Friday, April 30, 2010

separuh jiwaku pergi

Separuh Jiwaku Pergi
oleh Anang

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Benar kumencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar kumencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar kumencintaimu


Thursday, April 29, 2010

rumahku, syurgaku

Selamat sampai ke rumah kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Alhamdulillah. Terima kasih Kak Yana & Anep.

Cuti memang masyuk.

Jumpa Ahad ini. Insyaallah.

Tuesday, April 27, 2010

bengang...

Subhanallah...

Aku ini sedang cuba menyiapkan folio praktikumku. Rasanya aku sudah khabarkan kepada tuan punya komputer riba siang tadi bahawa aku ingin mencetak helaian untuk folioku. Kenapa kala aku ingin mencetak, engkau (dia bukan tuan punya) pun tiba-tiba bersemangat untuk bermain mukabuku? Apa, engkau tiada komputer riba sendiri kah? Sungguh selfish! Dari mula-mula aku kenal engkau, sampai la sekarang, perangai engkau sama sahaja!

Selfish!


Monday, April 26, 2010

otakku berkarat

Walaupun sudah berusaha baca buku, nota, soalan tahun2 lepas, tetapi aku masih tidak berjaya menjawab soalan ujianku dengan yakin. Soalan objektif. Pilihan jawapan semuanya betul tetapi perlu pilih yang tepat. Aku keliru.

Tolong doakan agar aku mendapat markah yang baik.

Man jadda wa jadda.



Sunday, April 25, 2010

surat untuk cinta

Assalamualaikum w.b.t.

Buat insan yang disayangi. Ye la, awak la. Siapa lagi. Saya ada beberapa pesanan untuk awak.

1. Jaga diri elok-elok.
2. Makan mesti ikut waktu - sarapan, makan tengahari, makan malam.
3. Sabar banyak-banyak.
4. Kerja / belajar baik-baik.
5. Sembahyang 5 waktu.
6. Baca Al-Quran.
7. Jika resah, gelisah, gundah-gulana, ingat, Allah sentiasa ada untuk mendengar rintihan kita.
8. Saya sayang awak. ♥♥♥♥♥


p/s: ditujukan khas untuk sahabat handai dan juga kekasihku.

Tuesday, April 20, 2010

hampir tiba ke perenggan terakhir

Bulan April sudah hampir sampai ke pengakhirannya. Lagi 10 hari. Bulan 5 menyusul tiba. Buat masa sekarang ini aku sangat sibuk dengan kelas, ujian, kursus dan macam-macam lagi perkara untuk melengkapkan pembelajaranku yang setahun ini. Selepas ini ke manakah aku tercampak? Adakah di celahan muka bumi yang tiada sumber air dan elektrik? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Aku cuba untuk membaca buku. Ada ujian hari Ahad ini. Namun, kurasa otakku sedikit berkarat dan aku perlu asah semula pemikiranku untuk belajar.

Sedar tidak sedar aku bakal meninggalkan tempat belajarku. Pasti aku rindu pada kawan-kawan, pensyarah-pensyarah dan Pok Pin!

Tolong doakan aku.


Monday, April 19, 2010

aku hendak balik Perak!

Terasa sudah sangat lama di Terengganu. Perlu udara Perak. Tolong!!!



nota kaki: aku dengki dengan rakyat Perak. hari ini mereka cuti!



Sunday, April 18, 2010

tiga bulan macam tiga minit

Sedar tidak sedar, tiga bulan aku mengabdikan diriku di sekolah. Praktikum. Aku sudah sedia maklum bahawa profesion keguruan zaman kini penuh dengan perkara baru. Bukan sahaja guru, mereka jua kerani merangkap tukang kebun merangkap babysitter merangkap tukang buat line padang dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, aku sendiri membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik maka aku redha dengan semua ini. Aku berdoa pada Allah s.w.t. supaya dikuatkan hati ini supaya sentiasa tabah dan sabar dengan semua dugaan.

Alhamdulillah, banyak pengalaman dapat kutimba dari praktikum. Terima kasih kepada semua warga sekolah kerna telah banyak membantuku. Jasa kalian tidak akan kulupa selamanya. Insyaallah.

Hari terakhir aku di sekolah, aku pergi ke salah sebuah kelasku. Apabila aku melangkah masuk ke kelas darjah 4 Bijak, mereka menyuruhku duduk dan mereka semua menyanyikan lagu Tinggal Kenangan & Menatap Matamu untukku. Terharu.

Sebelum keluar, aku sempat memberikan pesanan. Tiba-tiba hampir satu kelas menangis. Aku terkesima sekejap. Aku tahan air mataku supaya tidak tumpah. Bukan apa, jika aku menangis, lagi teruk mereka menangis. Maaf kalian, aku terpaksa pergi. Perjuanganku masih belum selesai.

Semoga anak muridku menjadi manusia. Insan yang berguna. Memanusiakan manusia memang satu cabaran yang tiada tolok bandingan.

Buat guru-guruku, terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa kalian. Aku terhutang budi.

Terima kasih, cikgu.


Saturday, April 17, 2010

apabila mengetahui sesuatu yang tidak patut diketahui

Aku cukup serba salah bila berada dalam keadaan diluah mati emak, ditelan mati bapa. Chop! Tidak ada kena mengena dengan famili aku ya.

Zaman aku belajar, dari sekolah rendah sehingga sampai ke Taman Ilmu dan Budi, rangkaian kawan-kawanku semuanya lebih kurang dengan aku sahaja. Masuk sahaja zaman bekerja, aku akui aku sedikit terkena kejutan budaya alam pekerjaan. Tidak perlu aku ungkapkan di sini kerna ia tidak manis untuk diperkatakan.

Sekarang, aku kembali semula pada zaman belajar. Alhamdulillah, berjumpa kembali kawan-kawan di Taman Ilmu dan Budi dahulu. Walaupun tidak semua. Aku juga berkenalan dengan ramai kawan baru. Alhamdulillah, semuanya kukira, boleh dibawa berbual. Dalam erti kata lain, boleh jadi geng lah.

Cuma baru-baru ini aku terdengar beberapa desas-desus yang aku rasa aku tidak perlu tahu tetapi aku terpaksa tahu. Apabila kawan-kawanku di sini menceritakan tentang perkara ini, aku lah satu-satunya manusia di dalam rumah sewa kami yang tidak berfikir ke arah konklusi yang mereka harapkan. Maksudku, konklusi cerita mereka adalah negatif tetapi aku tidak terus berfikir ke situ. Aku lambat. Bukan lampi. Tetapi otakku tidak memproses maklumat yang diterima 'the way it should be'. Salah satu sebabnya, mungkin aku hidup, membesar dan bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai pemikiran yang lebih kurang denganku. Maka aku tidak 100% tahu tentang kehidupan sosial rangkaian kawan-kawanku yang lain. Jika setakat berita keruntuhan akhlak remaja terpampang di kaca televisyen, aku sudah arif mengenainya. Kali ini, kehidupanku sedikit terkena tempias yang kurasa aku tidak patut langsung terkena even setitis tempiasan itu. Rupa-rupanya, di sebalik permata yang bersinar, tersimpan secalit dakwat hitam.

Aku perasan, ayat-ayatku kali ini sedikit bersimpang-siur, berputar-belit. Mungkin ramai akan kata, Do not go around the bushes. Just straight to the point! Masalahnya, aku tidak mungkin dapat mencoretkannya di sini tanpa mengaibkan permata itu. Maafkan aku.

Saturday, April 10, 2010

tujuh hari seminggu

Minggu ini, aku ke sekolah setiap hari. Termasuk hari Jumaat dan Sabtu. Terasa mahu pengsan. Tetapi masih mampu. Sudah jarang kemaskini blog. Bukan ingin jadi pemalas tetapi aku sibuk dan keletihan. Alah, bukannya ada sesiapa yang baca blog aku kan? Aku saja yang syok sendiri menulis blog. Haha!

Aku rindukan zaman belajar di Taman Ilmu dan Budi. Hmm...

Friday, April 2, 2010

doa untuk kekasih


Sebenarnya sudah lama mencari doa ini. Kali pertama melihatnya ketika kakak senior menampal kertas yang tertulis doa ini di papan notis bilik kami. Pada waktu itu aku tidak ambil 'port' sangat tentang doa ini. Tetapi, sebenarnya doa ini sangat berguna. Kukongsikan bersama kawan-kawan.




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…


Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…


Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…


Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api Neraka…


Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

akhirnya dia pergi...

Aku tahu melalui mukabuku Afdlin Shauki tentang allahyarham Din Beramboi yang koma akibat keracunan kencing tikus beberapa hari yang lalu. Rupa-rupanya beliau menderita denggi berdarah. Waktu itu allahyarham sudah koma. Aku pasti ramai yang mendoakan beliau selamat dalam perjuangan menentang penyakit itu. Walau bagaimanapun, Allah lebih menyayangi allahyarham. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Din Beramboi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Ameen. Al-Fatihah.

Thursday, April 1, 2010

Benjy via Dr. Faridah's Blog

Baru selesai membaca entri Dr. F. Tentang anak seniwati Azean Irdawati, Benjy. Saya akan muatkan entri itu untuk tatapan sahabat-sahabat ya.
Taken from a blog but first, my questions:

1.Is this caused by a family feud? Sudahkah Benjy bercerai dgn isterinya ? (anak seorang tycoon Cina). Adakah mereka berebut hak penjagaan anak kecil itu?

2. Why was he denied a lawyer?

3.Mengapa Ben menyewa condo dan siapakah perempuan bersamanya?

4.Mengapa seorang yang begitu berbakat dan pintar jadi begini?

Semoga Ben dilindungi Allah sekiranya ini fitnah.

*******
the following is written by a very dear friend of mine, Inessa Irdayanty, and the one below, by her sister Elza Irdalynna. there isn’t anything for me to do about this predicament she and her family currently face, except to help spread the news about injustice that is prevailing right here, right now. by re-posting this note, i hope im doing her a favour – it’s the least i can do, besides keeping her in my prayers.

my heart goes out to her family. they’ve been holding on to each other and not giving up in times of adversity – and i do know for a fact that this is one very, very strong family who has been, time and time again, been thrown into the many difficulties of life. may they pull through this!

please do take the time to read. i mean it. and re-post it if possible, and if you feel strongly about this.

thank you.

*******
the latest news is, as written by Star Online,

The 800gm of “powder” found at actor Khaeryll Benjamin Ibrahim’s condominium unit in Kepong is not cocaine, said the police.

“The 800gm of powder confiscated was not cocaine and we have requested the Chemistry Department to conduct tests again,”.

why the retest is necessary, i do not know. just like how they needed about 10 plain clothed cops to rearrest my brother after the bail was posted, i do not know. and as much as i try to comprehend, i can’t.

i’m just hoping that all of this end soon enough, before my mother breaks down – she has been very strong about this; before my father speaks up – we all know how quiet he usually is; before my sister loses her patience – God knows she already has very little of that; and before my 4-year-old nephew is old enough to realise what is going on, and have these bullshit questions running through his head the way they run through mine.

thank you very much to all of you out there who are supporting us, praying for us, or at the very least ask us how we are. it means a lot to us, trust me.

one favour i would like to ask from all of you, is to please read the note below, written by my sister Elza Irdalynna, and to perhaps re-post this, if you may. please, and thank you. God bless.
——————————————————————————————————————————
On March 11th, he was arrested at his apartment’s parking lot in Segambut. Police brought him to an apartment he rented in Kepong, and after entering, claimed that in that residence, he possessed 800grams of cocaine, and 140grams of methamphetamine, and accused him of processing and trafficking, putting him under the risk of being charged under Section 39B, which carries the death penalty.

On March 12th he was remanded for 7 days. When my parents inquired if we can engage a lawyer, the Investigation Officer told us “No need”.

On March 17th, after our family waited more than an hour, we were allowed to see him for the very first time, under supervision.Again my mother asked if we should get him a lawyer, again the I.O advised against it, claiming “Lawyer tak boleh buat apa-apa sekarang. Buang duit je. (Lawyer can’t do anything now. It’s simply a waste of money).”

On March 18th, his remand was extended another 7 days. The magistrate enquired why there was no lawyer present for him, and whether he was made aware he had the right to a counsel of his choice. He replied “No.” Therefore, he requested for one, and only nine hours later, did the I.O call to inform my mother, who promptly engaged Amer Hamzah Arshad.

But the very next day, the police used their Executive authority under Section 28A that vetoed his right to a counsel. All requests made by our lawyer to visit him was denied.

Only after we complained to SUHAKAM, did the police allow Amer to visit him.On the last day of his remand.After the investigations were concluded.For only 15 minutes.

On March 25th, he was brought to court, and charged under Section 12(2) for possession of 0.24grams of metaphetamin in his Segambut residence. Nothing the police claimed they found in the Kepong residence, the cocaine and shabu that was “already packaged to be distributed” or the so called “cocaine processing mini-lab” was brought to court.

Because there WAS none.

He was released on bail. A trial date was set. He was so close to being free, and seeing his 4 year old son again.But as he was signing the papers of his release, the Plainclothes were outside waiting.

Not two steps after he came out of the bail department, without any explanation, they re-arrested him. Amer was restrained from protecting him, and only after Amer repeatedly asked them to show their I.D, did they do so. Still, no explanation was given to the family. We were merely told to go to the Headquarters and speak to Inspector Kang. The same guy who claimed my brother possessed the cocaine they NEVER found.

He never saw us, he was “in a meeting.” He wasn’t too occupied to give the press a statement, but was unavailable to see us.We were told by the new I.O for this case, and the DSP (the guy who signed the papers denying my brother the right to a counsel) that they are detaining him for 60 days under the Special Preventive Measures Act (LPK), after which, they could further detain him for 2 years if found guilty.

Guilty according to THEM. For under this act, it is a detention without trial, like the Internal Security Act. Any information gathered from “witnesses” and “investigations” will never be disclosed to him or his lawyer, or the court. He will also not be able to defend himself against any allegations. Under this act, he will never have his day in court.

On March 25th, my brother, Ben, was denied his Constitutional rights.

For 2 weeks, our family went through hell. Sleepless nights, press waiting outside our door, Ben had asthma attacks after the police delayed themselves in acquiring the requested medication for 3 days, Mama, who is a cancer patient herself, suffered chest pains and lost her voice.We felt it was all worth it, for we would be able to have him back.

But now, a new nightmare has begun.Whether or not Ben is guilty, should not be for the Police to decide. If they HAD the evidence to strengthen their warrant for re-arrest, why was it not brought to court? Why is Ben not given a chance to defend himself? How can we ever know the authenticity of these so called witnesses and their statements? If there were ANY to begin with?

Under this act, I could simply be caught for any crimes of drug offences the police accuse me of, because they can claim they have enough information (even if they have absolutely nothing) and detain me. For 60 days, for 2 years, and even EXTEND it after.

Acts like this and the ISA are licenses for ARBITRARY arrest and detention. Anytime. Anywhere. Anybody.
My family and Amer will not back down. We will fight for Ben’s right. We will speak up for all of those who were silenced before us, who will be silenced hereafter.

But we seek your help. In any way at all, help us fight this. Re-post this, write on your blogs, write to your local representative, to our newspapers, and together we shall use our voice, our art, our space, to stand up not just for Ben, but for all our rights.

Liberty is a Constitutional right. It’s time to get it back.

*******