am talking to you.

Saturday, May 14, 2011

jemput masuk, jemput duduk, jemput makan

Hari ini adik sepupu lelakiku bersanding. Telah selamat bernikah pada minggu lepas. Semoga kekal hingga akhir hayat. Ameen.


Seperti biasa, akan ada bunyi-bunyian ditujukan khas untukku. Malam semalam sudah ada manusia yang bertanya soalan tersebut. Dan pada hari ini soalan itu diujarkan kembali oleh manusia lain.  Sebelum ini aku pernah menulis tentang hal ini pada sini dan sini. Aku luahkan rasa ketidakpuasan hati di belog. Selalunya aku akan buat tidak tahu sahaja. Sengih bila ditanyakan soalan itu. Namun pada hari ini aku terasa sebak. Aku keluar dari dewan dan menangis di sebalik dinding. Bukan mahu jadi emosional tahap maksima. Tetapi aku sedih.

Manusia lain tidak memahami apa yang aku rasa. Mereka tidak tahu aku menangis dalam hati. Mereka tidak tahu aku letih senyum apabila ditanya soalan sebegitu. Letih menjadi seorang hipokrit. Emak kata mereka hanya bergurau sahaja. Kawan kata mereka ambil berat. Sebelum mereka berkata sedemikian, ada mereka berfikir tentang hati aku? Subhanallah, hanya Allah s.w.t. yang mengetahui rasa hati ini.

Lupakan tentang semua perkara bodoh itu.

bila blogspot buat hal

Rasanya aku masih sempat menulis satu entri sebelum blogspot buat hal. Akibatnya, sehingga entri ini ditaip, entri itu masih hilang belum jumpa. Nasib baik bukan entri puisi atau entri panjang berjela. Kalau tidak, mau aku merana sekejap.

Hampir 24 jam tidak dapat mengakses masuk ke dashboard. Sibuk mengadu pada Dean. Pot pet pot pet. Blogspot masih begitu. Sehingga tertidur dan terjaga hanya untuk periksa tahap kesihatan blogspot pada waktu ini. Alhamdulillah, setakat ini boleh masuk dashboard dan menaip entri. Masalahnya cuma satu, entri hilang.

p/s: pacik blogspot, sila kembalikan entri aku yang hilang~

Wednesday, May 11, 2011

hadiah daripada asim

Aku ni bukannya celik IT sangat. Tidak berbakat langsung dalam bab design ni. Selalunya aku ambil latarbelakang sedia ada untuk belog. Terfikir juga mahu ada header belog sendiri. Tetapi, tak tahu hendak buat sendiri kan. Ya, memang orang kata "Senang je dill". Tapi untuk aku, "Oh, susah tu der. Guwa poyo sikit bab-bab gini"


Entah macam mana, kebetulan berkenalan dengan seorang penulis blog ini, Asim. Merupakan penulis belog yang peramah dan prihatin. Dia dengan baik hatinya telah mencipta header untuk belog aku. Terasa sangat terharu. Awal-awalnya aku tidak tahu bagaimana untuk meletakkan header di template lama. Semalam dengan kesabaran maha tinggi, aku tanya sini sana. Kutip semua ilmu yang patut dan mula godek blog. Alhamdulillah, aku berjaya meletakkan header pada tempatnya. Header cantik hasil kreativiti Asim. Terima kasih, dik. Kak senang kenal dengan Asim.

p/s: kalau kamu mahu tempah header, boleh jenguk belog Asim =)

Tuesday, May 10, 2011

stupid

When you think you are stupid, it does not mean that you are really stupid. It means you are lack of knowledge.

-dill-

This is my 400th entry.

tak rock lah jadi cikgu!

Sering terdengar bisikan manusia mengatakan cikgu-cikgu tak banyak kerja. Kerja separuh hari. Cukup bukan terima gaji. Buat pengetahuan kamu, bukan semua guru sebegitu. Masih ada yang ikhlas menjadi guru. Bak kata omputeh, passionate to be a teacher. Terbayang-bayang kata-kata kawanku, bila aku katakan aku ini guru dan ada beberapa tanggungjawab perlu kugalas.

"Alah. Baru lagi. Mula-mula memang la bersemangat"

Cop! Berhenti di situ. Jangan disambung tanggapan negatif. Aku tahu aku masih baru dalam bidang ini. Namun aku tahu perjalanan seorang guru bagaimana. Aku ada role model sendiri. Cara aku bekerja, hasil daripada pemerhatianku dan pengamatanku terhadap cara emak dan ayah bekerja. Setinggi mana dedikasinya mereka, aku cuba belajar dari situ.

Di sini aku selitkan sedikit informasi tentang tugas guru. Sumber dari Encik Jimmy Rose.
  1. Menulis rancangan mengajar.
  2. Menanda kedatangan murid / pelajar.
  3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku, 1 kelas = 45 orang murid. Jumlah buku bagi 1 kelas = 135 buah buku. Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas. Maka 5 kelas x 135 = 675 buah buku.
  4. Menghadiri / mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat. Mesyuarat JKK sekolah, Mesyuarat Guru, Mesyuarat Sukan, Mesyuarat Panitia (seorang guru mungkin ada 2 panitia), Mesyuarat PIBG, Mesyuarat Kelab Guru, Mesyuarat Kokurikulum, Mesyuarat Program (lebih dari 6 program anjuran sekolah - Hari Guru, Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Hari Kemerdekaan, Bulan Bahasa, Hari Anugerah, Sekolah Selamat)
  5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit beruniform (kadang-kadang hadir Sabtu), Perjumpaan Permainan (tambah untuk pertandingan), Perjumpaan Persatuan / Kelab, Latihan rumah sukan setiap minggu
  6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman/luaran
  7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk, borang emis/hrmis/label buku hadir kursus/balik dari kursus Borang Fleksi PMR/SPM, borang kehadiran murid ke kelas fleksi, buku pemantauan/salah laku murid, buku catatan relief guru, buku tugasan mingguan, laporan mingguan, laporan keceriaan, borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan, buku kokurikulum murid, borang pemarkahan kokurikulum etc
  8. Menghantar murid ke klinik
  9. Mengisi maklumat murid dalam fail peribadi
  10. Menceriakan bilik darjah (selalunya duit poket sendiri)
  11. Mengisi markah ujian/peperiksaan
  12. Mengisi data murid SMM
  13. Menangani masalah disiplin murid/pelajar
  14. memasukkan data disiplin dalam e-disiplin
  15. Melayani karenah ibu bapa/penjaga
  16. Mengecat sekolah
  17. Membersihkan bilik/stor/bilik khas
  18. Menganjurkan program-program wajin (hari terbuka dsb)
  19. Menyiapkan program Head Counting
  20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN, (cth: KIA2m, Linus dsb)
  21. Menyiapkan fail GERKO, persatuan, kelab dan sebagainya
  22. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
  23. Mengendali masalah/kebajikan murid
  24. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang
  25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dsb
  26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  27. Berniaga (jualan hari kantin dsb)
  28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
  29. Menyediakan kertas peperiksaan/ujian
  30. Menanda kertas peperiksaan/ujian. 1 subjek 2 kertas = 2 . 2 x 45 = 90 . 90 x 5 = 450 kertas
  31. Perkembangan staf
  32. Mengendalikan perhimpunan murid
  33. Gotong royong (kadang-kadang guru perlu bawa semua alatan)
*Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas. Tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawa tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap guru cuti banyak dan sebagainya, tetapi hakikatnya tugas seorang guru memang mencabar. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja berbanding guru yang terpaksa menanda bukud an menulis rancangan sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA

Tulisan di atas aku petik dari penulis itu. Aku cuma murnikan sedikit tulisannya tanpa mengubah maksud atau makna penulisan beliau. Entri ini bukan untuk mengeluh atau merungut. Cuma berkongsi ilmu. Buka mata. Buka minda. Buka hati.

CK One Summer 2011 Calvin Klein for women and men

got it from Google
I can assure you, this fragrance is so adorable.

p/s: different people, different opinion.

Monday, May 9, 2011

sembilan mei

Kenangan sembilan mei membawa pelbagai perasaan dalam hati.


p/s: birthday aku lambat lagi. 19 Julai. Kamu pos hadiah kat aku ye =)

Sunday, May 8, 2011

alamak! i have been spotted!

Tajuk sahaja dalam Bahasa Inggeris. Intipatinya dalam Bahasa Malaysia. Tak pe la kan =)

Jumaat lepas, menemani sahabat baik di KL Sentral. Banyak yang dibincangkan. Lagaknya seperti masalah negara sahaja. Padahal, hanya hal-hal berkaitan kami berdua dan manusia dalam hidup kami.

Kami duduk berdekatan dengan KFC. Tiba-tiba mataku terpaku pada satu susuk tubuh. Dia melihat ke arahku dan tersenyum. Aku terkejut! Wei! Aku dah lama tak jumpa mamat itu! Hampir tiga tahun. Dia mendekatiku lalu membuat aksi seperti ingin memelukku di situ. Aku tahu dia main-main saja. Suami orang tu weh.

Acik. Dia bekas rakan sekerjaku tika di sektor swasta dahulu. Dia tanya macam-macam. Atas sebab-sebab yang tak dapat aku rungkaikan di sini, aku memilih untuk tidak menjawab beberapa persoalan darinya. Dia agak terkilan. Maaf, kawan. Bukan semua perkara boleh dikongsi.

Fiza, macam mana sekarang?

Macam ini lah. Sama je.

Acik tengok dah makin kurus la. 

Mana ada. Sama je.

Pot pet pot pet. Dia meminta diri. Yah, aku tahu sekarang dia bekerja di KLCC. 

p/s: hape la aku ni. pasal menda ni pun nak tulis di sini.
p/s: fiza pun nama aku juga :)
p/s: dia bukan ex-bf aku.

hari emak

Pada aku, tiada hari spesifik untuk meraikan Emak aku. Hari-hari adalah hari Emak. Bukan lapan haribulan Mei. Bukan setiap hari ahad minggu kedua dalam bulan lima. Hari-hari aku ingat Emak. Kalau boleh hari-hari mahu jumpa Emak. Tidak perlu bersembang bagai. Asal nampak Emak depan mata, itu sudah cukup untuk aku.

Emak, pengorbanan Emak tak terjangkau dek tangan ini. Pengorbanan Emak lebih tinggi dari langit. Kasih emak kasih syurga. Tanpa Emak, aku ini tiada makna.  

Emak, masih ingat tak dulu Emak pernah kejar Along dengan rotan kat padang bola? Hehe. Along tak ingat la sebab apa Emak kejar Along. Mesti sebab Along nakal amat kan? Masa kecil, Emak garang wo~ Along takut. Tak berani nak loyar buruk dengan Emak.

Sekarang ini Emak sudah seperti kawan. Kadang-kadang lawak Emak buat kami adik-beradik ketawa terbahak-bahak. Emak kata Emak minat tengok cerita Tamil. Sebab apa? Emak suka tengok babak mereka berlawan. Lawak, Emak kata. 

Emak, Along sayang Emak sangat-sangat. Sebelum cuti sekolah nanti, Along belikan ink printer Emak ye. =)

Selamat Hari Emak Sedunia.
Emak, Ummi, Mama, Mom, Mum, Mother.
Hari-hari adalah Hari Emak.
Kasih Emak Sampai Syurga.
Buat sahabat yang Emaknya sudah dijemput Ilahi,
kita sama-sama panjatkan doa untuk mereka.
Moga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.


p/s: siapa kata ayah tak penting? emak di jiwa, ayah di hati. dua-dua bercantum dalam satu nyawa. nyawa si dill.

Saturday, May 7, 2011

tiga hari gila

Tiga hari berturut-turut aku balik lewat. Tidak punya cukup masa untuk merepek meraban di sini. Semalam cuma muatnaik gambar topeng. Buat kawan-kawan, aku tidak sampai hati hendak memakaikan anak muridku topeng babi okei. Aku buatkan topeng kuda. Babi warna merah jambu. Kamu perasan tak? Ni semua gara-gara Abang Zam. Cis! Haha!

Tiga hari ini aku sibuk dengan pelbagai benda. Peribadi dan kerja. Nasib baik otak tidak meletup. Kalau tak, Kebabom!!! Gila.

Terima kasih kepada bateri telefon bimbitku atas kesungguhannya bekerja selama dua tahun setengah. Akhirnya kamu menjadi gemok dan pergi meninggalkan aku sendiri. Aku beli bateri baru menggantikan kamu ya. 

Selepas ini akan mula terjah belog kawan-kawan. Maaf kawan, aku lewat. 

ciaO.

Friday, May 6, 2011

karya tiada seni

Semalam dicanangkan dalam belog, aku mahu buat topeng haiwan. Masalahnya aku tiada bakat melukis semulajadi. Hasilnya hanya seberapa. Namun bila anak murid kata cantik, dalam diam aku tersenyum. Hehe.


Kamu dapat kenalpasti jenis-jenis binatang dalam gambar di atas? Alamak. Macam soalan periksa pulak. Ce teka.

p/s: tiada babi di situ. tak guna abang zam! cis! haha!

mana topengnya dill oi..

Sabar-sabar. Beri sedikit masa lagi. Ada komitmen lain. Akan muatnaik dalam entri seterusnya. Maaf kawan.

Thursday, May 5, 2011

operasi malam ini: membuat topeng

Aku cuba untuk siapkan topeng binatang untuk anak murid. Kalau sudah siap, aku muatnaik. Insyaallah.