Friday, July 30, 2010

cuba diganti dengan mesti

Sebelum ini aku sering mengatakan aku akan cuba untuk melupakan dia. Kali ini aku perlu maju selangkah ke hadapan. Aku MESTI lupakan dia. 




Monday, July 26, 2010

macam-macam 3

Kami masih berkawan. Kawan biasa. Tidak lebih dari itu buat masa ini. Dia bakal meninggalkan aku sekali lagi. Berpindah tempat kerja. Aku akan mengalami kehilangan buat kali kedua. Dia mungkin tidak hairan dengan perasaan aku. Tetapi aku sangat sedih. Bila dia tidak mahu membalas sms aku. Aku hanya ingin jumpa dia sebelum dia pergi. Kerna sebelum aku pergi dahulu, dia sempat berjumpa aku. Mungkin dia tidak teringin pun berjumpa dengan aku selepas apa yang terjadi.

Terima kasih, awak. Jaga diri elok-elok. Saya sentiasa doakan awak.


Saturday, July 24, 2010

macam-macam 2

Entri sebelum ini terpaksa dihapuskan untuk mengelakkan sebarang silap faham yang mungkin terjadi. Aku tidak mahu sakit hati lagi. Masalahnya, hari ini aku masih sakit hati. Sepatutnya sudah sedikit pulih, namun masih sakit.

Aku masih menghubungi dia. Walau tidak selalu. Tetapi masih. Ya, aku degil. Susah betul orang degil ni, kan?

Maaf, Ateh.
Maaf, Clavriene.
Maaf, Amrah.
Maaf, Cik Sal.

Aku masih belum mampu membeli pemadam yang boleh memadam kesemua tentang dia sehingga tidak meninggalkan kesan.

Aku tidak katakan aku lemah. Cuma bukan senang untuk melupakan sesuatu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tolong fahami aku.



Tuesday, July 20, 2010

ujian Allah

Salah satu cara Allah menunjukkan kasih sayangNya adalah dengan memberikan pelbagai ujian kepada hambaNya.


Aku sering ungkapkan pernyataan itu kepada manusia di sekelilingku. Kebelakangan ini pernyataan itu sangat sesuai buatku.


Tetapi sekarang ini, Allah bayar cash, kan?








Aku perasan.




Monday, July 19, 2010

selamat hari lahir, dilla

Selamat Hari Lahir, Dilla. Kamu sudah tua. Maju setapak lagi menghampiri kematian. Moga diampunkan segala dosa. Ameen.



Sunday, July 18, 2010

annoyed

I am extremely ANNOYED today! Rase hendak pergi menjerit kuat-kuat kat tepi laut! Damn it!


Friday, July 16, 2010

perasaan yang tidak mahu pergi

Ada satu perasaan yang sangat degil. Tidak mahu pergi dari aku. Melekat seperti sudah dijahit pada kulit dan baju. Kawan-kawan pasti kata, "Bodoh Dilla ni. Just let him go." Biarlah apa orang hendak kata. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, aku perlukan masa untuk stabilkan diri. Bukan sehari dua. Tidak tahu sampai bila. Tolong jangan menghakimi aku. Aku hanya insan kerdil di bumi Ya Rabb ini. 

Perasaan apa yang masih melekat pada aku?

I miss him [so much].


Tuesday, July 13, 2010

bungkusan dari kawan baik

Posmen sudah membunyikan hon motosikalnya. Aku berlari-lari anak mencari tudung. Satu bungkusan bertukar tangan. Aku lihat tulisan tangan di atas bungkusan itu. Macam kukenal. Bila aku amati, sah, memang dia. Terima kasih, kawan. Kamu memang sentiasa berusaha untuk membuat aku gembira. Aku sangat bersyukur kepada Allah kerna dikurniakan sahabat seperti kamu. Kamu sentiasa di sisi aku bila aku perlukan seseorang. Kita jauh di mata, tetapi dekat di hati. 

Air mataku tumpah. Terharu. Sejak akhir-akhir ini aku menjadi terlebih sensitif. Mungkin angkara perkara sekeliling. 

Terima kasih Clavriene. Aku sayang kamu.



Monday, July 12, 2010

Muse - Unintended

Unintended
by Muse

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love

You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

Before you




Saturday, July 10, 2010

10 Julai

Sudah 10 Julai. Teringat pula janji dia pada 15 Jun lalu. Tetapi keadaan sudah berubah. Tidak sama seperti dahulu. Aku sendiri tidak tahu sama ada dia akan menjenguk blog atau mukabuku aku lagi. Okay, sebenarnya aku tidak sangka sama sekali dia akan jenguk mukabuku aku. Aku fikir, apabila aku sudah tidak berada di pertengahan jalan hidupnya, dia akan lupakan aku. Tapi, Allah Maha Mengetahui apa niat sebenarnya. 

Aku tahu, orang yang sering onlinekan mukabukunya adalah parasit itu. Aku tahu bila kamu kata kamu tidak bersama dengan parasit itu ke Kuala Lumpur, hakikatnya kamu memang pergi. Bukan aku ingin menyibuk hal peribadi kamu. Tetapi aku ingin lihat sejauh mana kamu menghargai kejujuran dalam persahabatan. Aku tahu bila kamu nafikan kamu sering ke rumah parasit itu, sebenarnya kamu acap kali ke sana. Aku tahu semua itu. Cukuplah dengan segala kata-kata manis kamu. Aku tipu jika aku katakan aku tidak sayangkan kamu lagi. Ya, aku masih sayangkan kamu. Cuma tidak seperti dulu. Jika kamu baca coretan kali ini, aku ingin ingatkan kamu bahawa aku pernah memberitahu kamu yang aku sangat bencikan penipu. Nah! Kamu menjadi salah seorang daripadanya. Ya, aku kecewa. Tetapi untuk apa? Aku tidak akan mendapat apa-apa kan?

Aku masih perlukan masa untuk memulihkan diri aku. Aku rasa kamu seorang sahaja yang kata aku sedang berbahagia. Kamu silap. Sangat silap. Kamu tidak kenal siapa aku lagi sebenarnya. 

Bukan begitu?

Friday, July 9, 2010

langkah pertama

Okay. Memulakan langkah pertama. Sudah remove parasit itu dari senarai rakan mukabuku aku. Terasa tenang sikit.


Monday, July 5, 2010

tertanya?

Aku tertanya, mengapa hati aku sakit seperti ditoreh pisau yang sangat tajam? Setiap kali menelan air liur, kesakitan itu turut sama menjelajah. Aku tidak suka keadaan ini. Bukankah sepatutnya aku semakin pulih? Mengapa aku perlu hadapi perasaan sebegini lagi? Aku sedang cuba melepaskan sesuatu yang sangat penting buat aku. Agaknya, aku terlalu peka dengan mukabuku dia dan parasit itu. Macam mana tidak peka, parasit itu sentiasa menjerit-jerit tentang kebahagiaannya, keseronokannya, kejiwangannya dan apa-apa lagilah.

Kenapa aku tidak remove mereka? Entah. Tiada jawapan untuk soalan itu.


Sunday, July 4, 2010

khayalan menjelma

Semasa aku dalam proses memulihkan hati, aku terserempak dedaun kecil yang ditiup angin. Dedaun itu cuba berbisik tentang kebenaran hakiki. Lantas aku menjadi kaku. Bukan teruja atau terkinja-kinja. Cuma aku sedikit pelik, mengapa sekarang? Mengapa tidak seminggu lalu ketika aku sangat perlukan perhatian dari insan itu? Adakah dedaun itu cuba mengatakan yang aku bakal diperlukan kerna dahan yang selama ini dipaut akan rapuh? Aku ini pengganti? Otakku ligat berfikir. Aku ini spare part kah? Tika aku bertungkus-lumus memujuk hati agar tidak terlalu sakit, orang yang kuharapkan untuk memujuk, tidak kunjung tiba. Namun, Allah Maha Mengasihani. Dia kurniakan keluarga dan kawan-kawan yang sangat memahami. Membantu aku dalam mengharungi onak dan duri perasaan picisan ini.

Ya, aku memang kompleks orangnya. Mungkin itu sebabnya orang susah hendak memahami aku. Tetapi, jika orang itu benar-benar tahu siapa aku, dia akan memahami aku.

Perasaan sayang memang susah untuk dikikis. Perlukan masa. Kamu mengerti bukan?