Alan berdiri sendiri di balkoni kondo. Merenung jauh. Dalam kegelapan malam hanya kelihatan kelip-kelip lampu Menara Kuala Lumpur dari kejauhan. Seperti melambai-lambai Alan supaya ke sana. Sehelai kertas keronyok digenggam Alan. Perlahan-lahan dibuka kembali.
Alan merenung kertas merah jambu itu. Masih ada kesan gincu pujaan hati Alan, Mira. Serentak itu jua Alan teringat tika Mira menghulur kertas merah jambu dia sempat mengucup penuh kasih atas kertas itu. Alan menyambutnya dengan gembira.
"Mira sayang Alan," ucap Mira dengan mata berkaca. Alan tersenyum bahagia.
Namun ia hanya tinggal kenangan. Alan menapak perlahan menuju ke bilik air. Sekujur tubuh seperti sedang bersantai dalam tab mandi. Alan mendekati tubuh itu. Diusap-usap rambut ikal mayang empunya tubuh.
"Alan sayang sangat Mira. Tapi Mira buat Alan sedih," Alan bicara sendiri.
Dua puluh empat jam sebelum itu.
"Hello, Mira! Alan ingat nak ajak Mira tengok wayang malam ni. Jom! Alan belanja!"
"Sorry, Alan. Mira kena stay back kat ofis. Banyak kerja. Bos Mira dah bising-bising. Lain kali kita jumpa ye?"
"Hmm.." keluh Alan. Belum sempat dia berkata apa-apa, Mira memutuskan talian. Alan sudah berada di hadapan pejabat Mira. Malangnya Mira sibuk. Baru sahaja Alan ingin beredar, matanya terlihat dua merpati sejoli sedang bermesraan sambil menuju ke taman bunga berdekatan. Kekasih Alan sedang asyik berpelukan dengan seorang lelaki. Kadang-kadang Mira kucup pipi lelaki itu.
"Mira..." Alan berkata perlahan. Hatinya perit. Alan menunggu dan menunggu. Melihat sandiwara di hadapan mata buat hatinya terasa dirobek-robek dengan kerambit.
Sepuluh minit. Dua puluh minit. Tiga puluh minit. Satu jam Alan menunggu. Akhirnya Mira dan pasangannya beredar daripada taman. Nasib Alan baik kerna mereka pulang berasingan. Alan menghidupkan enjin keretanya dan mula mengekori kereta Mira. Sepuluh minit perjalanan, sampai sudah ke kondo Mira. Alan menunggu Mira memasuki pintu lif sebelum dia masuk ke lif yang satu lagi. Sampai ke tingkat lapan belas. Mira keluar. Menuju ke pintu rumahnya. Sibuk membuka pintu rumah sehingga tidak sedar Alan sudah berada di belakang.
"Mira"
Mira tersentak. "Eh, Alan. Mira tak tau Alan nak datang," Mira senyum kelat. Alan menolak kasar badan Mira masuk ke dalam rumah. "Alan, kenapa tolak-tolak Mira ni," Mira marah.
"Mira, Alan sayang Mira. Sayang sangat-sangat. Tapi Mira curang dengan Alan," Alan meluahkan apa yang terbuku di dada. Sebelum sempat Mira menjawab, Alan menarik rambut Mira sekuat hatinya. Diseret Mira masuk ke bilik air. Dicarik-carik baju Mira sehingga kelihatan pakaian dalam Mira. Alan ikat tangan dan kaki Mira.
"Sekarang, Alan mahu Mira masuk dalam tab mandi ni. Masuk!" arah Alan. Terketar-ketar Mira masuk. Air matanya mengalir deras. Merosakkan make up yang sedia ada. Alan membuka paip dan air mula memenuhi tab mandi.
"Alan, Mira minta maaf. Mira janji tak buat lagi," rayu Mira. Alan buat tak tahu dengan rayuan itu. Tangannya mencapai serbuk pencuci jenama terkenal dan menuang ke dalam tab. Buih-buih mula terbentuk. Mira kaget. Air semakin penuh. Alan mula menekan kepala Mira sehingga tenggelam. Mira meronta namun dia tidak mampu melawan tenaga jantan Alan. Alan tekan dan terus menekan. Sehingga tiada lagi rontaan. Tiada nafas lagi yang keluar dari rongga pernafasan Mira. Alan ambil pisau lipat dan mula menoreh muka Mira. Tulisan halus-halus.
Buih-buih cinta kamu tidak kekal. Pecah pabila terbang ke udara. Seperti jua nyawa kamu. Hilang bila aku carikkan.
Air sabun bertukar warna. Merah darah penuh semua. Alan bingkas bangun dan menuju ke balkoni. Senyap sunyi.
"Cinta? Ah! Persetankan!" bisik Alan.
38 comments
apabila syaitan merasuk diri...
adesh~sadis gila.
kasihan alan, sampai gila. iskk~
jahatnya alan..dia bunuh mira? huhuhu..tak guna punya jantan..
nak je buat camtue.tapi dalam angan2 je la.
cinta~~~
cinta yang sadis... layang oooo.... he he he he...nasib baik Ah Tat tak curang kalau tak ho ho ho .... masuk longkang wooo...he he he he
takot nak bercinta
pesen tak pikir panjang.
kejamnya cinta
terasa seperti mahu menyambung cerita ini dalam bentuk seram pulak... hoho...
CINTA ITU MEMBUNUHKU :(
luv,
cik ana :)
Adeii...cinta itu melalaikan... cinta pada Allah gak yg kekal...
dua2 salah..mira salah sb curang..alan salah sb terlalu ikt nafsu smapi sgup bunuh mira..ahahha :P
erm.
cinta gila. gila cinta
aaaa...tamo la cinta camni..hehe
hmm. bila emosi dah tak terkawal. mcm tu lah jadinya kan. ;)
best!
awal2 jat tahu mesti mira 2 da mati dlm tab mandi.hihi
wow! dah macam Kontrol Histeria plak aku baca. hihi
love's scary...
even with the nicest person on earth
aiyoooo ngerinya...tu lah, lain kali jangan mainkan perasaan orang
tragis betul!
tp jgnlah jd bodoh kerana cinta.
like this entry dill (:
gulp!
serius menakutkan
harap tidak ketemu lelaki yg taksub dgn cinta cmni
huhu
tragis!nk bt mcm tu jgk la.
menakotkan !
wow!
nih kalau aku fikirkan pasal si Orklando nih,mesti mati-mati dia cakap bukan.haha
*cinta benar-benar membunuh dan terbunuh.
padan muka..
tula curang lagi....
hahaha
salah mira.
then alan pulak dah possessed by anger.
takott baca entry nieee
>.<
cinta mampu mengubah apa pun , huhu hanya kerana itu .
fuhhhh
...
dill x suka org curang
n
dill agak menakutkan
hahahaa
haaaaaaa...xmo3!! hope comot xjd cmtu..aminn
cinta itu boleh membutakan hati dan perasaaan...
kejam gila alan..kanapa perlu sampai membunuh mira.. itu la mungkin yg berlaku jika manusia hilang pertimbngan..jeles dendan..dan sakit hati..
btw, darah datang drpd mana.. mati lemas ada darah meh? hehehehe saja sakat..! :P
persetan! errgh. suka perkataan dill yg ni ^^
Oh Alan... jangan kau persetankan bende penting tu.. Allan tu nama lecturer aku haha..
dill....hebat2....*tepuk tangan kuat2
wahhh takutnya ade bf psiko..haha
sanggup bunuh2 gitu.. =,="