Thursday, June 30, 2011

amazing talent!


Honestly, I think this man is super-crazy-amazing! What do you think?

rumah sudah siap, namun pahat masih berbunyi

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.

Apabila diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja, aku akan cuba sehabis baik. Walau tidak sesempurna mana, sekurang-kurangnya aku cuba, kan?

Cuma yang tak berapa seronoknya, bila hasil kerja kita dikritik hebat oleh segelintir manusia. Yang ini kecil sangatlah, yang itu lah, yang ini lah. Aku ni bukan jenis cakap banyak. Jadi aku diamkan aje. 

Rupanya bukan aku seorang yang terkena hari ini. Rakan sekerja turut sama terkena. Cuma aku tidak tahu dari siapa. Memberi komen tentang hasil usaha dia. Aku tahu, rakan aku itu pun sudah mencuba sehabis baik. Aku juga tahu dia sedikit terkilan dengan bunyi-bunyi nyamuk itu. Kami sama-sama menyabarkan antara satu sama lain.


Apa yang terlintas di fikiran kamu apabila kamu melihat kotak di atas? Apa yang kamu nampak?

Wednesday, June 29, 2011

status fedap

Salah satu statusku di Mukabuku satu ketika dahulu.

sape nak kawen ngan saye? angkat tangan!
hahahaha! >.<
stupid dill

*ini semua gara-gara ramai manusia sibuk tanya bila aku mahu kahwin. aish!


p/s: aaaaaaa!! korang pun jangan la suruh aku kawen. aku ni boipren pun tak de.

wordless wednesday #1

Tuesday, June 28, 2011

berbanggalah dengan emak ayah kamu

Petang tadi tertonton satu segmen dalam satu program gosip di kaca televisyen.

"Mungkin dia malu ayah dia seorang pendayung sampan. Bila masa pakcik kata pakcik tak mahu mewalikan dia? Jika benar, bersumpah"

Sambil menjawab soalan wartawan, mata pakcik itu berkaca. Aku sebak. Sampai hati anaknya menghebahkan kepada media bahawa ayahnya tidak mahu mewalikan pernikahannya. Tidak aku kenal siapa artis yang diperkatakan itu apabila gambarnya dipaparkan di kaca televisyen.

Tanpa emak ayah siapalah kita? Tidak akan wujudnya kita dalam dunia ini. Jika tergamak kita sebagai anak menidakkan kewujudan emak ayah, anak jenis apakah kita ini? Aku berkata dalam konteks emak ayah yang ikhlas menjalankan tanggungjawab yang digalas demi Tuhan dan anak itu sendiri. Bukan untuk 'emak ayah' yang hanya tahu buat projek kemudian tinggalkan anak yang tidak berdosa itu di celahan semak samun, tong sampah dan sebagainya. 

Buka mata, buka minda dan buka hati kamu.

Cuba muhasabah diri sebentar. Bila kali terakhir kamu bersalam dan mencium tangan emak dan ayah kamu? Bila kali terakhir kamu mengucup pipi emak ayah kamu? Bila kali terakhir kamu menelefon bertanya khabar tentang emak ayah kamu? Semalam? Seminggu lepas? Tahun lepas? Sepuluh tahun lepas? Maaf buat kawan-kawan yang sudah tidak punya emak ayah. Kita sama-sama doakan untuk mereka.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

p/s: korang boleh tengok cerita Papadom karya Afdlin Shauki.

Monday, June 27, 2011

Sunday, June 26, 2011

akhirnya kita ketemu jua

Tujuh bulan empat hari.
217 hari.
5184 jam.
311,040 minit.
18,662,400 saat

Akhirnya kita ketemu. Walau pertemuan dalam udara kesedihan, namun kita berjumpa juga kan. Aku akui aku sedikit gembira berjumpa kamu. Tidak tahu bagaimana dengan kamu. 

Kita sama-sama doakan arwah bonda kamu. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t. sentiasa.

Saturday, June 25, 2011

bajet comel


Siapa mahu order? Seorang RM1 juta.

bau segar-bugar kampung

Jawapan untuk sesetengah komen dalam entri sebelum ini:
Aku bukan berkira sangat untuk pulang ke kampung walaupun kampung aku boleh dikategorikan sebagai dekat. Cuma kewangan aku tidak begitu memberangsangkan. Dan aku tidak begitu gemarkan perasaan letih sehari sebelum hari bekerja. Akan memberi impak pada hari Isnin. Mempengaruhi badan aku.

Rumahku di kampung di kelilingi dengan pokok-pokok. Terasa sedikit sejuk berbanding bandar Kuala Lumpur. Tidak terlalu berhabuk seperti rumahku di sana. Sunyi-sepi. Ayah bekerja. Emak membuat kelas tambahan. Adik sedang layan tidur kala ini.

Petang nanti mahu melawat famili dia. Semoga perjalanan lancar petang ini. Insyaallah.

Friday, June 24, 2011

balik kampung secara ekspres

Selalunya aku memang jarang pulang ke kampung kalau cuti Sabtu Ahad ni. Sampai orang atasan kat tempat aku bekerja tu bertanya kenapa aku tidak pulang. Kawan sekerjaku siap bergurau, "Jarang balik rumah? Anak derhaka!". Dush! terasa mukaku hangat. Walaupun hanya gurauan semata-mata namun masih terasa. Bukan apa, kos pengangkutan menjadi masalah utama. Contohnya seperti semalam, tiket keretapi biasa RM20. Kalau ambil ETS dah mencecah RM31. Nasib baik ada duit lebih. Selain itu masa bersama keluarga tidak cukup. Tidak sempat hendak bergolek-golek sakan di atas katil yang empuk bersama bantal gebu. Bestnya!

Aku hendak melawat keluarga sahabatku. Walaupun aku bukan lagi menjadi salah satu agenda penting dalam hidupnya namun aku masih menghormati keluarga dia. Ayahanda dan Bondanya sudah kuanggap seperti keluargaku sendiri. Semalam adiknya telefon. Ingin memaklumkan tentang ketiadaan Bondanya. Suara sudah sebak. Aku tidak mahu dia menangis. Kasihan. Jadi, aku telah membuat lawak yang aku kira bodoh untuk membuat dia ketawa. 

Adik, tak mahu sedih-sedih lagi ya. Sabtu ni Akak datang.

p/s: terasa macho pula bila taip enti auto-published ni. lalala~ motif?

Thursday, June 23, 2011

header baru belog


Header baru belog Terima kasih kepada adikku kerna sudi bersusah-payah melayan karenah akak poyomu ini.

"Kalau tahu background belog biru putih, teman buatkan header warna tu. Lain kali la ye" - kata adikku, Bengah.

Momantai, Bengah! =)

pis!

Tuesday, June 21, 2011

piring terbang

semua berterbangan.

kucar-kacir.

noktah.

pergi menghadap Ilahi

10 minit sebelum waktu kelas tamat, telefon bimbitku berdering. Selalunya aku reject call atau silent kan terus telefon bimbit. Agak mengganggu pengajaranku. Aku sudah silent kan telefon selepas deringan pertama dan bercadang untuk tidak ambil pusing. Tetapi hatiku seperti meronta, mendesak untuk aku menjawab panggilan itu. Akhirnya aku angkat juga.

Assalamualaikum. Are you busy?

Waalaikumussalam. Dalam kelas. Lagi 10 minit lagi habis. Kenapa?

Awak, emak dah meninggal.

Aku terkedu. Terus memberitahu budak-budak bahawa aku perlu keluar untuk meneruskan perbualan. Bonda sahabatku pergi menyahut seruan Ilahi pagi tadi. Aku memang baik dengan bondanya.  Aku kehilangan kata-kata. Aku cuba menenangkannya walaupun jiwaku sendiri kucar-kacir.

Ya Rabb, serendah-rendah jiwa ini aku memohon kepadaMu agar diampuni segala dosanya, cucurilah rahmat ke atasnya dan Engkau tempatkanlah dia dalam kalangan hambaMu yang beriman. 

Al-Fatihah.

p/s: kawan-kawan, tolong sedekahkan Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan dia di sana.

Monday, June 20, 2011

pengajaran dan pembelajaran berkesan

Si comel ini anak kakak sepupuku. Bulan September ini cukup dua tahun umurnya.

Berjumpa dengannya ketika majlis persandingan sepupu lelakiku di Kajang bulan lepas. Aku mendukung dia dan membawa ke sekitar dewan. Dalam dewan itu ada penyaman udara terletak di setiap tiang batu.

lebih kurang macam ni

Aku bawa dia menghampiri penyaman udara itu. Mendekatkan mukanya sehingga terasa angin sejuk menyapa wajah dan rambut kerinting dia. Sambil itu aku mengajar dia,

"Aircond..sejuk"

Setiap kali kami berjalan berdekatan dengan penyaman udara, aku akan ulang ayat yang sama. Bila aku tanya,

"Aircond?"

Dia mampu membalas, "Sejuk"

Aku ceritakan semuanya kepada ibu dia. Haha! Makcik terlebih excited.

Tiga minggu selepas itu, aku mendapat SMS dari kakak sepupuku.

"Salam. Dill, tiba-tiba je Wafeeqa cakap 'ayah, aircond..sejuk, aircond..sejuk' sambil tunjuk kat aircond kereta. Selalu cakap 'sejuk' je. Ayah dia surprised. Baru I ingat sapa cikgunye ;-)"

Aku excited sungguh dan membalas SMS, "Eh, dia ingat lagi?"

"Tu la pasal..cikgu dia bkesan nih, hehe"

Habis semua orang aku ceritakan tentang ini. Sekarang, sudah 15hari berlalu, aku masih excited bercerita tentangnya dalam belog. Kamu semua layankan je lah~

Haha!

ciaO.

Qayyum, kartunis Ujang meninggal dunia

Aku baru tahu sebentar tadi. Pergi menghadap Ilahi akibat serangan strok. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Mari sama-sama kita doakan Allahyarham ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
Al-Fatihah.
gambar dari Google

Sunday, June 19, 2011

motif tersembunyi

Manusia ni macam-macam, kan? Punya pelbagai personaliti. Seringkali aku gagal memahami tindakan serba serbi mereka. Sekarang ini terjadi lagi. Perkara yang sama. Aku tidak dapat merungkai motif sebenar dia. Tersembunyi dalam hatinya.

Bukankah lebih senang meluahkan kepada aku seperti mana aku meluahkan segalanya kepada dia?

-mengeluh perlahan.

Zami Ismail @ Pak Uda meninggal dunia

Takziah buat ahli keluarga allahyarham Pak Uda. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi akibat serangan jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.


Al-Fatihah.

V for Vendetta



Filem ini penuh mesej tersendiri. Boleh dikira agak berat. 

Awal-awal aku menontonnya di kaca televisyen, minda aku kosong. Hanya menonton tanpa menggarap. Kemudian aku seperti tersedar dari mimpi. Aku perlu menonton filem ini sekali lagi. Aku menunggu penuh sabar untuk siaran ulangan di televisyen. Nah! Diulang semula. Aku tonton. Mesej maha berat untuk mindaku telan. Emosi bercampur aduk. Aku cuba mengkaji tujuan V. Mengapa dia bertindak begitu? Apa punca utama? Mengapa dia diseksa sedemikian rupa? Lama-kelamaan aku mula faham sendiri. Mula membuat kesimpulan sendiri. Aku kira kesimpulan yang aku bina hanya aku sendiri yang faham. Jika aku cuba mengintrepret di hadapan sesiapa, pasti mereka akan kepeningan. Kerna ia mungkin merepek bagi mereka.

Ada banyak kata-kata V yang menusuk jiwa aku. Tidak bisa aku hafal kesemuanya. Aku tulis satu sahaja ya

There's no certainty - only opportunity.

Saturday, June 18, 2011

bahasa jiwa bangsa

Entri malam ini berkisar tentang bahasa. Aku bukan ingin memperlekehkan kamu, kamu, kamu dan kamu. Hanya menulis seikhlas hati. Maaf jika aku terguris perasaan sesiapa. Aku manusia biasa. Bisa melakukan onar jua. Sebelum ini aku pernah menulis tentang pengaruh Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kehidupanku.

Zaman semakin berubah. Manusia dikata semakin maju. Begitu juga dengan Bahasa Malaysia yang mengalami evolusinya tersendiri. Walau bagaimanapun sedikit sebanyak wujud bahasa baru atau lebih senang aku gelar bahasa slanga. Aku akui aku juga ada menggunakan bahasa singkatan dalam SMS. Namun seingat aku, kebanyakan perkataan yang aku gunakan masih boleh difahami oleh penerima SMS. Aku biasa mengurangkan penggunaan huruf vokal dan mengekalkan huruf konsonan. Alhamdulillah, kawan-kawanku masih faham. Mungkin mereka seangkatan denganku. Maksudnya, kami sezaman ^^. Kat bawah ni aku sertakan perkataan baru yang aku jumpa di sana sini.

kowrunk,/korunk - korang (kamu semua)
haty - hati
maty - mati
nnty - nanti
semad - smart
buad - buat
nier - ini
nan - dengan
an - kan
un - pun
seday - sedih
ittew - kita
aq - aku
tatao - tidak tahu
kamoo - kamu
too - itu

Bahasa slanga pun berevolusi ye. Sekarang ini manusia zaman kini lebih senang menggantikan huruf 'i' dengan 'y'. Aku pun tidak faham mengapa. Mungkin nampak lebih umph? Selain itu pengaruh media massa juga turut terbabit. Ada filem yang memperkenalkan perkataan 'doh' atau 'doe', 'bhai' atau 'bai' dan 'der'. Setahu aku 'doh' tu singkatan dari perkataan 'bodoh'. Tolong betulkan jika aku salah. Adikku pernah memberitahuku 'bhai' atau 'bai' itu adalah singkatan perkataan mencarut dalam Bahasa Cina. Tidak ingin aku tulis perkataan itu di sini kerna ia seperti mencemar penulisanku. Adikku lebih mengetahui kerna dia dahulu belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Dan setahu aku, 'doe' bermaksud rusa betina.


Jadi bayangkan kawan kamu menggunakan ayat seperti ini, "Doe, aku letih ar" [Rusa betina, aku letih la]. Pelik bukan? Tetapi aku rasa manusia moden tidak mempedulikan semua itu. Janji nampak cool, segala yang lain sudah tidak penting.

Pernah dahulu adik sepupuku menghantar SMS tetapi aku tidak faham sepatah haram pun. "Tolong susun semula ayat. Saya tak faham," aku membalas SMS nya. Dan dia terpaksa menaip semula agar aku faham. Haha!

Di mana perasaan sayang kamu terhadap bahasa?

Friday, June 17, 2011

anda hebat jika guna Gatsby


Buat lelaki-lelaki yang inginkan kelainan, boleh cuba Gatsby ye. Untung-untung boleh bertukar menjadi Takuya Kimura.

p/s: Tak boleh blah la dengan iklan ni. Haha!

puisi dari hati

Teringat pula respon kawan-kawan dalam entri keseorangan aku. Rasanya di nota kaki aku sudah pinta pada kawan-kawan supaya tidak mengusulkan tentang kahwin. Namun, lebih ramai yang mencadangkan aku kahwin. Lawak la kamu semua ni. Adeh. -_-"

Bukannya aku tidak cuba ye. Sudah diceritakan di sini. Walaupun pendek, tetapi aku rasa sudah cukup untuk menceritakan tentang percubaan aku untuk membina kehidupan. Hehe. Dalam entri ini pula, aku cuma menyalin kata-kata yang ditujukan kepada aku oleh sahabat baikku, Ateh. Aku sudah selamat meluahkan namun tiada penerimaan. Biasalah. Bukan semua yang kita mahu boleh kita dapat dalam dunia ini. Aku redha. Teringat dengan kata-kata "Allah tidak beri apa yang kita mahukan tetapi Allah beri apa yang kita perlukan." Tipu lah jika tidak perit tetapi aku belajar untuk menelan. Life goes on. At least I tried. ^_^

Buat kawan-kawan yang tertanya-tanya, apa yang aku repekkan dalam dua entri sebelum ini, aku pohon sejuta kemaafan kerna aku tidak pingin untuk menulis segalanya di sini. Belog ini paparan umum. Namun ada jua privasi perlu dijaga. Ada hati perlu dibela. Aku manusia cuma. Banyak cacat cela. Nanti ada yang terluka, aku serba tidak kena.

Terima kasih kepada yang memberikan semangat. Terlalu ramai. Walau tidak aku coretkan di sini, tetapi aku ingat kamu. Ya. aku sedang berkata-kata tentang kamu, kawan blogger ku =)

Kita terlalu dambakan matahari dan sering bertanya diri sendiri mengapa mendung menyapa dan menutupi matahari. Tetapi kita lupa, Allah litupi matahari untuk menghadiahkan kita pelangi nan suci.

Sayang kamu.

Thursday, June 16, 2011

lovey dovey quote

It hurts to love someone and not to be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.
-Anonymous

Wednesday, June 15, 2011

hajat hati ini

Akhirnya apa yang terbuku di hati semenjak Ogos 2010 berjaya diluahkan. Walau tiada respon positif, tetapi sekurang-kurangnya aku lega. Alhamdulillah.

Tuesday, June 14, 2011

hiasan tambahan

Malam ini aku ingin bercerita tentang pengalaman aku makan di luar. Restoran atau kedai makan. Rata-rata daripada kita memilih untuk makan di luar akibat kekangan masa. Famili aku juga tidak terkecuali dari keadaan ini. Salah satu kisah yang tidak dapat aku lupakan sewaktu aku tingkatan lima. Kebetulan Emak pergi ke pekan pada hari itu. Alhamdulillah, boleh aku menumpang balik sekali. Kalau tidak, setiap hari aku akan menapak ke stesen bas yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah menengah.

Disebabkan aku sudah kebulur, Emak mencadangkan agar kami makan tengahari di kedai. Aku seperti orang mengantuk disorongkan bantal, terus setuju. Sampai sahaja di kedai makan, aku memilih untuk makan naik campur. Aku ambil nasi putih berlaukkan ayam merah. 

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma bariklana fii ma rozaktana waqina 'azabannar. Ameen.

Aku makan dengan penuh berselera. Orang lapar katakan. Sedang syok-syok aku menyuap nasi, aku terlihat ada benda seperti menguit-nguit di celah daging ayam. Aku teliti ayam itu dan aku terlihat sesuatu yang tidak menyenangkan. Aku tolak pinggan dan memberitahu Emak bahawa ada ulat lalat hidup di celah daging ayam. Emak terkejut lalu melihat pingganku. Emak geleng kepala. Bagi mengelakkan kami membuka aib empunya kedai, Emak memanggil salah seorang pekerjanya. Emak memberitahu dia tentang ulat itu. Aku tidak pasti sama ada pekerja itu menyampaikan tentang ulat tersebut kepada empunya kedai.

Emak bertanyakan sama ada aku masih mahu makan atau tidak. Perut aku masih berkeroncong. Hanya sedikit sahaja nasik sempat kujamah sebelum menyedari kehadiran ulat itu. Aku memesan kuey teow goreng. Apabila kuey teow goreng sampai, aku sudah tidak mampu untuk menelan. Barangkali aku masih terbayang ulat menguit-nguit itu. 

Argh!

Tamat.

ciaO.

Monday, June 13, 2011

karangan pendek dill

Ditemani drama bersiri Juvana. Realiti kehidupan diterjemahkan dalam drama ciptaan manusia. Benar dikata tiada kena mengena dengan kehidupan sebenar manusia dan mungkin jua kebetulan jika terkena sipi sini sana. Aku tidak pandai menulis karangan panjang lebar seperti Kapten. Penuh dengan pengalaman bererti bagi seorang manusia perantau. Pengalaman tidak dapat dijual beli. Hanya dirasa melalui diri sendiri. Mematangkan akal fikiran dan membiasakan mental dengan asakan rakus manusia lain.

Aku juga tidak bisa menyusut ayat-ayat penuh metafora atau simili seperi Ghost Writer dan Khrlhsym. Penulisan mereka penuh makna tersirat. Kadang-kadang aku kekurangan input untuk menggarap apa yang diperkatakan. Hehe. 

Okay. Tutup cerita tentang kawan-kawan blogger aku.

Aku memang sering online Mukabuku. Setiap hari. Selagi ada masa terluang. Sehingga ada seorang kakak satu tempat belajar dengan aku menegur;

Asyik akak online je, nampak Dill. Asyik akak online je, Dill mesti ada. 

Aku cuma taip ikon J

Aku tidak ada kawan untuk dilawan bercakap di rumah. Awal tahun ini baru mampu membeli sebuah televisyen. Sebagai syarat ada bunyi di rumah. Ada bunyi bising sikit. Aku jumpa kawan-kawan pun secara maya. Di mana? Mukabuku. Aku rindu manusia itu. Dia sudah jauh. Aku tidak pasti sama ada dia masih mengingati aku atau tidak. Aku senantiasa ingat dia. 

Ramadhan bakal tiba. Sangat sayu berbuka puasa sendiri. 

Sunyi.

p/s: tolong jangan suruh aku kahwin. alergik dengan cadangan itu.

Sunday, June 12, 2011

Saturday, June 11, 2011

air oh air ke mana engkau pergi

Masuk hari ini sudah empat hari bekalan air putus-putus di rumah opah aku. Sebelum ini memang ada penyelenggaraan saluran paip di kawasan berdekatan. Itu cerita 8 Jun lalu. Sehari sahaja janjinya. Sekarang sudah 11 Jun. Saluran paip lain meletup di mana-mana kah?

Ada banyak kekangan jika bekalan air tidak mencukupi. Bagaimana mahu basuh pakaian? Mandi? Mengambil wuduk? Memasak? Mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya? Mentang-mentang hari ini hari Sabtu, tiada sesiapa boleh menjawab panggilan di pejabat Lembaga Air. Duit kerja lebih masa didamba penuh namun bekerja sambil lewa. Di mana tanggungjawab kamu?

Cuba letakkan diri kamu dalam situasi sebegini. Pagi-pagi air ada. Bila sudah lewat petang, air tidak ada kembali. Hari kering. Bukannya ada hujan boleh ditadah. Dah selalu sangat macam ni.

Aku rasa aku masih boleh bertahan lagi jika tiada elektrik. Namun agak terasa jika tiada air. Banyak kali terjadi di rumah merpati aku. Sampai sahaja dari kampung, air tidak ada. Mahu sambil wuduk pun sudah jadi masalah. Di kawasan itu tidak ada debu-debu bersih untuk dibuat tayammum. 

Boleh tak pihak berkenaan lebih peka dengan keperluan kami semua? Bukan hanya hirup kopi makan donut.

Friday, June 10, 2011

penculik tegar

Cerita ini berlaku kira-kira tiga/empat tahun lepas.


Meow Meow

Bunyi ngiauan lemah kedengaran di celahan rumput. Aku menjenguk keluar. Kelihatan seekor anak kucing kurus mengiau memohon belas. 

Opah! Opah! Ada anak kucing kat luar. Kurusnya.

Aku membawa anak kucing itu masuk. Cuba merawat sehabis baik. Memberi makan. Waktu cuti, menjaga anak kucing. =)

Cuti semester sudah sampai ke pengakhirannya. Aku perlu pulang ke kampus. Aku pinta jasa baik Opah dan isi rumah untuk menjaga anak kucing kecil itu. Aku akan melawat bila ada kelapangan.

Beberapa minggu kemudian, aku pulang melawat anak kucing itu. Dia sudah semakin tembam. Gemuk. Tanda cukup makan dan sihat. Opah, Atok, Pakcik dan Makcik gembira dengan kehadiran anak kucing itu. Semakin comel. Aku berjanji untuk datang lagi pada cuti semester akan datang.

lebih kurang begini rupanya

Cuti semester tiba lagi. Aku sudah tidak sabar-sabar mahu pulang. Mahu jumpa anak kucing gemuk itu. Sampai sahaja di kampung, aku dikejutkan dengan berita tentangnya.

Anak kucing diculik oleh binatang ini. Tidak tahu bagaimana nasibnya. Aku marah dan kecewa. MUNGKIN anak kucing itu telah disiat isi dan dimakan mentah. Tiada siapa yang tahu.

masih rasa ia comel? damn!

Thursday, June 9, 2011

binatang terhangat di pasaran

Peringatan: Kepada pencinta haiwan di luar sana, entri ni mungkin sedikit sebanyak akan mengguris hati suci kamu. Sile tekan butang pangkah di atas sana ya.

Hampir dua puluh tahun kami menetap di perkampungan ini. Tidak tinggal di kawasan perumahan atau rumah-rumah taman. Senang cerita, kampung. Aku budak kampung. Walau bagaimanapun aku tidak tahu bagaimana rasanya memanjat pokok kelapa. Hanya sempat memanjat pokok rambutan dan cempedak rendang. Sungguh tidak mencabar kan.

Tidak berpeluang bergelumang dengan bendang (sawah padi) kerna kampungku tidak punya satu. Setakat lintah dan pacat, memang  berlambak di kawasan rumah. Lembu-lembu milik Babaji gemar melepak di sini suatu ketika dahulu. Setiap kali ingin menyidai pakaian, sudah pasti ada seekor pacat sedang syok menghisap darah di celah jari kaki.  

Oh. Aku sudah tersasar dari tajuk utama cerita.

Dahulu kawasan rumah aku sangat sunyi. Sunyi boleh diibaratkan bila sebiji cawan plastik melantun-lantun jatuh ke lantai, gema bunyinya mampu memecah keheningan rumah. Bingit. Keadaan ini sangat sesuai untuk belajar. Cuma dua tiga tahun kebelakangan ini ketenteraman kami dicabuli dengan segerombolan binatang jahat, menceroboh masuk sana sini.

Mencuri makanan dari dapur, mengkucar-kacirkan barangan dapur, memecahkan atap genting rumah, mengotorkan pakaian di ampaian, menari salsa atas kereta dan macam-macam lagi angkara bangang mereka. Asalkan ketua jantan atau jantan dominan ada, mereka rasa mereka hebat dan kuat. Pernah cuba menyerang Emak kerna Emak cuba menghalau mereka pergi. Nasib baik adik lelakiku ada di rumah. Sepantas kilat binatang itu lari. Jika tiada senjata di tangan, lupakan niat untuk menghalau mereka.

Sudah banyak kali diadukan perkara ini kepada pihak berkuasa. Mereka pernah datang untuk menangkap binatang itu. Namun binatang itu lebih bijak. Mereka hilang tanpa kesan bila Majlis Perbandaran menjenguk kawasan perkampungan.

Setiap hari mereka akan datang melompat-lompat atas atap rumah dan menggegarnya seperti mahu roboh. Aku terasa mahu tembak binatang itu sampai mati. Bunyi kejam. Tetapi mereka sudah melampau. Teringat menonton Majalah 3. Kanak-kanak cedera teruk diserang binatang ini. Takkan mahu tunggu ada nyawa melayang baru tindakan sehebat lautan akan diambil.

ini kamu kata comel? damn.

lu langsi lu mati

Okay. Bukan hendak merepek sakan tentang filem Kongsi. Hanya berkongsi pendapat dengan kawan-kawan. Kebanyakan pelawat yang datang ke belog dill ni begitu ambil serius tentang maksud langsi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat atas talian (online) langsi membawa maksud 

"bunyi yang halus nyaring, mendering; berlangsi, melangsi.
1.berbunyi halus nyaring, mendering mendering: suatu jeritan yang kuat melangsi membelah udara;
2. terbang dengan laju dan berdenging (seperti peluru dll): tali bubut temberang pun berdengung-dengung seperti kumbang"

Itu kata Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam bahasa pasar atau bahasa perbualan, langsi boleh membawa pelbagai makna. Antara maknanya adalah

1. kurang ajar
2. berlagak
3. bajet bagus

Kawan-kawan ada nak tambah? =)

new born baby

I bought a baby from the shop. Baby modem. Yeah, call me crazy. But that is me. Haha!

Wednesday, June 8, 2011

Naruto Shippuuden

I am busy watching Naruto Shippuuden right now. A lot of episodes to catch up. See you guys around ya =)

update: I think the lightning has killed the modem. It looks like I am going to be in the silent mode for a while. Ja ne~

Tuesday, June 7, 2011

Monday, June 6, 2011

impian adik

Kedengaran bunyi kuali berlaga dengan sudip. Ketung! Ketang! Bunyi apa pula pagi-pagi buta ni. Orang mahu tidur. Buka mata, lihat dapur. Adik bersemangat menggoreng sosej, menyediakan pinggan mangkuk, tipuware dan sebagainya. Baru aku teringat. Pagi ini mahu ke tempat impian adikkku.

Pukul 9 lebih singgah sebentar ke tempat kerja ayah sebelum terus menuju ke destinasi. Aku sempat sambung membuta dalam kereta. Haha. Buruk perangai. Sampai sahaja, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari dahulu sebelum meredah tempat impian adik.

Dewasa: RM12.00
Warga Emas: RM10.00

Adik sudah excited sungguh. Mula-mula berkenalan dengan Tamarin. Klik situ jika ingin tahu lebih lanjut tentang Tamarin. Oh. Tidak memberitahu kamu kami pergi ke mana ya? Kami melawat flora dan fauna di Zoo Taiping. Tengahari terik memang tidak berapa ramai pengunjung. Ye lah, siapa yang mahu berhangat pijar pada waktu-waktu sebegini kecuali kami. Haha! Aku sudah tidak ingat bila kali terakhir menjejakkan kaki ke Zoo Taiping ini. Mungkin berbelas tahun lalu. Ketika aku kecil dan comel. Sekarang sudah kerepot. Aduh.

Zoo Taiping sudah maju dan cantik. Ayahku kata hutan di sini memang hutan sebenar. Bukan ditanam oleh manusia. Alangkah seronoknya jika berpeluang merasai pengalaman Night Safari di sini. Tunggu zoo, aku akan kembali!

Pelbagai binatang di sini. Aku letak gambar ni je la ye =) |padahal tak larat nak upload banyak-banyak|

ini gajah. ahaks

Kira-kira dua jam kami di zoo. Kepenatan melanda. Tika melangkah keluar dari kawasan zoo, ayahku tiba-tiba berkata

Eh! Kita tak tengok zirafah pun kan?

Aku dan adik merenung sesama sendiri. 

A'ah la. Kuda pun!

Lain kali lah.

Tamat. 

ciaO.

Sunday, June 5, 2011

kenduri kawen sana sini

Ayah sudah segak. Emak menggosok baju kurung dan tudung ekspresnya. Adik sudah menyarung baju kurung hijau. Nampaknya aku terpaksa mengikut juga. Ke mana? Kenduri kawen la, mana lagi. Musim cuti sekolah ni semua orang mahu kawen. Huhu. Dari tengahari hingga lewat petang. Dari hujung kampung ke bandar besar. Kenduri kawen mendominasi segala.

Bunga manggar.

Banner.

Ayam masak merah, jelatah, kari daging, rendang tok dan banyak lagi lauk pauk.

Merah putih, biru putih, kuning dan pink.

Tetapi makan di kenduri kawen tak mengenyangkan perut aku. Masih banyak ruang kosong di perut. Balik rumah, kelaparan.

Namun, aku memilih untuk pengsan. Haha!

Saturday, June 4, 2011

rempit

Dill, jom keluar jalan-jalan.

Aku yang sedang asyik menonton televisyen menoleh ke arah suara itu.

Nak naik apa, Kak Ida?

Alah, kita naik basikal je. 

Wokeh.

Aku bangun dan menuju ke arah basikal. Kelihatan Kak Ida sudah bersedia dengan basikalnya. Kak Ida merupakan kakak sepupuku. Waktu kecil dahulu aku sering bertapa di rumahnya. Kami sering bersembang sampai larut malam tentang topik entah apa-apa. Malam ini diajaknya aku keluar menunggang basikal. Ambil angin malam kononnya.

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kami mengayuh perlahan sambil bersembang. Kak Ida membelok masuk ke suatu lorong perumahan berdekatan padang permainan. Kawasan gelap-gelita. Senyap sunyi. Tiba-tiba kedengaran salakan anjing bersahut-sahutan. Bukan seekor anjing, ada lebih kurang lima ekor anjing. Menuju ke arah kami! Kami kaget. 

Kak Ida! Anjing liar! Lari! Kayuh cepat!

Tanpa berlengah lagi, aku dengan pantas memusingkan basikalku dan mula mengayuh selaju mungkin. Laju! Laju! Laju! Kak Ida sudah mengayuh jauh di hadapan. Berusaha menyelamatkan diri. Aku mengayuh dan mengayuh. Aku terasa salakan semakin hampir denganku. Aku kerling ke sebelah kanan, tiada apa-apa. Bila aku kerling ke sebelah kiri, ada seekor anjing berlari laju betul-betul di sebelah roda belakang basikal aku. Aku bertambah takut. Kayuhan semakin laju. Aku tidak mahu toleh lagi. Fokus mengayuh sahaja sehingga sampai ke rumah Kak Ida. Berjaya kalahkan anjing itu. Aku termengah-mengah. Kak Ida pun sama. Taubat. Tidak mahu menunggang basikal di kawasan itu pada waktu malam lagi. Malam itu  budak umur sepuluh tahun merempit tahap dewa.

Aku membayangkan jika waktu itu rantai basikalku jatuh, alamatnya aku kena baham dengan anjing liar la jawabnya. 

Tamat.

ciaO.

katak oo katak

Malam hening. Sunyi sepi. Bunyi si cengkerik bersahutan dalam kegelapan malam. Hanya kedengaran bunyi bilah-bilah kipas berpusing dalam rumah. Semua asyik dengan agenda tersendiri. 

Bercucuk tanam secara maya.

Membaca novel.

Menulis belog.

Jarang-jarang kedengaran bunyi tamparan pada kulit. Membunuh nyamuk yang rakus menghisap darah penghuni rumah. 

Aku sedang cuba memahami ilmu statistik. Disebabkan aku ini bangang dalam Matematik maka aku cuba sehabis baik dalam memahami nombor-nombor yang muncul dalam buku yang aku baca. Bila menelaah subjek Matematik, aku sering bercakap seorang-seorang. Nasib baik teman sebilikku memahami perangaiku yang satu ini. Dia sedang sibuk bercucuk tanam di Mukabuku. Asyik.

f(x)...fx...bla..bla..bla.. Bila masuk dalam formula

Kak Dill!!!!!!!!

Aku terkejut. Bingkas bangun! Keluar dari bilik. Ada kecemasan apa-apakah? Risaunya dengan budak-budak rumah ni.

Kak Dill, tolong. Tu ha. 

Aku menjenguk ke arah yang ditunjukkan. Seekor katak gemok sedang berusaha untuk melarikan diri di celahan plastik.

Oh. Katak ke? Kejap.

Aku ambil beg plastik kecil, sarungkan tanganku dan mula mengejar katak. Aku menangkap katak itu dan bawa ia keluar rumah. Letak jauh-jauh supaya dia ambil masa yang lama sikit untuk kembali ke rumah kami. Aku masuk kembali. Buang sarung tangan plastik, basuh tangan dan melihat kawan-kawanku. Aku senyum.

Nasib baik ada Kak Dill. Nina geli...

Setahun kami duduk di situ, aku lah si penangkap katak penceroboh yang berjaya. haha!

Tamat.

ciaO.

Thursday, June 2, 2011

KFC ni kitorang punya seh~

Lokasi: Kentaki, Sungei Wang
Mood: Suam-suam kuku

Aku tidak berapa gemar makanan segera kala ini. Mungkin kerna aku semakin tua kerepot. Ia turut sama mempengaruhi selera makanku. Namun pada suatu hari dalam bulan April yang lalu, kawan baikku kepingin nak makan ayam kentaki. Aku turuti sahaja kehendaknya. Kami memilih tempat duduk agak jauh dari manusia lain. Ingin sedikit privasi. Mudah berbicara. Selang semeja dari kami aku lihat ada sekumpulan anak muda berumur dalam lingkungan awal dua puluhan. Aku letakkan tray makanan kami dan menyelesakan diri. Sebelum makan, baca doa ya. =)

Aku dan kawanku bersembang bukan tentang hal negara. Cuma tentang kami berdua dan manusia yang wujud dalam  hidup kami. Bla...Bla..Bla..bersembang itu ini. Tiba tiba 

Hahahahahahahahahhahaha!!! Kaw nier lar! Mencik aku doh! Shilake la kowrunk nier!

Damn! Budak-budak muda itu melepaskan ketawa kaw-kaw punya. Aku rasa mereka ketawa sampai nak putus urat tekak. Seperti Kentaki itu rumah mereka. Tidak mempedulikan ketenangan yang didamba oleh orang lain. Aku terganggu. Kawan aku terganggu. Aku kerling famili di meja sebelah, sudah buat muka tidak selesa. Aduh! Mukaku terasa hangat. Jika hangat itu berwarna, aku pasti mukaku sudah penuh dengan tompok-tompok hitam, merah, biru, kuning, hijau dan jingga. Segannya aku dengan perlakuan mereka. 

Ketawa mereka pecah lagi. Kawan aku sudah buat muka. Takkan hendak mengubah tempat duduk sewaktu makan. Nanti dapat banyak suami pula. Haha! Kami ambil keputusan untuk menghabiskan makanan kami dan cuba memekakkan telinga dengan hilai tawa mereka. Mungkin mereka fikir tindakan mereka cool kerna puluhan mata memandang mereka. Mungkin mereka bangga. Walau bagaimanapun, mereka perlu sedar betapa pentingnya menghormati orang lain. Bukan kita dan puak-puak kita sahaja tinggal di bumi ni, ramai manusia lain. Bertoleransi dan hormat-menghormati amalan mulia.

Selalunya perkara ini terjadi kerna mereka inginkan perhatian orang ramai. Yah, kami cool. Tengok la kami!  Cool la sangat jika tindakan kamu mendapat sumpah seranah percuma dari manusia di sekeliling kamu. Kita hidup bermasyarakat. Kepekaan itu penting. 

No man is an island. - John Donne, English Poet.

mysterious guy


I am looking for this mysterious guy. Has anyone seen him before? I met him  when I was on my way to Rawang with the commuter in August 2010. If you do, please contact me ya. ^_^

Wednesday, June 1, 2011

penting sangat ke dara tu?

Rata-rata kedengaran manusia berkata, berbincang, bermusyawarah tentang dara. Mahkota wanita. Diakui dara penting untuk menunjukkan tahap kebaikan seseorang gadis. Dulu, kini dan selamanya. Namun, telah terbukti dalam kajian bahawa kehilangan dara boleh berlaku selain dari membuat hubungan kelamin. Penglibatan dalam aktiviti lasak seperti sukan juga boleh menjurus ke arah kehilangan dara. Aku bukan ingin membebel tentang bagaimana untuk membeli dara tiruan atau sebagainya. Apa yang aku tahu, mahkota wanita perlu dijaga sebaik mungkin. Kepada mangsa kegilaan kaum lelaki, aku mohon maaf jika sebarang kata-kata aku dalam entri ini mengguris sanubari kamu.

Aku bukan saja-saja menulis tentang isu dara ini. Lewat petang tadi aku terbaca suatu penulisan dalam sebuah belog tentang betapa bangganya atau tidak malunya dia memberitahu dunia bahawa dia sudah membuat hubungan seks tanpa nikah. Dia muda lagi. Usia awal belasan tahun. Baru kenal dunia. Tidak perlu aku lampirkan alamat belognya di sini kerna aku pasti ramai di antara kamu sudah melawat belog gadis itu. Sewaktu aku melawat entrinya, aku terkedu. Ketika umurku sepertinya dahulu, aku tidak tahu apa itu seks 100%. Sekali sekala ketika melayari internet keluar pop up gambar porno. Kelam kabut aku menekan butang pangkah. Tergamam sekejap kerna terkejut. Tetapi itu cerita zaman aku sekolah dahulu. Masa kini, anak-anak semakin canggih. Media massa menyediakan pelbagai maklumat. Hatta menyediakan syabu pun ada di internet. Inikan pula porno? Berlambak.

Berbalik semula kepada isu kita. Maruah diri sangat penting buat semua manusia. Lagi-lagi kaum Hawa. Silap sikit, kita akan ditembak bagai nak gila. 

"Lah, chill lah. Sekarang zaman moden. Tu semua tak penting lah!" - kata-kata semburan.

Kita bukan tinggal di negara barat. Malaysia kaya dengan budaya ketimuran. Lagi-lagi jika kamu beragama Islam. Amal Ma'aruf, Nahi Mungkar. Aku pun sedang cuba memperbaiki diriku sendiri. 

Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Pohon kemaafan. Insyaallah, jiwa kamu akan tenang. Aku sentiasa doakan kamu.