Thursday, December 31, 2009

hari terakhir pada tahun 2009

Akhirnya, telah sampai jua hari terakhir pada tahun ini. 31 Disember 2009, pasti hari ini sarat dengan program tv yang merumus segala perkara yang berlaku sepanjang tahun 2009. Teringin juga hendak buat rumusan. Hehe.milkysmile

Sebelum aku terlupa, ingin aku ucapkan

'Selamat Hari Lahir buat sahabatku, Assura Azilawati binti Mohd Aspar'

Moga dirahmati Allah senantiasa. Aku doakan Azila dan suami dikurniakan rezeki yang melimpah ruah pada hari-hari mendatang. Insyaallah.milkysmile

Tahun ini banyak memberikan kenangan kepadaku. Baik kenangan yang pahit, manis, masin, masam dan pelbagai lagi rasa yang tidak mampu digambarkan di sini. Aku kenal apa itu persahabatan selepas menempuh dugaan yang kukira sungguh mencabar. Terima kasih kepada keluargaku kerna sentiasa menyokongku. Sahabatku, Clavriene. Bekas rakan sekerjaku, Zaleha. Juga Encek Q. Tanpa kalian, rasanya aku akan mengalami tekanan mental yang kronik. Terima kasih sekali lagi.Photobucket

Allah memberikanku peluang untukku berbakti di dalam kehidupan ini dengan menghadiahkanku KPLI pada hujung Jun lalu. Walaupun jauh di Terengganu, akan kucuba tempuhi sebaik mungkin. Hampir lima bulan di sana, terasa masa cepat sahaja berlalu. Di sana, masa itu emas. Aku kesuntukan masa untuk belajar semua benda. Tapi, aku cuba sehabis baik. Ganbatte ne!Photobucket

Pada tahun ini juga, ramai sahabatku mendirikan masjid. Tahniah buat sahabat-sahabat; Azila, Phyde, Raja Shahrul, Adhli dan Julie, dan Zaquan. Maafkanku jika aku terlepas nama-nama sahabat yang lain, Tolong ingatkanku dengan memberikan komen, ya?Photobucket

Buat sepupuku, tahniah. Tidak pasal-pasal aku menjadi pengapit terjun di hari persandingan kalian. Hehe. Biru vs Perak. Aku pasti tidak lupakan kenangan ini.Photobucket

Kepada semua Raja Sehari, aku doakan kalian kekal dan bahagia hingga akhir hayat. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian. Maafkan aku kerna tidak dapat hadir pada hari bahagia kalian. milkysmile

Oh, ya! Aku baru mendapat pesanan ringkas dari rakan sekolahku, Ikhram. Beliau telah dianugerahkan seorang bayi lelaki yang handsome seperti ayahnya. Tahniah Ikhram. Aku tumpang gembira. Terima kasih kerna sudi berkongsi berita gembira ini denganku.Photobucket

Selamat tinggal 2009...Selamat datang 2010!

*maaf, aku terlampau syok menggunakan emoticon. Sampaikan pelbagai jenis ada di sini. Hehe

Wednesday, December 30, 2009

hari rabu...

Hujan turun agak lebat sekarang ini. Aku masih mengetik papan kekunci sambil berfikir, apa yang aku ingin tulis hari ini ya?

Alhamdulillah, akhirnya Astro sudah kembali berfungsi setelah 10 hari merajuk. Pagi tadi juruservis Astro datang perbetulkan apa yang salah.

Brader Astro: Dekat sini banyak monyet ke?
Aku: Em..a'ah
Brader Astro: Patut la. Ni monyet punye kerja la ni
Aku: Tak guna punya monyet!!! (jerit dalam hati je la) :sobrakana:

Selepas mereka beredar, tiba-tiba aku jadi excited pula. "TV!!!!" aku jerit. *secara sopan. Hehe

Kenapalah mereka datang lambat sangat. Aku terlepas siri Supernatural. Rindu pada Dean Winchester. :sigh:

Aku ingatkan, aku ingin rahsiakan kewujudan blog ini daripada Q. Tetapi, ada satu hari tu, dia secara tidak sengaja telah mengakses blog aku. Ini gara-gara aku tidak membersihkan history Mozilla Firefox sebelum dia godek-godek komputer ribaku!. *moralnya, sila bersihkan history browser anda sebelum membenarkan sesiapa menyentuh komputer riba anda. :takot:

Pada fikiranku, dia tidak akan mengakses blogku lagi. Malu dowh! Aku berharap sangat dia akan terlupa alamat blogku. Alkisahnya, ingatan dia masih kuat. Mengapalah perkara remeh ini tersimpan di stor ingatannya. Adoi. Semalam dia membaca blog aku lagi. Cis! :ayokona:

Buat Encek Q:
Saya tahulah awak excited sebab dapat baca blog saya. Tetapi tidak perlulah sampai salin dan tampal (copy & paste) di Yahoo Messenger. Menci ah! *saya geram ni marah


Sunday, December 27, 2009

selesai sudah

Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan sepupuku. Lega. Hari ini aku terpaksa menjadi pengapit terjun. Tak membuat sebarang persediaan langsung. Aku berkurung biru manakala mempelai berbaju warna putih perak. Pengapit asal tidak berapa sihat. Tidak mengapalah...Hehe

Di sebelah malam pula, kami ada majlis persandingan mini untuk kaum keluarga. Selepas sesi bergambar, posing-posing, sesi potong kek pula. Yay! peace Berpeluang makan Kek Coklat Indulgence. Hampir pukul 12pagi, semuanya selesai. Ada saudara yang pulang pada hari yang sama kerna masing-masing ada hal sendiri.

Selepas itu, aku bersembang dengan Q di Yahoo Messenger. Dia sudah selamat sampai di Johor Bahru. Perlu menyelesaikan beberapa perkara penting. Meninggalkanku di sini. Maknanya, aku tidak dapat bertemu dengannya sebelum aku pulang ke Terengganu. *sedih ::(

Aku teringat kata-kata kakak sepupuku. Dia mengatakan aku menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu standard (skema). Jawabku, "Dilla memang suka tulis dengan gaya yang macam tu." Aku senyum. Aku tidak tahu mengapa, tetapi aku suka menulis begini. Memang kadang-kadang nampak seperti penulisan buku teks, kan? Hehe.:lamagawa:

Aku baru menghantar pesanan ringkas kepada Q, "It doesn't matter if you receive this message or not. I just want to say I miss you." :blush:

Jiwang amat...

Friday, December 25, 2009

singgah di kajang

Sekarang di Kajang.

Teringin untuk berbalas pesanan ringkas dengan seseorang. Namun hasratku tidak kesampaian. Beliau sibuk dengan keluarga.

Perasaanku bercampur-baur. Tiba-tiba aku terasa ingin menangis...



Tuesday, December 22, 2009

tiada berita sensasi di blog ini

Haha! Apa jenis tajuk entri da. Tetapi tidak kisah lah. Janji aku suka peace. Baru selesai kenduri kahwin di rumah sepupuku di Ipoh baru-baru ini. *sebenarnya sudah tiga hari berlalu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Minggu ini akan ke Kajang pula. Aduh, belum apa-apa badanku sudah terasa lenguh-lenguh :sigh:. Tidak mengapalah, membantu sepupuku di hari bahagianya.:okay:

Tiada perkara penting yang ingin aku sampaikan sebenarnya. Cuma aku sedih, cuti semesterku sudah hampir habis. Kemudian, akan pulang ke Terengganu. Selepas dua minggu, terpaksa berpindah dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Praktikum selama tiga bulan. Tiada tv. Aku tidak pasti samada
coverage telefon wujud atau tidak di kawasan itu. Internet? I have no freaking idea.:ayokona:

Tinggalkan famili. Tinggalkan Q. Buat Q yang bakal dirindui separuh mati, tolong doakan aku agar aku mampu berdiri dan melangkah untuk maju kehadapan. Tolong doakanku tabah dalam menyusuri pelbagai onak dan duri dalam ranjau kehidupan ini. *jiwang la pulak

Q, saya harap awak tahu...saya sayangkan awak. *walaupun kebarangkalian untuk awak baca blog ini adalah 1/10, tidak kisahlah...love


Friday, December 18, 2009

Tahun Baru Hijrah 1431

Ketika selautan manusia sibuk memperkatakan tentang azam baru untuk Tahun 2010, aku berfikir, apa yang ingin aku capai sepanjang tahun 1431 Hijrah ini. Terlalu banyak perkara yang perlu aku analisa, perbaiki dan cuba laksanakan di masa hadapan. Aku perlu membuang semua sifat mazmumah dan pupuk sifat mahmudah.

Maafkan segala silap dah salahku, sahabat-sahabat. Semoga 1 Muharram 1431Hijrah ini memberikan permulaan yang baik untuk kita semua. Insyaallah.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431.


Thursday, December 17, 2009

kreativiti anak Malaysia

Kalau kalian perasan, aku ada selitkan kolum sejenak di kedai mini dan pelbagai banner di blogku. Jujurnya, aku sangat berbangga dengan anak Malaysia kala ini. Mengaplikasikan kemajuan teknologi dalam hal ini, blog, dengan mempromosi dan memasarkan hasil idea kreatif yang ditransformasikan kepada kraftangan comel, mugil dan menarik, aku tabik spring! Photobucket

Baru-baru ini aku telah menempah dua ekor monster dari Cik Liyana Photobucket. Aku akan letakkan gambar monster itu. Cuma hanya seekor sahaja yang masih bersamaku. Lagi seekor sudah selamat bersama-sama Encek Q. *jika aku terlupa, maafkan aku ya?

Jika sahabat-sahabat teringin untuk memiliki hasil kraftangan dari pereka-pereka unik ini, aku sarankan, buatlah tempahan. Insyaallah, kalian tidak akan rasa rugi. Selepas ini aku bercadang untuk menempah barangan dari pereka yang lain pula. Photobucket

Aku perlu menempahnya secepat yang mungkin kerana cuti semesterku sudah hampir ke penghujungnya. Jika sudah sampai ke Terengganu, agak sukar untuk aku membuat sebarang urusan perbankan. Bank jauh. Hmm...


Wednesday, December 16, 2009

tidak terfikir tajuk entri ini

Aku menghabiskan hari mingguku di Kuala Lumpur baru-baru ini. Berjumpa dengan Clavriene dan Kazuki memang sangat mengujakan. Pelbagai cerita selama empat bulan dikongsi bersama-sama. Aku sangat gembira kerana setiap pasaraya besar yang kami pergi, kami akan singgah ke kedai buku. Borders, Kinokuniya, dan jualan murah buku di Carrefour. Borong banyak buku. Jika duitku setinggi bintang di langit, mungkin sebahagian besarnya akan dilaburkan untuk buku.

Aku juga sempat singgah di Sungei Wang Plaza. Hajatku ingin mencari 'couple t-shirt', tetapi tidak kesampaian. Aku dan Clav mencari t-shirt itu hingga ke tingkat enam namun tidak berjumpa. Sedikit kecewa, tetapi tidak mengapalah. Mungkin di lain masa. Insyaallah.

Okay, cukup dulu cerita tentang Kuala Lumpur.

Kebelakangan ini kondisiku tidak beberapa stabil. Pelbagai perkara perlu ditangani dalam masa yang sama. Apabila sampai kepada perkara yang melibatkan emosi, amatlah sukar untuk aku hadapi. Apabila tiba satu keadaan di mana semua kekuatan yang kuharapkan untuk menjadi tulang belakang akhirnya membelakangiku, aku menjadi rapuh.

Aku kagum dengan ketabahan Siti Khadijah. Jauh di lubuk hati ini, aku teringin menjadi sepertinya. Tetapi mampukah aku?

Aku juga insan biasa yang memerlukan sokongan moral dari pihak-pihak yang berkenaan. Jika semuanya tidak menyokongku, bagaimana aku ingin meneruskan hidup ini?

Impian kecilku supaya diri ini dicintai dan disayangi seikhlas-ikhlasnya oleh insan yang aku sendiri sayangi. Mungkin permintaanku terlampau tinggi sehingga ia sukar dicapai laksana bunga dandelion yang pergi ditiup angin kencang.


Thursday, December 10, 2009

Tuesday, December 8, 2009

holidays...

:hi:

I wanted to write yesterday but I was too exhausted. Arrived home safely after seven an a half hours journey from Johor.
I went to Clavriene's house last weekend. Yeah, after several boring hours in the bus, finally the bus dropped me near the Danga City Mall. I was hoping that the bus stopped at the Larkin Sentral, but it did not :sigh:.

Last Sunday, we went to Singapore. The city was colourful. Well, can smell the Christmas spirit, though. Lots of people in each and every shopping mall since they were having the Christmas Sale. Clav and me were only doing our own routine, window shopping! Haha! menari


whose bag is this?
Thank you Clav and family for being so nice to me. I am so sorry if my presence was a hardship to you and your beloved family. Thank you again.

I am looking forward to seeing you and Kazuki this weekend. :okay:

Monday, November 30, 2009

pelangi petang

Kita sering merungut mengapa hidup kita kelam laksana hari yang mendung, gelap dan hujan sepanjang hari. Kita mencari-cari mentari di sebalik awan gelap. Namun kita lupa, mungkin sebenarnya Allah ingin hadiahkan pelangi kepada kita. Walaupun pelangi itu sekejap cuma, ia mampu menceriakan hidup ini selama mana yang kita mahu. doa

Aku sangat gembira hari ini kerana aku dapat berjumpa dengan Q. Ya, entri ini akan berbaur kejiwangan buat sementara wakturos. Hehe. Masa dirasakan begitu pantas berlalu. Kami sempat bermain bowling bersama-sama. Aku memang suka mencuci longkang. Haha! Dia memang pandai bermain bowling. Tabik spring sama dia! :okay:

Berjumpa dengannya merupakan salah satu kenangan terindah dalam hidupku. Buat masa ini. Kenapa aku masih merinduinya walaupun kami sudah berjumpa sebentar tadi? Aduh, gawat-gawat. Aku perlu mengubati diriku. Jangan terlampau obses dengan Q. Silap-silap nanti, diri ini juga yang merana. Yalah, sediakan payung sebelum hujan. Kita mengharapkan panas sampai ke petang, tetapi hujan di tengahari. Na'uzubillah.

Aku bukan mendoakan yang tidak baik. Tetapi ini hanyalah langkah berjaga-jaga. Kalian tolong doakan kami. Aku sendiri sedang berada dalam keadaan yang sukar kutafsirkan. Hati ini penuh dengan perasaan yang bercampur-aduk. Aku tidak tahu perasaan yang mana lebih dominan. Kegembiraan bukannya datang bergolek. Ia datang dengan pengorbanan. Aku sangat-sangat mengharapkan pengorbanan yang bakal aku alami tidak membuatkan aku kecewa sendiri.

Mataku sudah semakin layu. Namun, aku masih terasa bersalah. Okay, kita bukan berkata tentang Q sekarang. Aku baru mengemas dapur dan aku telah TERbuang lebihan sayur pucuk paku bersama udang-udang yang kukira, banyak gigitjari. Aku tersilap. Nanti aku terbawa-bawa ke mimpi pula. Aduh...adus

Friday, November 27, 2009

Aidiladha

Salam Aidiladha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Minta maaf jika ada silap dan salah. Moga hidup kita diperindahkan lagi dengan rahmat Allah s.w.t

Thursday, November 26, 2009

tentang hati

tentang hati

hati ini
pedih.
jerih.
perit.

letih dengan drama manusia.

letih.

letih.

mengharapkan sinaran mentari
untuk
bebas dari
gundah
namun makin
gulana.

hati ini

letih.

letih.

mampukah hati ini menongkah arus?

aku akui, aku tidak pandai menabur kata-kata manis dalam puisi. aku tiada bakat terpendam. namun aku hanya tulis apa yang aku rasa, seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tidak mengharapkan ribuan atau jutaan pembaca melayari blog aku. namun begitu, terima kasih kerana singgah sebentar di teratak usang ini.


Wednesday, November 25, 2009

coretan kali ini

Puas aku berfikir, apa yang ingin aku coretkan di dalam blog. Namun, akal fikiranku seringkali tidak dapat memberikan tindakbalas yang aku mahukan. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu menulis sekadar melepaskan batuk di tangga. Biarlah coretanku di sini secebis cuma tetapi penuh pengertian. doa

Alhamdulillah, aku sempat berjumpa dengan Q pada hari Isnin lepaspeace. Tiada perancangan untuk berjumpa sebenarnya. Aku hanya menghantar pesanan ringkas mengatakan jika tiada aral melintang, aku ingin berjumpa dengannya. Ya, dia ambil serius dengan pesanan ringkasku itu. Sejam kemudian, dia sudah menungguku. Aduh, kufikirkan dia tidak akan datang kerna hari Isnin adalah hari cuti rehatnya. Aku datang juga kerna dia sudah sampai. Tidak banyak yang diperkatakan. Aku lihat dia semakin handsome. Adakah kerna kami sudah lama tidak berjumpa dan ini mempengaruhi pengamatanku? Haha! Ya, aku merinduinya. Aku akui. :inlove:

Aku tidak tahu bila kami boleh berjumpa lagi. Bolehkah kami berjumpa lagi? Aku tidak ada jawapan untuk soalan itu.:sigh:

Sunday, November 22, 2009

keliru

Kadang-kadang aku keliru dengan perasaanku sendiri :hilo:. Jika kita sayangkan seseorang itu, seboleh-bolehnya kita tidak akan sakitkan hatinya, kan? Aku sayangkannya, tetapi aku sering membuatkannya pening kepala dengan karenahku. Hampir beberapa hari dalam seminggu aku akan membuat onar. Aku tidak tahu mengapa. Seringkali mengutarakan permintaan yang boleh mengguris hatinya. Hati kecilku tidak setuju dengan tindakan keterlaluanku. Namun, luaranku lebih pantas dan tangkas dalam membuatkan dia termangu sendiri. Aku pasti dia acap kali pening dengan pesanan ringkasku. Mungkin, satu hari nanti dia akan bosan dengan permainan anak-anak ini. Aku tidak berniat untuk menyakitinya. Sungguh. Aku sayang dia. Tetapi, mengapa aku sering kali berkelakuan seperti orang bodoh? :puppyeyes: