Thursday, October 9, 2014

Cik..Eh. Puan

Okay, dah lama tak shout out kat sini.

Aku

dill.

jadi 

Puan Dill.

Alhamdulillah.

terima kasih sebab terima saya seadanya

Orlando Ahmad. 


doakan kami.

Monday, March 31, 2014

Peach Veil to let go / Veil Peach untuk dijual

Aku ada satu veil warna peach ni. Konon-konon nak jadi retis la order veil gini. Tengok-tengok macam tak berkenan di hati pulak. Jadi aku ingat nak jual kat siapa-siapa yang berkenan. By the way, aku tak pernah pakai veil ni lagi. Suci murni lagi.


Veil ni masih berada di kampung. Kalau ada yang berkenan, korang kene tunggu aku balik kampung & pos kat korang. Tak pun aku akan usahakan sesuatu. Sehelai shawl plain pun ada sekali. Apa-apa contact aku kat


Veil: RM180 (boleh nego)

dillasamurai@gmail.com

p/s: aku belum nak kahwin lagi maaaaa~

p/s lagi: bukan veil kahwin ni. tapi boleh je kalau korang nak guna buat nikah bagai. keh3

p/s lagi dan lagi: harga masih boleh runding

Friday, March 28, 2014

Thursday, March 27, 2014

Pemanduan: Pendapat Aku

Aku ni bukannya expert sangat pandu kereta. Ye lah, dah tempat kerja dekat dengan rumah jadi aku selalu jalan kaki je. Sambil-sambil tu boleh bakar kalori. Cewah.

Selalunya memandu bile balik kampung. Kebetulan sekarang ni emak tak berapa sihat, aku jadi pemandu sementara untuk dia.

Dalam dua tiga hari ni, aku asyik-asyik jumpe pemandu yang tidak mahu beralah. Kenapa aku cakap macam ni? 

Bila engkau memandu di kawasan kampung yang jalannya tak delah sebesar mana, engkau kena la bertolak-ansur dengan kereta yang lain. Apabila ada kereta dari arah bertentangan, engkau jadi la baik hati sikit, sama-sama ketepikan kenderaan. Memudahkan kedua-dua pemandu. Ini tidak, engkau sorang nak conquer jalan tu. Haih. Aku bayar cukai jalan jugak beb. Bukan engkau je.

Lepas tu, aku rasa semua kereta ada lampu signal kan? Ngape la kome sume ni maleh beno nak pasang lampu signal tu. Ate jenuh le kume ni ngejas keta kalo kome tetibe kona. Jenuh weh.

Baru kejap tadi, aku memandu ke rumah opah. Aku dari jalan besar, nak membelok ke kanan. Kebetulan ada seketul kereta Viva kat simpang tu. Tak sabar-sabar dia nak keluar ke jalan besar. Kalau ikut rules, aku la yang gerak dulu. Bukan cik Viva ye. Muka dia hangin je tadi bila aku belok dulu. Ceh. Ada aku kisah?

Ade beberapa kali kat highway, kereta depan aku tu terhuyung-hayang. Mabuk ke pun? Jadi kepada sesapa yang rase diri die tu tak stabil nak memandu, hentikan la. Bahaya wo...

Aku tak cakap pemanduan aku perfect ye. Banyak jugak cacat celanya. Jadi aku mintak mahap le kalau aku silap cakap kat sini. Dah lame tak menulih ye dak. Kikiki