Saturday, October 1, 2011

terkesima dengan dia

Hebatnya dia dalam berpuisi bikin aku terawang sendiri.
Lewat sore Jumaat, aku sendiri bersama daging-daging bernyawa lain berada dalam sistem aliran transit ringan  menuju destinasi masing-masing.

"Stesen berikutnya, KLCC. Next station, KLCC." Berkumandang suara merdu wanita robotik di corong pengumuman setiap gerabak. Aku berdiri di tepi pintu automatik. Cuba mengecilkan diri sebaik mungkin untuk memberikan setiap inci ruang kepada daging-daging bernyawa untuk menyelit sama.

Pintu terbuka. 

Berderu masuk semua. Mataku terpaku kepada satu susuk tubuh kurus. Dia melangkah masuk. Ditemani seorang wanita. Kukira isteri tercintanya.

Pintu tertutup semula.

Tangannya memegang beberapa karung plastik. Salah satunya tertera tulisan Kinokuniya. Yah, aku tahu dia suka membaca. Sebelum ini pernah terjumpa dengannya di MPH, Midvalley Megamall beberapa tahun yang lalu.

Dia mudah kukenali kerna stail rambut dan janggutnya yang hebat. Cermin mata simple dan stail pemakaian ringkas. Berdiri terhuyung-hayang dalam gerabak. Aku pelik mengapa tiada siapa yang sudi mempersilakannya duduk. Dia jua seorang tua.

Gerabak semakin sendat. Dia semakin terhimpit. Akhirnya dia berdiri di sebelahku. Aku sangat gembira tak terkata. Jika ada kawanku di situ sudah pasti aku pinta tangkapkan gambar momen kami bersama. Hati aku terjerit-terjerit mahu bersuara. Namun mulutku terkunci. Tidak ada sebait perkataan mampu diluahkan. Ya, aku terkesima.

Akhirnya aku sampai jua ke destinasiku. Aku sempat menghadiahkan senyuman. Aku harap dia perasan senyuman aku. Semoga berjumpa lagi, Pak Samad.

A. Samad Said.

16 comments

October 1, 2011 at 5:53 PM

baa~ CAK!!

waa.. gile la.. jmpe pak samad!!

October 1, 2011 at 5:59 PM

abg percaya mst terlintas dihati kecil pak samad akn kekesalannya terhadap ank muda skrg.

October 1, 2011 at 6:08 PM

waaaaaa..jmpe a samad said tuuuuuu

October 1, 2011 at 6:10 PM

kesian, takde org kasik can untuk duduk

terbaik la dill, dpt jumpa pak samad
rugi laa tak tegur org ternama

October 1, 2011 at 6:31 PM

weewiittt,


untungnya beliau dpt jump dill.


kankankan ?

October 1, 2011 at 6:42 PM

waaaahh jumpa a samad said !! ..:D
lama sy idamkan tu ..hehe

October 1, 2011 at 7:09 PM

aku biasa terjumpa... hoho... dengan capal atau selipar jepunnya...

October 1, 2011 at 7:35 PM

citer yg best dill!hihi tp xsngka org 2 A Samad Said.

October 1, 2011 at 7:38 PM

dill.. im his die-hard fan!!! OMG!!! I love him as writer/novelist/scholar n everything.. I adore him so muchh!!!! Pnh jumpa dia kat mid dlu dgn wife die.. Die sgt humble...

October 1, 2011 at 7:48 PM

org tua n dikenali cmtu pun xd orng kasi ruang utk duduk ke..emmmm

October 1, 2011 at 8:38 PM

Fuuyooooooooooo, beruntungnya Dillll...hihihi

October 1, 2011 at 10:05 PM

dill..muni minat dia..minat sgt2..xtaw la ada peluang jumpa tak

October 1, 2011 at 10:50 PM

Sal pun penah terserempak dia sekali dua~ =)

October 2, 2011 at 12:22 AM

dulu slalu juga terserampak dgn dia biasa kat area cm ... he he he he... bila la nak terserempak dgn ah tat pulak...he he he he

October 2, 2011 at 1:16 PM

den pun peminat a samad said...sila kirim salam.

October 20, 2011 at 1:24 AM

perghh... patut ambik gmbr sat.. hehe

Post a Comment