Hidup dalam dunia yang luas ini mampu bikin kita terasa kecil sekecil-kecilnya. Ibarat anak kumbang merangkak ke sana ke mari atas daun hijau maha lebar. Diri tanpa autoriti membuatkan mudah dipijak-pijak tanpa belas.
Ke sana kamu!
Ikut.
Ke situ kamu!
Ikut.
Menjadi manusia-Ya. Paksa rela.
Buat manusia berautoriti, cuba guna akal fikiran kurniaan Ilahi. Bukan guna sesuka hati menghenyak manusia tanpa autoriti. Bicara memang mudah. Mata yang melihat jua mudah. Namun bahu memikul terasa senget sebelah.
Pincangnya suatu sistem bila tidak mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pincangnya sistem itu bila tidak mampu menggunakan akal manusia untuk kebaikan bersama. Pincangnya suatu sistem bila manusia berautoriti suka hati memijak remuk manusia tanpa autoriti.
Kecewa tanpa batas menjemput rasa hina tanpa henti. Tertanya sendiri. Apa guna diri? Jika dikerah tanpa peduli.
*ini bukan bicara politik.
*ini bukan bicara politik.
23 comments
kadang maruah yang tidak berautoriti hanya dipijak sesuka hati oleh yg berautoriti.
akal... ada batas nya... haqNya, tiada terbatas... Sistem ciptaan adalah akal...
sabar awak...
dikerah tanpa dipeduli bila manusia yg mngerah tu takde naluri kemanusiaan...apa kes.
umpama lembu dicucuk hidung. payah.
woo,
kau mcm bermonolog.
??
Cool !
biasalah.
manusia bila berkuasa.
lupa semuanya
:(
tu la bl dgn manusia
kata abang...kt xsuka bl org buat gtu kn?jd kt jgn buat cmtu kt org
dk pegang kata2 angah smpai skg.^^,
wah cantik bahasa dia...hi3..sabar k Dill, jgn biarkan diri kita di pijak2..
yg penting dalam hati mau tenang dan 'gembira'
;D
perit~ bertahan!!
kuasa buat manusia GILA
bila yang haq diganti dengan batil, itu lah jadinya.zalim? ada mereka kesah? ramai lagi yang senget bahu.tambah2 yang berjuang hidup kat bandar2 besar berlapikkan spm/sijil semata-mata.rela paksa? ya!
politik..politik.. hahaha.
baa~ CAK!!
pasal cukai reload ke ni? haha
selagi kita berurusan dengan manusia..
jgn jadi lembu dicucuk idong ..huhu
tiada berfikiran
aaaa..apik tak paham..hehehe
manusia y maju akn terus maju..y mundur ditindas abis-abisan!
Fitrah insani itu lebih banyak yg buruk walau yang baik dari-NYA lbh bnyk yg boleh dipilih.. Kite punya satu hati namun dgn pelbagai rasa.. :)
aku kuli kuli je..aku ikut arahan bos.. (er ada kaitan tak dgn entry ni haha)
Ya. Manusia itu diberi akal. Kerana kita istimewa.. Gunalah sebaiknya.