Bulan April sudah hampir sampai ke pengakhirannya. Lagi 10 hari. Bulan 5 menyusul tiba. Buat masa sekarang ini aku sangat sibuk dengan kelas, ujian, kursus dan macam-macam lagi perkara untuk melengkapkan pembelajaranku yang setahun ini. Selepas ini ke manakah aku tercampak? Adakah di celahan muka bumi yang tiada sumber air dan elektrik? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Aku cuba untuk membaca buku. Ada ujian hari Ahad ini. Namun, kurasa otakku sedikit berkarat dan aku perlu asah semula pemikiranku untuk belajar.
Sedar tidak sedar aku bakal meninggalkan tempat belajarku. Pasti aku rindu pada kawan-kawan, pensyarah-pensyarah dan Pok Pin!
Tolong doakan aku.