cintaku ibarat udara. ia ada di mana-mana untukmu.
Walau usia perkenalan kita baru setahun jagung, namun kurasakan perkenalan kita seperti sudah bertahun-tahun lamanya. Perasaan 'warm' yang aku rasa membuatkan aku sentiasa teringatkan kamu.
Aku menggilai senyumanmu.
Aku menyukai tutur katamu.
Aku paling tidak lupa tika kamu mengalunkan beberapa potong ayat dari surah Yasin.
Adakah ini cinta? (aku malu-malu tika menaip ayat ini)
Kita masih tidak berpeluang bertentang mata secara 'live' kerna kamu kesibukan. Ya, aku memahami tugas kamu. Aku tidak merungut kerna tugas kamu mengikat diri kamu. Kamu sentiasa di hatiku.
Tetapi baru-baru ini aku menerima berita yang bisa membuat jantungku gugur. Terpampang di mana-mana gambar kamu bersama seorang perempuan. Wajah kamu ceria. Hatiku terluka. Sampai hati kamu buat aku begini. Aku tahu aku tidak secantik perempuan itu. Tetapi aku ikhlas menyayangi kamu. Nampaknya kasih sayangku tidak mampu untuk mencapai diri kamu. Aku pasrah.
Oh Johan~
Cis Fasha!
Sekian.
Aku yang pasrah,
Dill.
21 comments
hehe
amboi cik dill.
jatuh hati dgn johan ?
argh..sepak pompuan itu jauh2!~
hmmm... sy rindukan dia walau setahun telah berlalu tanpa dia.. huhu
dilamun cinta yer.. setiap perkara yang berlaku ada sebab dan hikmahnya :)
take care dear
amboi dill.. haha~~
pompuan mmg suka org glamer ye.. ahakss
tak pe... encik orlando yang hot dan seksi tu masih belum berpunya...
spe johan tu?x knl pun.
dill..kaklimah jugakk kecewa T_T dye sgup break dgn kaklimah semata2 kerana fasha :(
dill..ganbatte...fasha or fish..aaa
haha
kau suke botak juvana?.
err ..
ohsem gila.
Tapi lakonan Johan memang ada style lah!
Kalau tak silap dia ni dulu sekolah agama sampai ke INDO.. ;)
jangan risau,dill.takkan bertahan lama punya hubungan dowang tuh.
setuju dgn encek TK!~ ;p
haha , sabo jep la
oohh,,,jatuh cinta kt johan ek,,hehe,,bile nak luah tu,,hehe,,suka bait2 ayat awk tu,,BW here and follow skali,,,nice blog!
wah berangan nampak...kemain lagi.. hahahaha si Botak jugak yg ko nak kan..:D
laaa... ingatkan Ah Tat tadi ...he he he he
hahahhahaha, dah tau da Dill minat sape..kikikiki...sabo jole...
hahahahaha
arghh dill!!
teruskn berjuang.hehehe