Friday, September 30, 2011

kecewa mencengkam jiwa

cintaku ibarat udara. ia ada di mana-mana untukmu.
Walau usia perkenalan kita baru setahun jagung, namun kurasakan perkenalan kita seperti sudah bertahun-tahun lamanya. Perasaan 'warm' yang aku rasa membuatkan aku sentiasa teringatkan kamu.

Aku menggilai senyumanmu.
Aku menyukai tutur katamu.
Aku paling tidak lupa tika kamu mengalunkan beberapa potong ayat dari surah Yasin.

Adakah ini cinta? (aku malu-malu tika menaip ayat ini)

Kita masih tidak berpeluang bertentang mata secara 'live' kerna kamu kesibukan. Ya, aku memahami tugas kamu. Aku tidak merungut kerna tugas kamu mengikat diri kamu. Kamu sentiasa di hatiku.

Tetapi baru-baru ini aku menerima berita yang bisa membuat jantungku gugur. Terpampang di mana-mana gambar kamu bersama seorang perempuan. Wajah kamu ceria. Hatiku terluka. Sampai hati kamu buat aku begini. Aku tahu aku tidak secantik perempuan itu. Tetapi aku ikhlas menyayangi kamu. Nampaknya kasih sayangku tidak mampu untuk mencapai diri kamu. Aku pasrah.


Oh Johan~
Cis Fasha!

Sekian.

Aku yang pasrah,
Dill.

Thursday, September 29, 2011

saat blog mati

Sorry, the blog at akudantv.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.
mati selama beberapa minit.
sempat 'dia' menambah dua blog untuk aku follow.
terasa kosong tiba-tiba.
what da heck?!

Wednesday, September 28, 2011

bola sepak: Azmi

Seperti biasa setiap pukul lima petang Azmi akan turun ke padang berdekatan rumah sewanya untuk bermain bola sepak. Bola sepak sudah menjadi kegemaran Azmi sejak dahulu lagi. Kawan-kawan sekuliahnya juga turut sama meminati sukan yang sama. Azmi tidak kisah bermain bersama-sama pelajar junior walaupun dia sudah berada di tahun akhir.

Kedua-dua pasukan bermain dengan penuh bersemangat. Azmi bertungkus-lumus menggelecek bola sehingga dia berjaya menjaringkan dua gol dalam masa singkat. Rakan sepasukan menepuk bahunya. Azmi tersengih. Sedang Azmi mengejar bola, salah seorang pemain lawan jatuh tersembam di hadapannya. Pemain itu, Faizol bingkas bangun dan terus menempelak Azmi.

"Woi, bab*! Apsal ko tackle aku sampai jatuh ha. Bangang la ko! Otak tak de ke?!" Faizol memaki Azmi. Azmi membisu. Dia malas nak layan amarah Faizol. Api yang marak usah disimbah minyak. Bertambah teruk maraknya nanti. Azmi meneruskan lariannya ke tengah padang.

Faizol masih memaki Azmi. Perkataannya semakin kasar. Panas telinga Azmi mendengarnya. Terus Azmi laungkan kata-kata pedasnya. Terdiam Faizol.

Beberapa hari selepas itu masih terdengar lagi bisikan tentang Azmi. Ini semua gara-gara tuduhan melulu yang Azmi mengasari si Faizol.

"Azmi tu poyo! Ada ke patut ditacklenya Faizol sampai lebam pipi orang tu,"

"Wei, engkau tahu tak, si Azmi tu sepak Faizol sampai berdarah keting kaki budak tu,"

"Hoi, ade cerita panas ni. Azmi tu belasah Faizol masa main bola kat padang."

Semakin lama semakin merepek-repek gosip liar terbang melata. Azmi sedikit sebanyak tertekan. Mulut tempayan boleh ditutup. Mulut manusia tak ada apa yang boleh menutupnya. Kecuali mati.

Azmi mengambil tindakan drastik. Dicapai kasut bola kesayangannya. Azmi bawa ke tengah padang. Disimbah kasut dengan minyak petrol. Azmi nyalakan sebatang mancis dan menjatuhkannya. Perlahan-lahan mancis jatuh tepat mengenai kasut bola dan api menyala dengan maraknya. Rakus menelan kasut bola Azmi.

"ngkorang cakap aku ni ganas kan? pegi tengok ape yg aku bakar tu." Suara Azmi memenuhi ruang udara. Sakit hatinya bukan kepalang. "Aku harap korang puas hati!"

Azmi pulang ke rumah sewa. Masuk bilik. Kunci pintu. Kawan-kawan Azmi tergamam. Kecoh satu kampus Azmi membakar kasut bolanya. Manusia seperti celik mata.
Dunia ini penuh ragam manusia. Manusia pelbagai karektor. Karektor-karektor ini mewarnai dunia kita. Walau bagaimanapun kita tidak punya hak untuk menghakimi seseorang itu. Tuhan Maha Mengetahui segalanya.
p/s: berdasarkan kisah benar. aku olah sedikit supaya tidak setepek sama dengan yang asal.

wordless wednesday #13

Tuesday, September 27, 2011

pesanan penting daripada ibu duit

Beware of financial scams. Do not respond to requests for financial info or money transfer via unexpected calls, SMS or emails.
Love,
Bank Negara Malaysia.

Monday, September 26, 2011

this is life

Life is a process of learning.
We learned a lot of things since we were babies. And of course until now we are still learning. Including me. I am still learning from everyone I meet and talk. It does not mean that when you reach a certain age you are already extraordinary bombastic person in life.

Experiences count.


credit to Google.

I learned a lot from my family. I learned a lot from my 'children'. I learned a lot from my colleagues. I learned a lot from my friends.

Every advice I received, I try to instill it in my heart and soul. Did you do the same as I do?

I am just an ordinary person. Just one of His servants in this lifetime. Please do not hesitate to talk with me about anything. Ops. Before that, it is not highly recommended for you to talk about dirty things. I hate them so much. It can make me puke. Seriously.

I am just an ordinary person. Do not feel so downgraded when you see me around, virtually and reality or when you are talking with me.

I am just a Pathetic. Schema. Old School. Noob. Person. Haha! So, Hello!

Sunday, September 25, 2011

adab

Semalam seharian berjalan-jalan melihat alam. Shien Hafiey dan Cik Keropi, terima kasih kerna sudi melayan karenah aku yang merepek-raban ni. Kami singgah ke Sungei Wang Plaza. Kebetulan ada karvinal F&N kat situ. Jalan utama telah ditutup untuk memberi ruang kepada khemah-khemah F&N. Dengan asap kenderaannya, asap rokoknya dan asap original memenuhi segala. 

Oh. Bukan mahu gembar-gembur tentang cerita outing kami. Cuma ingin kongsikan sesuatu di sini.

Selepas solat Zuhur, kami singgah ke salah satu restoran steamboat dalam bangunan Sungei Wang/BB Plaza. Memang sedap (padahal aku tak reti nak order langsung. haha!). Setelah beberapa lama kami menjamu selera, aku terperasan ada mata yang asyik memandang. Aku rasa kita boleh terasa kalau ada orang merenung kita kan? Aku tengok dia. Salah seorang pekerja restoran tu asyik memandang meja kami. Tidak lama kemudian dia datang.

"Excuse me, may I clean up this table?"

Kami bertiga terkejut. Dia ni beria-beria mahu kemas meja sedangkan kami masih belum habis makan dan minum. Masih penuh sup dalam periuk steamboat jadi dikira belum habis makan ye.

"Yah, sure," jawab kawanku. Memikirkan yang dia hanya akan mengutip pinggan dan gelas kosong seperti di Pizza Hut. Rupa-rupanya dikemaskannya meja tu sebersih-bersihnya. Sampaikan periuk steamboat tu pun diangkut sekali. Seperti meja itu telah ditinggalkan pelanggan dan pekerja restoran sedang membersihkannya. Sedangkan kami masih di situ, merenung perlakuan dia.

Meja bersih.

Aku sudah buat muka. Shien Hafiey pun sama. Cik Keropi? Hehe. Cuba kamu tanya dia sendiri.

Seorang pekerja lain datang. "Excuse me, may we have the bill?" pintaku. Sekembalinya dia dengan bil aku menyatakan tentang apa yang aku rasa. Kawanku turut sama bersuara. Ia berkaitan dengan operasi 'pembersihan' mereka tadi.

Bla..Bla..Bla..

Aku cuma ingin memperkatakan tentang kesopanan dan kesusilaan. Apabila pelanggan masih berada di tempat mereka, tidak sopan rasanya kamu datang dan terus membersihkan meja mereka. Walaupun kononnya sudah diberi kebenaran untuk membersihkan meja, pada aku ia tetap tidak sopan. Ia seperti menghalau mereka pergi sedangkan mereka masih lagi menghabiskan saki baki makanan atau minuman sendiri. Tidak ada salahnya jika kamu mengutip pinggan atau gelas yang sudah digunakan sahaja. Ini gelas minuman pun hendak dikutip terus. 

Ia sama jua seperti menyapu lantai ketika sesiapa sahaja sedang duduk di kawasan yang kita hendak sapu. Ia tidak sopan. Mengapa masa tu hendak menyapu ketika ramai orang sedang merehatkan diri di situ. Yah, label lah aku sebagai seorang yang kuno atau terlalu berkira. Tetapi pada aku adab sangat penting. Aku acap kali mengingatkan anak-anak di sekolah supaya sentiasa menjaga adab.

How you act represents who you are.

Ini cuma pendapat peribadi. Tidak semestinya dipersetujui oleh semua. ^^

Friday, September 23, 2011

sekian lama mencari...akhirnya

Cari di Borders, Berjaya Times Square: Tak jumpa.
Cari di kedai buku (tak ingat nama): Tak jumpa juga.
Boleh terlupa nak usha masa kat hometown.

Semalam, akhirnya terjumpa di Carrefour Wangsa Maju.
Alhamdulillah.
Sekebun Bunga Cinta


Liyana! Liyana! Finally I found your book!
I am so excited! ^___^

Thursday, September 22, 2011

hey! bukan anak aku pun~

Sangat sedih dan kecewa dengan statement ini; 
Buat apa mengajar anak orang beria-ria. Lebih baik mengajar anak sendiri. Tak perlu kelas tambahan, tak perlu kelas malam
dan ianya datang dari mulut  seseorang yang sepatutnya mempunyai wawasan yang lebih hebat dari saya, sehebat jawatannya. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika aku dapat tahu mengenai perkara ini hati kecilku tersentak. Sedangkan aku yang baru setahun jagung ini tahu betapa pentingnya pendidikan tambahan untuk anak-anak inikan pula manusia yang lebih lama berkecimpung dalam alam pendidikan dan pelajaran. Sahabatku meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah manusia yang tidak begitu ambil peduli dengan anak orang lain. Aku faham kekecewaan yang cuba disampai dan dikongsikan oleh sahabatku pabila dia menulis sebegitu. Kerna dia seorang guru lama, dia lebih faham keperluan anak-anak di sekolahnya. 

Aku pula secara peribadi, sudah menganggap anak-anak murid ini sebagai anak sendiri. Mereka memerlukan bimbingan dan ajaran dari insan yang mereka anggap guru. Guru merupakan sandaran utama bagi anak-anak ini. Tidak dinafikan ada yang lebih selesa dengan tuisyen di luar. Tidak ada salahnya menambah ilmu di mana jua anda berada. Ia lebih baik.

Apa yang menjadi fokus di sini apabila kita tidak memikirkan tentang kepentingan pelajaran untuk anak-anak ini, ke mana mereka akan pergi? Jika kita hanya sibuk memikirkan tentang anak sendiri dan hanya mengajar anak orang lain seperti melepaskan batuk di tangga, akan excellent atau berjayakah anak kita nanti? Ikhlas tu penting.

Sesetengah manusia tidak fikir akibat di sebalik percakapan sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 

Walaupun aku belum mempunyai sebarang cahayamata sendiri, tetapi aku ada beratus-ratus kanak-kanak yang aku anggap seperti anak sendiri. Memanusiakan manusia memang mencabar. Apa yang kuharapkan semoga mereka berjaya menjadi manusia berguna. 

Kawan-kawan, usah anggap anak orang lain tu tidak sepenting anak sendiri. Mereka jua anugerah Ilahi. Cuma bukan seibu dan sebapa dengan anak kita.

Wallahu'alam.

Tuesday, September 20, 2011

mayday..mayday..emergency call!

Baru-baru ini bateri telefon bimbitku buat hal. Sudah kembung jadi aku perlu menukarnya dengan yang baru. Bila dah tukar baru, aku ingatkan sudah tiada masalah apa-apa. Rupa-rupanya masalah tidak berhenti di situ. Bersambung-sambung masalah telefon bimbit seperti sinetron waktu petang.

Kabel telefon yang menjadi nadi perantara antara telefon bimbit dan komputer riba telah terkorban dalam perjuangan. Dengan rasa sedih aku pergi menjejakkan kaki ke Low Yat. Mencari kabel telefon baru. Disebabkan telefon bimbit aku ni canggih sangat, hampir semua kedai tak de jual kabel telefon untuk model telefon bimbitku.

"Nokia lama," kata mereka. Sudah ramai leng chai yang aku tanya. Namun jawapan mereka membuat aku hampa. Meneruskan pencarian sehingga berjaya membeli kabel telefon baru. Akhirnya!

Sekarang ini pula bateri telefonku acap kali mampos off sendiri. Aku mengadu pada Emak. Konon mintak simpati. Emak tengok telefon bimbit aku.

"Telefon ni dah tiga tahun kan, Along? Dah sampai masanya la tu. Mak punya telefon lama pun tahan tiga tahun je."

"Tapi Mak elok lagi telefon ni"

"Beli je la baru. Dah patut kena tukar tu,"

Aku sengih. (otakku ligat memikir tentang bajet. mana aku nak cekau duit ni weh!)

Emak ulang semula ketika dalam perjalanan menghantar aku ke pekan hari Ahad lepas.

"Tukar la, Along. Mak tengok dah buruk rupanya"

"Buruk? Sampai hati, Mak. Isk..Isk.."

Nokia cabuk

Mak suruh  beli telefon bimbit baru. Adoi. Nampaknya Sabtu ni kena survey. Ofkos beli pakai duit sendiri :_(

Monday, September 19, 2011

resepi hari ini

Aku tidak tahu resepi yang sesuai sebagai menu berbuka hari ini. Aku ni sangatlah hebat dalam masak-memasak. Masalahnya barangan dapur sudah kehabisan. Tengahari tadi tak larat hendak ke Jusco. Terhidrat lebih. Jadi aku mengambil keputusan untuk membuat nasi goreng daging. Nak dekat berbuka nanti, boleh hias nasi goreng dengan hirisan telur dadar. Ah! Masyuk!

daging menyorok di celah nasi kerana terlampau malu di'exposed'

Kalau boleh buat nasi goreng mentarang kan best? Bila makan nasi goreng mentarang kat Sekinchan hari Sabtu lepas, terasa kesedapannya sehingga sekarang (ke sebab aku puasa? Haha!)

mentarang. gambar recycle. haha!

Entri hari ini hanya tentang makanan. Mungkin dipengaruhi oleh kelaparan tahap maksima menyebabkan aku mahu upload gambar makanan dan membebel tentang makanan. Haha!

Sunday, September 18, 2011

mentarang oh mentarang~

Semalam seharian berjalan-jalan melihat alam. Dah lama tak menjengah rumah saudara di Bestari Jaya, Selangor. Ambil masa lebih kurang dua jam empat puluh minit untuk sampai ke sana. Kiri kanan pokok kelapa sawit. Adik lelaki aku sudah bertanya, jauh lagi kah? Hehe.

Tahniah buat Pengantin Baru. Moga kekal hingga akhir hayat. Insyaallah.

Dalam perjalanan pulang, pakcikku memberhentikan kereta. Dia ajak kami makan mentarang bakar. Pertama kali aku makan mentarang ni. Sebelum-sebelum ini aku cuma dengar cerita orang sahaja. Macam mana rasanya? Sedikit rasa seperti kerang dan lala. Cicah pulak dengan sos buatan sendiri (resepi tukang kedai). Minum air tebu sejuk. Memang masyuk ah. 

mentarang bakar

sangat menikmati mentarang sambil tertutup-tutup mata :)

Pakcikku membeli tiga kilo mentarang. RM8 satu kilo. Masa tu aku tak terfikir langsung untuk turut sama membeli. Bila sudah sampai rumah, ayah tanya kenapa tak beli mentarang, aku hanya mampu tersengih. Ampun bos! Saye terlupe. ^^

*ada orang tak suka kerang sebab dia kata tak sedap, ada hitam-hitam. hihi.

Friday, September 16, 2011

helmet ori

Laungan azan sayup-sayup kedengaran berkumandang dari masjid berdekatan. Orang ramai sudah berpusu-pusu memasuki rumah Tuhan. Sepasang mata melilau asyik dari kejauhan. Bebola matanya laju melihat kiri dan kanan. Dan akhirnya tertumpu kepada seorang lelaki. Lelaki itu sedang melilit-lilit tali helmet pada cermin sisi motornya sebelum beredar masuk ke masjid. Kadir tersenyum. Rezeki!

Apabila khatib mula membaca khutbah, tiada lagi kelibat manusia di perkarangan masjid. Kadir yang sejak tadi duduk atas kerusi batu bangkit lalu mendekati motor lelaki tadi. Dia pegang-pegang helmet berwarna biru gelap itu. Kadir membuka lilitan helmet dan perlahan-lahan menjauhi masjid. Dia senyum lagi. 

"Untung-untung boleh dapat RM50.00 ni kalau pandai nego," bisik Kadir perlahan. Terlupa agaknya dia seorang Islam. Kadir sempat membeli nasi bungkus sebelum pulang ke rumah.

Dalam masa yang sama, lelaki empunya helmet tadi keluar daripada masjid setelah selesai menunaikan kewajipannya. Dia lihat helmetnya sudah hilang. Dia diam. Kecewa. Sudah tersurat nasibnya begini pada hari ini. Namun dia pulang juga ke pejabat.

Di rumah Kadir. Malam.

"Hahaha! Cun jugak helmet ni," Kadir ketawa besar. Dibelek-belek helmet biru gelap itu. Sambil itu mulutnya rakus mengunyah ayam goreng.

Kadir tidak sedar ada kelibat manusia menghampirinya. Dia sedang asyik memeluk helmet biru itu. Kelibat manusia tadi semakin dekat dan tangannya menggenggam sebatang kayu besbol.

"Kadir!"

Kadir tersentak. Dia menoleh ke belakang. Mulutnya yang penuh dengan ayam goreng ternganga. Bertaburan isi-isi ayam atas lantai rumah. "Z...z...Zaman"

"Bila kau nak bayar duit aku ha? Dah tiga bulan aku tunggu! Pandai kau menyorok sana sini ha! Kau ingat aku tak tahu? Keparat!" Zaman menyepak kepala Kadir dengan kaki kanannya. Kadir tersembam. Zaman menghayun kayu besbol tepat mengenai tulang belakang Kadir. 

"Ahhhh!!!!" Kadir mengerang kesakitan. Zaman rentap Kadir dan mendudukkannya atas kerusi kayu usang. Dikeluarkan tali dan Kadir diikat sekuat mungkin.

"Zaman! Zaman! Aku bayar esok. Betul ni. Tolong aku Zaman!" Kadir merayu. Zaman tidak peduli. Dikeluarkan pula sebilah pisau rambo. Berkilat-kilat dan tajam rupanya. Mata Kadir membuntang. Dia kaget. "Zaman, jangan macam ni. Aku janji esok aku bayar duit kau,"

"Aku tengok engkau sayang sangat sama helmet biru gelap tu. Usah risau. Lepas ni engkau tak payah susah-susah nak pakai helmet lagi. Aku boleh buatkan helmet ori. Khas untuk engkau," kata Zaman. Dia mendekatkan pisau rambo ke kepala Kadir. Dia mula menarah kepala Kadir. Kulit Kadir tersiat seperti kulit buah epal yang dikupas. Zaman toreh lagi sehingga kelihatan isi putih tempurung kepala Kadir. Darah memercik sana sini. Kadir menjerit-jerit tanda sakit. Zaman menoreh dari dahi melepasi belakang leher dan bertemu semula ke dahi Kadir. Dicabutnya tempurung kepala Kadir yang dibasahi darah dan dilempar ke tepi. Zaman ludah otak berlendir Kadir. Kadir sudah nyawa-nyawa ikan.

Zaman mengambil kayu besbol dan dia mengangkatnya setinggi 90 darjah sebelum dihayun sekuatnya mengenai kepala Kadir. Kadir terus lembik. Zaman puas. Dia pergi meninggalkan Kadir. Zaman sempat mengerling helmet biru gelap.

"Huh..helmet picisan."


*buat sahabatku Tukang Karut, sabar banyak-banyak ya. Ada hikmah di sebalik kehilangan misteri helmet itu. who knows, aite?

Malaysiaku


Selamat Hari Lahir,Malaysia. Engkau Teristimewa. Sentiasa di hati.

satu enam kosong sembilan satu sembilan enam tiga.

Thursday, September 15, 2011

muzik

Pelbagai genre muzik dalam dunia dan aku pasti setiap daripada kamu punya muzik kegemaran sendiri. Aku pun sama. Sebelum ini aku menulis satu cerita ada kaitan dengan Slipknot. Bukannya aku merepek meraban tentang kumpulan itu. Aku ada ceritakan kepada beberapa orang sahabatku mengapa cerita aku ada sisipan tentang Slipknot. Ya, ada cerita di sebaliknya. Aku simpan sendiri ajelah (dan beberapa kawanku yang lain).

Ada satu lagi lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Korn. Amy Lee menyanyikan semula lagu Thoughtless. Dia buat cover. Aku suka sangat bila Amy Lee nyanyi lagu ni. ^^

Ada satu lagi lagu OST Nightmare Before Christmas, Sally's Song yang turut dinyanyikan semula oleh Amy Lee.

p/s: awak ingat lagu ni?

Tuesday, September 13, 2011

Slipknot

Keheningan pagi dihenyak dengan bunyi keras lagu Slipknot memekak alam. Tidur Brandon terganggu. Dipusing badan kiri dan kanan namun masih tidak selesa. Brandon merengus. Sudah acap kali lagu keras berkumandang di rumah sebelah. Bukan Brandon tidak pernah tegur, tetapi jirannya seperti tidak makan saman. Brandon panas hati. Dipaksa juga matanya lelap. Lewat pulang dari pejabat malam tadi buat dirinya keletihan tahap maksima. Tidur Brandon baru sahaja menginjak kepada tahap delta apabila jirannya menguatkan volume pembesar suara. Tahap paling tinggi. Lagu Slipknot lagi.

Brandon bengang. Bingkas bangun dan mula berjalan ke rumah sebelah. Kaki lima lengang. Jiran-jiran lain semua tidak mahu ambil peduli. Brandon ketuk pintu.

Tok..Tok.. "Dixon, buka pintu. Aku nak jumpa engkau"

Pintu dikuak sedikit dan seorang lelaki awal dua puluhan menjenguk. "Hey, Brandon!" Brandon terus menolak kasar pintu rumah Dixon. Dixon jatuh terduduk. Brandon mengunci pintu dari dalam.

"Hei! Apa ni, Brandon?! Keluar dari rumah aku!" Dixon masih memegang kepalanya yang pening terhentak daun pintu.

Brandon mencapai pasu bunga. Dia genggam erat. Mendekati Dixon yang masih terhuyung-hayang. Cuba berdiri. "Hei bangsat! Engkau ingat kondo ni bapak engkau punya?!" tangan Brandon menghayun pasu bunga,  kena tepat kepala Dixon. Dixon rebah. Darah mengalir dari celahan rambut. Pengsan lama.

Brandon beredar ke dapur Dixon dan mengambil gergaji, penukul dan pahat. Dia mula menggergaji kaki Dixon. Dimulai dengan peha. Percikan darah membasahi baju T putih Brandon. Seterusnya dia mengambil penukul dan pahat dan dia halakan kepada tulang tangan Dixon. Diletakkan pahat di celah-celah lipatan lengan dan dia ketuk sekuat hati dengan penukul. Longlai tangan Dixon. Kira-kira setengah jam kemudian, kedua-dua kaki dan tangan Dixon sudah tercerai dari badannya. Cuma tinggal kepala Dixon sahaja yang masih bercantum. 

"Dixon, tiga tahun engkau seksa aku dengan Slipknot. Sekarang, aku tolong cipta topeng Slipknot untuk engkau. Original punya. Haha!"


Brandon toreh muka Dixon dengan pisau. Kemudian menggergaji muka Dixon. Calar balar muka Dixon apabila gigi gergaji melalui kulit pipinya. Dahi Dixon diketuk kuat dengan penukul sehingga nampak isi daging. Rambut Dixon sudah merah diwarnai darah. Brandon selak singlet Dixon. Dia lukis gambar topeng Jeepers Creepers atas perut Dixon. Dada Dixon sudah berhenti turun naik.

Brandon berjalan keluar dari rumah Dixon. Masuk ke rumahnya dan sambung tidur.

"Ah...tenangnya"

*background song: Slipknot - Dead Memories.

Monday, September 12, 2011

arang

Daniel masih tekun menghadap komputer riba di pejabat mini dalam rumah banglonya. Bebola matanya sudah pedih menahan mengantuk namun tugasan pejabat menuntut dia meneruskannya. Apabila jarum menginjak ke angka dua, kerja Daniel selesai. Dia mengambil keputusan untuk tidur atas kerusi empuk pejabat mininya.

Daniel tersenyum dalam tidur. Mimpikan Katrina yang menggamit jiwa raganya. Baru sahaja jari-jari mulus Katrina ingin digenggam Daniel, tiba-tiba dia terbatuk. Batuk tanpa henti membuatkannya terjaga dari mimpi.

Mata Daniel pedih lagi. Kali ini bukan akibat mengantuk. Perlahan-lahan Daniel membuka kelopak matanya. Asap berkepul-kepul di udara. Daniel toleh kanan. Api. Daniel toleh kiri. Api. Daniel dikelilingi oleh api maha marak. Daniel berlari ke pintu dan cuba membukanya. Namun ia terkunci dari luar. Dicubanya pula tingkap berdekatan namun seperti sudah digam dari luar juga. 

"Uhuk..Uhuk.." batuk Daniel semakin parah. Api semakin menggila. Daniel Panik. "Tolong aku! Tolong!" Tangannya mengetuk tingkap mengharap belas kasihan. Semakin lama ketukannya semakin lemah.

Api mendekati Daniel. Mula-mula menjamah kaki seluarnya. Daniel cuba menepis tetapi badannya pula disambar api. Terasa kulit badannya panas tidak terkata. Daging perut Daniel mula melecur. Seperti daging lembu goreng. Daniel menjerit kesakitan. Tiba-tiba sebatang tiang menghempap Daniel. Daniel terhenyak ke lantai. Dia tidak mampu lagi melepaskan diri. Kudratnya sudah tiada. Terasa api menjamah kaki, tangan, rambut dan badannya. Daniel sudah tidak merasa apa-apa. Telinga menangkap bunyi seperti badannya digoreng rangup. Air mata Daniel mengalir namun ia cepat menjadi wap. Perkara terakhir dilihat cuma bumbung rumah menghempap kepala Daniel. Hitam. Menjadi arang.


Dari kejauhan kelihatan satu susuk tubuh merenung rumah terbakar tanpa emosi. Berlalu pergi meninggalkan sekujur tubuh hangus tidak terperi. Tangan menggenggam satu tong minyak tanah.

Dua minggu sebelum itu.

"Aku nak engkau gugurkan kandungan itu! Aku tidak peduli!" jerit Daniel seperti orang gila.

"Tapi Dan, ini anak engkau! Cinta kita!" Melina merayu.

"Ah! Mampos lah engkau, perempuan!" Daniel menolak kasar Melina. Melina terjatuh dari sepuluh anak tangga. Percikan darah mengalir menuruni celah kaki Melina. 

Melina menjerit kesakitan. Terasa seperti nyawa disentap kejam. Perutnya perit seperti dicucuk-cucuk pisau tajam. Melina pinta simpati Daniel. Namun Daniel memandang hina dan berlalu dari situ. Meninggalkan Melina terpisat-pisat. Melina menjerit sebelum pengsan.

Friday, September 9, 2011

tekan hingga ke teras bumi

Hidup dalam dunia yang luas ini mampu bikin kita terasa kecil sekecil-kecilnya. Ibarat anak kumbang merangkak ke sana ke mari atas daun hijau maha lebar. Diri tanpa autoriti membuatkan mudah dipijak-pijak tanpa belas. 

Ke sana kamu! 
Ikut.

Ke situ kamu!
Ikut.

Menjadi manusia-Ya. Paksa rela.

Buat manusia berautoriti, cuba guna akal fikiran kurniaan Ilahi. Bukan guna sesuka hati menghenyak manusia tanpa autoriti. Bicara memang mudah. Mata yang melihat jua mudah. Namun  bahu memikul terasa senget sebelah. 

Pincangnya suatu sistem bila tidak mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pincangnya sistem itu bila tidak mampu menggunakan akal manusia untuk kebaikan bersama. Pincangnya suatu sistem bila manusia berautoriti suka hati memijak remuk manusia tanpa autoriti.

Kecewa tanpa batas menjemput rasa hina tanpa henti. Tertanya sendiri. Apa guna diri? Jika dikerah tanpa peduli.


*ini bukan bicara politik.

Thursday, September 8, 2011

ada sesiapa mahu kongsi idea?

Aku menulis cerita berdasarkan imaginasi sendiri. Aku membaca blog kawan-kawan dan komuniti untuk mencari idea bagi dicorakkan menjadi cerita fantasi. Sering juga menggunakan nickname kawan-kawan blog sebagai penyeri. Seperti sekarang ini sudah ada storyboard dalam fikiran cuma belum lagi dicoret di laman ini. Aku tidak suka cerita kompleks dan rumit. Santai lebih senang di hati. Namun ada jua sedikit bayang hitam di sebalik santai itu. Bahagian k.e.l.a.b.u. sedikit dark

Ada sesiapa mahu menjadi salah satu watak cameo atau kongsi idea? Hihi. Cerita aku original daripada otak aku sendiri. Pintaku usahlah disalin tanpa kebenaran. Terima kasih.

Selamat Membaca Kawan-kawan.

Wednesday, September 7, 2011

bicara sama berukband

"celcom berukband. kamu mogok ya? kamu tentu fikir aku akan membaling kamu secara kejam ke dinding. tetapi aku bukan begitu. aku cuma akan rendam kamu dalam air sabun sambil kopak-kopakkan perisai plastik kamu sambil menarah isi perut yakni kad sim kamu. kamu kepingin?"





dan ada orang kata aku orang gila kerna menulis begitu. haha! aku tahu kamu berjenaka, kawan. aku gila. menarik >.<

wordless wednesday #9

Tuesday, September 6, 2011

insaf sikit

Doaku - Hadad Alwi

Terima kasih kepada Encik Axixou kerna memberitahu nama lagu ini :)

Monday, September 5, 2011

cintaku ibarat udara: raya sakan

"Assalamualaikum! Orlando oo Orlando!" jerit Dill. Selepas solat sunat Aidilfitri tadi dia cepat-cepat berlari ke rumah rakannya si Orlando.

Seketika kemudian satu susuk badan kecil mengintai dari pintu rumah Orlando. "Dill? Kejap, kejap. Gua turun," jawab Orlando sebelum masuk semula ke rumah. Laju sahaja dia mengunyah lemang dan rendang hasil air tangan emaknya. Hirup air sirap kemudian berlari ke arah Dill.

Orlando segak berbaju melayu warna ungu, songkok hitam terletak di kepala. Dill memakai baju kurung hijau jalur-jalur merah ungu, bertudung hijau. Dill lihat muka Orlando.

"Allah. Comot. Kamu ni memang tak reti makan ah. Haha!" Dill ketawa pabila melihat penuh sisa lemang dan rendang bertaburan di sekitar tepi mulut Orlando. Orlando buat muka masam. Dill hulur sapu tangan. Orlando ambil dan membersihkan mulutnya.

"Kita nak pergi mana ni wei?" kata Orlando sambil menghulurkan sapu tangan kepada Dill. Dill geleng kepala.

"Kamu basuh dulu. Lepas tu baru bagi balik kat orang. Kita pergi raya rumah TK nak?" saran Dill.

"Menarik gak tu. Untung-untung boleh dapat duit raya singgit"

Dill dan Orlando berjalan beriringan menuju ke rumah TK. Dalam perjalanan, mereka dihalang oleh Kudin, Sandi dan Nasrul.

"Oh ho! Sizuka dan Nobita jalan-jalan raya?" Kudin cuba memanaskan suasana.

"Boleh kami ikut?" Sandi mengusik sama. Nasrul mengekek ketawa.

Orlando maju ke hadapan. "Lu orang ape hal? Dengki sangat pon. Kami tak kacau korang, apsal nak kacau kami?"

"Hobi!" jawab mereka bertiga serentak.

Merah muka Orlando tahan marah. Dill sudah buat muka cuak. Dalam hatinya berdoa supaya diselamatkan mereka berdua dari sebarang marabahaya. Kudin, Sandi dan Nasrul memang suka cari pasal. Mereka semakin mendekati Orlando dan Dill. Kudin menjeling sungai di sebelah kanan mereka. Dia tersenyum.

"Aku tahu korang belum mandi. Aku tolong hantar korang ke sungai ya?" Kudin mendekati Dill. Orlando menolak Kudin sehingga terjatuh. "Kurang ajar kau Orlando!" Buku lima Kudin sudah digenggam dan bersedia untuk dilayang ke muka Orlando. Tiba-tiba terdengar derapan kaki. Laju.

Qaisarah datang dari arah belakang Orlando dan Dill. Kudin, Sandi dan Nasrul tersentak. Qaisarah mengejar. Mereka berlari tak cukup tanah dan masing-masing lompat ke dalam sungai. Kebasahan.

Orlando dan Dill ketawa melihat Kudin, Sandi dan Nasrul ketakutan. Orlando mengusap kepala Qaisarah.

"Terima kasih, Qaisarah."

Sunday, September 4, 2011

kilogram selepas raya

Ah ha! Macam mana kilogram kamu selepas raya? Seperti guni beras kah? Ops. |toleh kiri kanan| Tersasul pulak. Macam mana dengan Encek TK kita? Semakin cabi atau sudah ada six pack kah? Cik Keropi pasti semakin comel. Macam mana dengan Uncle Ghost? Semakin tough? Hihi.

Orlando macam mana? Dah beli guni beras baru? Eh, tersasul lagi. Slim kan? Senior Miz Novexx, semakin cun kan? Cik Lea Isnawi? Hulur sikit duet raya kat guwa! Hehe. Cik Aja, pasti slim !

Blog tips kurus, pastinya kurus! Rasenye tak de kilogram yang naik. Kawan-kawan lain macam mana? Anip? Asyila? Arabella? PenjajahMinda? Penaberkala? Amna? Chemay? Chilled? Abang Zam (confirm kurus!) Haha! Liyana? Anis Mohd, ni budak kecik.Tak boleh besar-besar kot. Ahaks.

Dan kawan-kawan yang tak sempat guwa sisipkan di sini, macam mana dengan kilogram kamu? Berjaya mencapai berat badan ideal?

Guwa? Sempat menimbang di Tesco dua hari lepas. Kebetulan Ayah ada di sebelah tika nombor kilogram tertera di mesin penimbang digital. Ayah terus lihat nombor.

"Kamu kena tambah sikit berat. Jadikan 55kg"

What?! Mana nak cari! -_-"

Twinscraftlife's 3rd Lucky Draw ♫

starts on 3rd Sept 2011 - 3rd October 2011

Korang! Korang! Blog Twinscraftlife ade buat lucky draw! Hadiah memang menarik! Nak tengok hadiah? Klik sini. Blog ni ada jual macam-macam produk kreatif, unik dan comel! Lagi satu korang boleh order apa jua barang ikut kreativiti korang. Yang penting consult dengan Twinscraftlife okei!

Operasi menge'tag' kawan-kawan!

Saturday, September 3, 2011

KL. duh.

Alhamdulillah selamat sampai kira-kira tiga jam lalu. Walaupun tiada sesiapa yang tanya, aku sibuk jugak nak kasitau. Haha!

Terima kasih kepada Ayah kerna sudi menghantar anaknya yang comel gemuk ini ke Kuala Lumpur. Terima kasih Adik kerna sudi menemani Ayah. Terima kasih kerna sudi menadah telinga mendengar mulutku pot pet pot pet yang kadang-kadang hanya  berhenti bila aku letih. ^^

Selamat malam Ayah dan Adik. Cuma aku sahaja sendiri melayan Mukabuku dan blog.