Kalau kalian perasan, aku ada selitkan kolum sejenak di kedai mini dan pelbagai banner di blogku. Jujurnya, aku sangat berbangga dengan anak Malaysia kala ini. Mengaplikasikan kemajuan teknologi dalam hal ini, blog, dengan mempromosi dan memasarkan hasil idea kreatif yang ditransformasikan kepada kraftangan comel, mugil dan menarik, aku tabik spring!
Baru-baru ini aku telah menempah dua ekor monster dari Cik Liyana . Aku akan letakkan gambar monster itu. Cuma hanya seekor sahaja yang masih bersamaku. Lagi seekor sudah selamat bersama-sama Encek Q. *jika aku terlupa, maafkan aku ya?
Jika sahabat-sahabat teringin untuk memiliki hasil kraftangan dari pereka-pereka unik ini, aku sarankan, buatlah tempahan. Insyaallah, kalian tidak akan rasa rugi. Selepas ini aku bercadang untuk menempah barangan dari pereka yang lain pula.
Aku perlu menempahnya secepat yang mungkin kerana cuti semesterku sudah hampir ke penghujungnya. Jika sudah sampai ke Terengganu, agak sukar untuk aku membuat sebarang urusan perbankan. Bank jauh. Hmm...