Hujan turun agak lebat sekarang ini. Aku masih mengetik papan kekunci sambil berfikir, apa yang aku ingin tulis hari ini ya?
Alhamdulillah, akhirnya Astro sudah kembali berfungsi setelah 10 hari merajuk. Pagi tadi juruservis Astro datang perbetulkan apa yang salah.
Brader Astro: Dekat sini banyak monyet ke?
Aku: Em..a'ah
Brader Astro: Patut la. Ni monyet punye kerja la ni
Aku: Tak guna punya monyet!!! (jerit dalam hati je la)
Selepas mereka beredar, tiba-tiba aku jadi excited pula. "TV!!!!" aku jerit. *secara sopan. Hehe
Kenapalah mereka datang lambat sangat. Aku terlepas siri Supernatural. Rindu pada Dean Winchester.
Aku ingatkan, aku ingin rahsiakan kewujudan blog ini daripada Q. Tetapi, ada satu hari tu, dia secara tidak sengaja telah mengakses blog aku. Ini gara-gara aku tidak membersihkan history Mozilla Firefox sebelum dia godek-godek komputer ribaku!. *moralnya, sila bersihkan history browser anda sebelum membenarkan sesiapa menyentuh komputer riba anda.
Pada fikiranku, dia tidak akan mengakses blogku lagi. Malu dowh! Aku berharap sangat dia akan terlupa alamat blogku. Alkisahnya, ingatan dia masih kuat. Mengapalah perkara remeh ini tersimpan di stor ingatannya. Adoi. Semalam dia membaca blog aku lagi. Cis!
Buat Encek Q:
Saya tahulah awak excited sebab dapat baca blog saya. Tetapi tidak perlulah sampai salin dan tampal (copy & paste) di Yahoo Messenger. Menci ah! *saya geram ni