Thursday, March 22, 2012

kenangan di perantauan

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

Aku telah merantau agak jauh dari orang tersayang untuk beberapa lama. Tak dinafikan pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Dulu aku punya seorang kesayangan. Namun jodoh kami tak panjang. Apa yang aku hendak kongsikan di sini bagaimana pengalamanku 'handle' atau menguruskan perkara di luar jangkaan.



Seingat aku, aku dan kawanku sedang menunggu pesanan kami di sebuah kedai makan berdekatan dengan kampus. Tiba-tiba telefonku berdering.

Tertera nama kesayanganku. Aku tekan butang 'Answer' tetapi suara perempuan yang menjawabnya.  Dia menggunakan bahasa kasar ketika bercakap denganku. Aku malas nak melawan cakapnya. Ibarat mencurahkan minyak ke dalam api. Dia bebel-bebel denganku. Tuduhnya aku merampas pakwenya. Menjerit-jerit seperti orang tiada akal. Aku cuba mengawal perasaan supaya aku tidak terjerit-jerit sepertinya. Dia menjerit,

"Khairil (bukan nama sebenar) aku punya!!!!"

Aku secara spontan terus menjawab, "Ambik la. Ambik. Bawak dia sampai mati,"

"Memang aku jaga dia sampai mati!!" terus dia letak telefon.

Kenapa dia bertindak sedemikian? Biar aku terangkan. Si Khairil curang denganku. Dia bercinta dengan perempuan itu ketika aku melanjutkan pelajaran di negeri orang. Perempuan itu mengatakan kononnya keluargaku tidak sukakan si Khairil. Jadi buat apa aku masih mengganggu Khairil. Aku mengucap panjang. Seingatku, aku  kenal Khairil sebelum dia. Keluargaku okei saja. Ini dugaan besar untukku.


Memang perit untukku telan. Tapi semua ni ada hikmahnya. Kadang-kadang kita mengharapkan sinaran matahari memancar seharian tapi tiba-tiba hujan ribut di tengahari. Kita fikir tiada lagi matahari. Tapi kita lupa. Mungkin Allah nak hadiahkan kita pelangi. Pelangi warna-warni penyeri hidup ini.

Pelangi, aku sayang kamu. Terima kasih.
p/s: disebabkan ramai yang concern dengan nama Ahmad, jadi aku tukarkan kepada Khairil.  Hehe.
p/s: ini cerita zaman dulu-kala.

Sunday, March 18, 2012

ape barang kain dalam!

Amelia seorang gadis cilik yang gemar memakai baju kurung ke mana saja. Hatta ke shopping complex. Sudah menjadi trademarknya. Amelia tidak peduli dengan kata-kata sinis kawan-kawan tentang pemakaian baju kurungnya. Kata mereka 'old school'. Amelia bangga dengan cara pemakaiannya. Cuma satu saja masalah Amelia. Dia tidak gemar memakai kain dalam. 




"Aku tak faham la kenape kene pakai kain dalam? Leceh!" adu Amelia kepada kawan baiknya, Sonia.

"Lah, ko ni. Kadang-kadang kain baju kurung tu kan jarang. Elok la pakai kain dalam. Tak de la nampak bayang kaki ko tu," jelas Sonia.

"Malaslah aku. Aku tak nampak signifikasinye," jawab Amelia. Sonia hanya menggelengkan kepala.

Suatu hari, Amelia teringin nak mencuba sesuatu yang lain dari yang lain. Dia mengambil sehelai jubah dari almari pakaiannya. 

"Aku nak pakai jubah lah esok. Tak pernah pakai. Mesti nampak kiut." Amelia memilih tudung yang sesuai dan mula menggosok.



Esoknya Amelia menyarungkan jubah warna cokelat yang digosoknya semalam. Seperti biasa, dia masih tidak memakai kain dalam atau seluar slack bersama jubah. Dia kemudiannya menggayakan jubah di hadapan cermin.

"Comelnye aku"

Amelia menuju ke pejabat dengan jubah cokelatnya. Kelihatan ramai pekerja sudah sampai. Dia melangkah dengan rasa seronok. Tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu dan dia jatuh tersembam. Jubahnya terangkat menampakkan seluar dalamnya yang berwarna merah jambu. Mata-mata terus memandang Amelia. Amelia cepat-cepat bangun dan keluar dari bangunan pejabatnya. Rasa malu menebal dalam diri. Dia masuk ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah.

"Malunya aku!" Amelia menghumbankan badannya atas katil.

Moral: Kawan-kawan perempuan, rajin-rajinkan pakai kain dalam ye. Kalau tak, jadi macam Amelia. Malu woi!

p/s: cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak berkaitan antara hidup dan mati. Jika berkaitan, ia hanya kebetulan.

Sunday, March 11, 2012

penemuan bahasa baharu

Kadang-kadang Adila rasa sedikit terkebelakang dengan pengetahuan sedia ada. Rasanya sejak akhir-akhir ni banyak ungkapan baharu yang diteroka oleh anak-anak muda. Adila terasa dia sudah sedikit berusia. Ya, berusia.

boleh klik untuk tumbesaran maksima

Pabila Adila membaca ayat-ayat zaman sekarang, contohnya seperti gambar di atas, Adila rasa dia terlebih-lebih dalam mempertahankan martabat bahasa kebangsaan. Adila cuba sedaya upaya menggunakan bahasa yang mudah difahami namun ianya seperti tidak dipeduli. Muda-mudi zaman sekarang lebih senang menggunakan perkataan unik dalam kehidupan seharian. Sebelum ini pernah Adila membebel panjang dalam entri INI. Tapi hanya setakat membebel dalam blog.

Jadi, kiranya bahasa yang digunakan boleh dicop sebagai bahasa baharu. Boleh tak? Boleh tak? Rasanya sebuah kamus khas wajar diwujudkan tentang bahasa ini bagi memudahkan orang lain seperti Adila lebih memahami maksud anak muda zaman teknologi. Kamu rasa macam mana?

Kemudian, boleh kita memuatnaik (upload) kamus ini dalam internet. Ia akan memudahkan kita-kita mengakses maklumat jika tersangkut dalam pemahaman bahasa baharu. Adila rasa usul ini wajar dibahaskan dalam peringkat lebih tinggi.

Apa-apa pun, Adila lebih senang menggunakan Bahasa Melayu standard. Lebih difahami. ^^

Sunday, March 4, 2012

tak banyak cakap

Adila bukan jenis mulut potpetpotpet kat tempat kerja. Dia cuma melakukan apa yang diarahkan tanpa banyak soal. Dia juga bukan seorang yang menjaga tepi kain orang lain. Diri sendiri tidak terjaga inikan pula nak sibuk-sibuk hal orang.

Satu hari Adila baru selesai menunaikan solat Asar. Tiba-tiba dia mendapat SMS daripada rakan sekerjanya.

"Kalau dah habis kursus, tolong call akak."

Adila mula mendail dan dia mendengar setiap bait perkataan dari kawannya. Seketika kemudian perbualan mereka tamat. Adila melepaskan satu keluhan berat. Berita yang diterimanya sedikit sebanyak bisa membuat dia kecewa.

"Adila tu dah pandai melawan!"
"Adila dah pandai cakap bukan-bukan kat fb!"
"Adila mengata bla..bla..bla!"

Adila call Emak.

"Mak, mak rasa anak mak ni macam tu ke?"

Emak suruh sabar. Manusia macam-macam.


*thanks for the header, abang ngah :)