Tuesday, June 29, 2010

noktah penamat

Ketika menulis entri ini, hati aku sangat-sangat sakit. Sudah lebih dua minggu sakit. Aku cuba pujuk hati, tetapi pujukanku seperti tidak berhasil. Aku masih teringat-ingatkan dia. Apabila dia minta aku untuk melupakan dirinya kerna dia bakal melupakan diriku, aku terkedu. Akhirnya, cerita kami berdua berhenti. Tanpa aku rela. Namun, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Cuma aku belum nampak lagi cahaya hikmah itu. Penjelasannya seperti sudah disusun. Seperti sebuah drama swasta. Dan aku menjadi lab rat nya. Aku masih cuba menyembuhkan hati ini. Sakit, perit. Semua ada. 

Salah aku kerna aku terlalu menyayanginya. Percintaan jarak jauh, tidak sesuai untuk kami agaknya. 

Semoga Allah tabahkan hatiku dalam mengharungi kehidupan ini. Ameen.


Monday, June 28, 2010

Wednesday, June 23, 2010

macam-macam 1


Sejak bebelakangan ini pelbagai perkara terjadi dalam hidup aku. Berkaitan realiti hidup, hati dan perasaan. Perkara yang berlaku bukan semudah yang disangka. Semuanya rumit. Sangat rumit untuk aku sendiri memahaminya. Apabila orang yang paling kita sayang selepas famili melukai hati kita, kita masih lagi menyayanginya. Ya, bukan senang untuk melupakan. Kisah yang aku lalui sekarang sukar untuk difahami. Bagaimana untuk aku hendak menerangkan kepada orang lain sedangkan aku sendiri berada dalam kesamaran?

Setiap hari aku bagaikan menelan duri-duri kecil yang merobek jiwaku. Mengikis sedikit demi sedikit cebisan jiwa yang tinggal. Aku mengalami keadaan yang sangat tidak stabil minggu lepas. Aku mencuba sedaya upaya untuk senyum, bergelak ketawa bersama-sama kawan-kawan. Tetapi hati aku menangis. Setiap kali aku berbual dalam telefon, aku pasti menangis. Bukan kerana aku inginkan atau tagihkan cintanya. Tetapi aku sedih kerana aku menjadi mangsa dalam sandiwara yang tidak seberapa. 

Aku masih mampu berdiri kerna aku ada Allah s.w.t., keluargaku dan sahabat-sahabatku yang sentiasa ada pada masa aku perlukan mereka. Terima kasih. 

Aku masih menunggu. Sehingga 9 Julai 2010. Menunggu apa yang bakal terjadi. Adakah janji-janjinya akan dikotakan? Aku akan cuba mebuat keputusan yang wajar untuk hatiku.

Kalian, tolong doakan aku tabah.



Monday, June 21, 2010

apabila sireh pulang ke gagang

Alhamdulillah, setelah hampir setahun aku mencari ilmu, akhirnya aku pulang ke Perak. Mungkin bukan untuk masa yang lama, tetapi cukuplah kan sekadar melepaskan rindu terhadap keluarga.

Ya, aku belajar banyak perkara ketika di perantauan. Aku kenal dengan ramai manusia. Macam-macam ragam. Aku belajar bersabar, menelan pahit manis. Bertemu dan mengenali kawan-kawan dari pelusuk negara memang satu hikmah. Terima kasih.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang ambil berat tentangku. Perjalanan hidup memang memenatkan.




Wednesday, June 16, 2010

berhenti berharap

Berhenti Berharap
oleh: Sheila On 7


Aku tak percaya lagi

Dengan apa yang kau beri

Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa...
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat



Monday, June 14, 2010

kamu melampau lah, parasit!

Hanya mahu berkongsi dengan kalian semua.



ini adalah tulisan pada dinding mukabuku Encek Q. Parasit ini sudah melampau. damn you!




Tuesday, June 8, 2010

parasit gedik


Okay, baru beberapa hari dia membuka dinding mukabuku, kamu sudah bersemangat menulis pelbagai komen di situ. Pasti akan ada orang kata,


 "Alah, setakat tulis di dinding, apalah sangat. Bukan ada maksud apa-apa pun," 

Hello! Sebelum keadaan menjadi lebih buruk, lebih baik aku ambil tindakan. Oh, aku tidak akan menyerang dia macam orang gila. Kalau hendak bertindak, biar nampak yang kita ni berpendidikan. Bukan main hentam keromo sahaja. Nanti digelakkan orang ramai. 

Seingat aku, aku sudah jelaskan kepada kamu bahawa aku tidak sukakan parasit itu bergedik-gedikkan berdekatan kamu. Kamu kata kamu tiada apa-apa. Hey, manusia boleh berubah. Lama-lama, selepas parasit itu mencuba berjuta-juta kali, pasti kamu akan tercuit. Tolong jangan jadi naif. Kita tidak hidup dalam alam fantasi. Buka mata, hadapi realiti.

Jangan banyak berjanji, nanti memakan diri. Kita tidak akan hidup selama-lamanya. Jadi, hargai apa yang kita ada sekarang. Bersyukur.

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Saturday, June 5, 2010

penjelasan itu...

Pertama, aku ingin mengucapkan terima kasih pada kamu kerana kamu bersusah payah menjelaskan banyak perkara kepadaku. Pasti kamu pening melayan karenah ku sejak kebelakangan ini. Bukan aku sengaja. Aku bertindak daripada keadaan persekitaranku. Jika aura negatif menguasai udara ketika itu, pasti aku telah katakan pelbagai perkara sedih dan perit untuk kita telan bersama.

Aku sendiri tidak begitu pasti sama ada kamu betul-betul ikhlas menyayangi aku. Telah berjuta kali aku bertanya kepada kamu. Dan jawapan kamu pasti sama setiap kali aku  bertanya. Kamu ikhlas menyayangi aku. Tidak menyayangi kerna satu-satu perkara khusus. Kamu sayang aku kerna aku adalah aku.

Terima kasih.

Kita berdua tidak sempurna. Namun kita cuba melengkapi antara satu sama lain. Jangan kita lupa, manusia itu sendiri tidak akan dan tidak pernah sempurna. Yang sempurna hanya Allah s.w.t. Kamu jangan lupa itu.

Setelah sekian lama, baru hari ini hati aku terasa sedikit senang. Walau sedikit, aku hargai. Bukan senang nak rasa sebegini. Penjelasan itu telah banyak menyelamatkan keadaan.

Aku harap kamu tidak menipu aku. Jika kamu berniat untuk bermain cinta di luar sana. Tidak kira secara maya atau realiti. Sila pandang kiri dan kanan. Jika tika itu aku tidak tahu, tetapi aku AKAN tahu. Kamu perlu berusaha dengan lebih gigih. Walau kamu kata tidak mungkin kamu akan lakukan perkara sebegitu. Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula hati manusia. 

Aku percaya kamu kerna aku sayang kamu. Kamu sayang aku?



message

Yes, I know. I love you too.




Friday, June 4, 2010

kepercayaan 2

Kamu sudah bosan dengan aku kah? Buat pengetahuan kamu, aku tidak pernah memaksa kamu untuk menyayangi, mencintai dan merindui aku. Aku tidak paksa kamu untuk terus bersamaku. Mencintai tidak semestinya memiliki. Jika kamu sudah suka orang lain, nah...Pergi sahaja kepadanya. Tidak perlu berselindung lagi.

Kamu kata kamu tidak tahu apa-apa. Atas alasan apa yang boleh membuatkanku percaya kepada kamu lagi? Kerna kasih sayangmu? Ia bukannya boleh menjamin apa-apa. Bukannya kasih sayang itu laksana cermin yang boleh memantulkan aktiviti kamu di luar sana.

Ya...Ya...aku tahu sebelum ini aku katakan aku cuba untuk percaya. Tetapi aku juga manusia biasa. Bila diasak dengan pelbagai perkara, aku jua mampu jatuh. Aku bukannya malaikat. Tidak mempunyai perasaan. Aku hanya manusia biasa. Kaya dengan pelbagai perasaan. Kamu mahu perasaan yang mana satu? Semua ada.

Sahabatku pernah bertanya. Apa perasaan aku pada kamu. Sebenarnya tika itu aku tiada jawapan. Jika difikirkan semula, aku tiada perasaan apa-apa pada kamu setelah apa yang berlaku. Kejam bukan? Terasa seperti aku yang dahulu. Hidup sendiri. Aku masih boleh meneruskan kehidupan. Masih bernafas. Tidak mati. Hidup mati di tangan Allah s.w.t. 

Tetapi aku dengan sedaya upayaku mengatakan, aku sayang kamu. Ya, hati aku sakit bila ada parasit menghantar mesej jiwang dalam kotak mesej mukabuku kamu. Aku benci parasit gedik. Sialan!

Boleh kamu biarkan perasaan aku tenang? Biar untuk sekejap cuma? Aku terlalu demand kah?



Tuesday, June 1, 2010

Gaza, di mana kita sebenarnya

Mula-mula aku terbaca tentang aktivis diserang oleh Israel, aku sangat terkejut. Kenapa mereka diserang? Apa salah mereka? Salahkah mereka membawa bantuan untuk mereka yang memerlukan? Aku sendiri tidak mengerti. Kata Israel, aktivis menyerang mereka dengan pisau dan bahan-bahan yang membahayakan nyawa mereka. Tolonglah, setakat pisau hendak dibandingkan dengan M16 engkau, mesingan engkau. Sebelum pisau itu sempat menusuk mana-mana bahagian engkau, peluru engkau dahulu menembusi badan mereka. Kenapa perlu kejam?

Saudaraku yang diuji dengan ujian maha hebat, kudoakan kalian selamat di sana. Jihad fi sabilillah. Aku pasti, ada hikmah di sebalik semua ini. Allah Maha Mengetahui tentang segala-galanya. Kudoakan setiap langkah kalian, penuh dengan rahmat Allah. Aku tiada di sana. Aku tidak tahu perasaan sebenar kalian. Aku tidak tahu ketakutan kalian. Allah bersama hambaNya yang lemah. Kalian ingat itu!

Kita yang duduk senang lenang di Malaysia, tolong jangan ambil mudah dengan apa yang berlaku. Buka mata, buka telinga. Biar semua pancaindera kita terbuka luas. Cakna dengan perkara yang berlaku sekarang. Jika sibuk dengan kerja, aku rasa tiada masalah untuk berhenti sebentar untuk mendoakan sahabat-sabahat kita di sana. Sibuk duniawi tidak membawa kita ke mana-mana. Tolong doakan mereka.

Sahabatku, sahabat yang kukenali di Taman Ilmu dan Budi, sahabat sekolahku, sahabat seperjuanganku, mari kita sama-sama doakan mereka. Semoga selamat semuanya. Insyaallah.

Allahuakbar!

temuduga aku

Alhamdulillah, selesai temudugaku hari ini. Dari semalam tidak senang duduk. Hati tidak keruan. Mana tidaknya, sangat risaukan tentang hari ini. Entah sudah berapa ramai kupohon doa mereka. Moga aku mampu menjawab segala persoalan hari ini. Berkat doa keluarga dan sahabat-sahabat, aku berjaya melaluinya. Aku sudah cuba yang terbaik. Sekarang ini hanya tawakal peneman diri. Moga dipermudahkan olehNya. Ameen.

Terima kasih keluargaku, sahabatku dan kamu yang aku cintai.