Saturday, July 28, 2012

Review: KasaRnova

Bila ada masa terluang, cuba menambah perbendaharaan kata baharu dengan membaca cetakan ilmu bernama buku. Kot-kot ada perkataan yang sebelum ini disorokkan dari diri.


Izwan Hafifi

Wednesday, July 18, 2012

cinta apam

Malam itu Akmal bertungkus-lumus mencurah isi hatinya dalam surat. Dia lebih senang menggunakan surat berbanding emel.

“Klasik dan romantik,” kata Akmal sendiri.


Sunday, July 15, 2012

Julai 2012

Alhamdulillah, punya sedikit masa untuk menulis di sini. Aku sering online di Facebook dan Google Plus tetapi takat online je lah. Untuk berinteraksi, jarang-jarang sekali. Tidak punya idea untuk menulis apatah lagi untuk membebel. 

Sedikit masa lagi kita akan beramah mesra dengan Ramadhan. Aku harap kawan-kawan semua dah selesai mengganti puasa ya. Jangan sampai kena bayar fidyah pulak :)

Sekarang ni memang agak sibuk. Rasanya kesibukan akan sedikit berkurangan selepas bulan September. Harapnya masih boleh menulis seperti dahulu. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih setia mengunjungi blog aku. Maaf jika aku tidak membalas kunjungan. Aku gagal menjadi rakan yang baik kan? Maafkan aku. Aku akan cuba sedaya upaya membaca entri korang. Sebenarnya aku ada membaca entri korang walaupun aku tidak meninggalkan komen. Kadang-kadang otakku blank. Tidak dapat generate komen yang bernas. Hehe. 

Selalunya aku akan menulis di Warna Kaseh. Aku menulis cerita yang kadang-kadang entah apa-apa. Alhamdulillah, sehingga takat ni kami dah berjaya mengeluarkan zine sendiri. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi membeli zine kami. Aku kenang korang sampai mati :)

Korang jaga diri elok-elok. Sayang korang selalu.

Tuesday, July 10, 2012

tanpa belas

Mulutnya sudah penat. Tekaknya perit. Langkahnya makin longlai. Matanya berkaca meminta belas. Namun tiada siapa pun peduli. Memandangnya pun tidak mahu. Inikan pula ingin tunduk memberi perhatian.

Dia terus melangkah. Biar penat. Biar jerih. Dia perlu teruskan perjalanan. Mencari ketenangan di sebalik kekusutan kota metropolitan yang maha sibuk ini. 

Perutnya berkeroncong minta diisi. Dia cuba mendekati manusia. Memberikan isyarat meminta ihsan. Mata-mata ramai memandang hina. Diherdik, diterajang dan disepak tanpa rasa. Dia terperosok ke sudut sana. Menangisi nasib malang yang menimpa.

Mulut kecilnya luka. Rasanya kaki dia sudah patah. Dia tidak dapat berjalan dengan sempurna. Perlahan-lahan dia pergi sambil mengerling penuh erti.

Perlahan meninggalkan manusia durjana. Terdengkot-dengkot. Tatkala bersusah payah mengharungi onak-duri, hujan turun membasahi bumi. Seperti menangisi perit di hati. Matanya basah. Dia tak pasti itu air mata atau air hujan.

Perlahan berjalan. Berjalan perlahan.

"Skreett!!!!" Serentak dengan itu satu jeritan nyaring bergema.

Pantas pintu kereta dibuka. Dalam kebasahan seorang manusia terkocoh-kocoh keluar.

"Ah! Sialan! Habis kotor tayar kereta aku!"


Aku mati. Tiada siapa peduli.

Friday, July 6, 2012

yang disayang

Apabila yang disayang itu pergi jauh dari hidup kita, terasa separuh jiwa dibawa pergi.

Selamat jalan.

Published with Blogger-droid v2.0.6