Thursday, September 27, 2012

realiti menghargai

Menghargai. 

Kalau aku tak silap, setiap manusia akan rasa sangat-sangat berterima kasih dan bersemangat jika segala usaha yang dilakukannya dihargai. Bukan desperate sangat untuk mendapatkan pujian, tapi ia sebagai motivasi. Positif. Membuatkan kita lebih bersemangat untuk lebih berusaha lagi.

Namun dalam kehidupan ni bukan mudah untuk mendapatkan apa yang kita harapkan. Selalunya apa yang kita harapkan akan berakhir dengan sesuatu yang kadang-kadang berbeza 360 darjah.

Bukan semua perkara kita expert. Aku ambil contoh diri aku sendiri. Aku hanya boleh berkomunikasi dalam dua bahasa. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tidak mampu untuk menghadam Bahasa Arab dengan baik. Jauh sekali dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Jadi sekiranya aku tidak bisa berbicara dalam Bahasa Arab dan hanya mampu faham sedikit-sedikit, tidak bermakna aku harus dikutuk bagai. Kononnya nama je Islam, tapi tidak mengerti bahasa Al-Quran. Bahasa Arab bukan bahasa utama di sini. Lagipun aku ni budak sekolah harian biasa. Kawan-kawanku sangat-sangat menghargai kemampuanku dalam memahami Bahasa Arab (walau sedikit). Dan aku rasa sangat seronok.

Di atas itu hanya contoh.

Aku tidak beberapa pandai dalam banyak hal. Apabila aku cuba melakukan suatu yang baharu dan ia tidak menjadi seperti hasil orang lain, akan ada komen negatif khas untukku. It turned out that what I have done didn't reach their expectation. Man, I think I have done my best. I shouldn't be criticized like that.

Apa akan jadi pada self-esteem aku? Of course I will feel bad

Heart broken.

Dan tak nak buat benda yang sama lagi. Untuk apa? Untuk menerima komen negatif lagi?

Memang orang akan kata, "Ala, tegur sikit pun nak amik hati."

Hell, yes! This is my self-esteem we are talking about. Not some trifles.  

We need to learn how to appreciate other people.

*You, thank you for everything. I love you.

Monday, September 24, 2012

Doughnut for the Day

home made doughnuts without sugar...yet

Pertama kali membuat donat. Teruja. Tetapi rasanya, entahlah. Esok nak kasi kawan makan. Food tester kata dia. Kalau beracun, dia mati dulu. Ciskek betul! Haha!

Mahu resepi? Kehkeh!

Saturday, September 22, 2012

twitter jaya



Dah terjoin sama dalam Twitter Jaya. Siapa-siapa yang nak nyembang-nyembang, boleh le klik button kat sidebar tu ye :)