Keheningan pagi dihenyak dengan bunyi keras lagu Slipknot memekak alam. Tidur Brandon terganggu. Dipusing badan kiri dan kanan namun masih tidak selesa. Brandon merengus. Sudah acap kali lagu keras berkumandang di rumah sebelah. Bukan Brandon tidak pernah tegur, tetapi jirannya seperti tidak makan saman. Brandon panas hati. Dipaksa juga matanya lelap. Lewat pulang dari pejabat malam tadi buat dirinya keletihan tahap maksima. Tidur Brandon baru sahaja menginjak kepada tahap delta apabila jirannya menguatkan volume pembesar suara. Tahap paling tinggi. Lagu Slipknot lagi.
Brandon bengang. Bingkas bangun dan mula berjalan ke rumah sebelah. Kaki lima lengang. Jiran-jiran lain semua tidak mahu ambil peduli. Brandon ketuk pintu.
Tok..Tok.. "Dixon, buka pintu. Aku nak jumpa engkau"
Pintu dikuak sedikit dan seorang lelaki awal dua puluhan menjenguk. "Hey, Brandon!" Brandon terus menolak kasar pintu rumah Dixon. Dixon jatuh terduduk. Brandon mengunci pintu dari dalam.
"Hei! Apa ni, Brandon?! Keluar dari rumah aku!" Dixon masih memegang kepalanya yang pening terhentak daun pintu.
Brandon mencapai pasu bunga. Dia genggam erat. Mendekati Dixon yang masih terhuyung-hayang. Cuba berdiri. "Hei bangsat! Engkau ingat kondo ni bapak engkau punya?!" tangan Brandon menghayun pasu bunga, kena tepat kepala Dixon. Dixon rebah. Darah mengalir dari celahan rambut. Pengsan lama.
Brandon beredar ke dapur Dixon dan mengambil gergaji, penukul dan pahat. Dia mula menggergaji kaki Dixon. Dimulai dengan peha. Percikan darah membasahi baju T putih Brandon. Seterusnya dia mengambil penukul dan pahat dan dia halakan kepada tulang tangan Dixon. Diletakkan pahat di celah-celah lipatan lengan dan dia ketuk sekuat hati dengan penukul. Longlai tangan Dixon. Kira-kira setengah jam kemudian, kedua-dua kaki dan tangan Dixon sudah tercerai dari badannya. Cuma tinggal kepala Dixon sahaja yang masih bercantum.
"Dixon, tiga tahun engkau seksa aku dengan Slipknot. Sekarang, aku tolong cipta topeng Slipknot untuk engkau. Original punya. Haha!"
Brandon toreh muka Dixon dengan pisau. Kemudian menggergaji muka Dixon. Calar balar muka Dixon apabila gigi gergaji melalui kulit pipinya. Dahi Dixon diketuk kuat dengan penukul sehingga nampak isi daging. Rambut Dixon sudah merah diwarnai darah. Brandon selak singlet Dixon. Dia lukis gambar topeng Jeepers Creepers atas perut Dixon. Dada Dixon sudah berhenti turun naik.
Brandon berjalan keluar dari rumah Dixon. Masuk ke rumahnya dan sambung tidur.
"Ah...tenangnya"
*background song: Slipknot - Dead Memories.
24 comments
ganaznya dgr lagu slipknot.. xP
p/s: ni cerita horror ke? toreh2 segala ni. =,="
Sebab pencemaran bunyi smpai bertoreh-toreh bagai.. bawak2 berunding..
tp tak mustahil akan berlaku, sebab remote control pun boleh bercerai.. inikan pula lagu slipknot dead memories.. memang bingit
crita darah2 ni, saye mabuk darah ni laling...
baru dengar slipkot dah taksub macam tu...haha...jeepers creepers tu style...
aiyaakkk!! sudah tukar tema 18SG kah???
mak datuk!! ganas nya lagu background hahaha.
wah ganasnye cite Dill..hi3
Dilla an awesome story! It just makes me bit embarrassed to like Slipknot!
hoho... yang ni terbaik... hohohoo...
mak aih..genre ganas nih..he
kalah cita saw ni, hahaha :) ganaih wacakapsamalu !
rare gilaa kot.
kesabaran tercabar tahap maksima tu~
alamak..npe la ct bace bende neh malam2..menakotkan..hOhO..kesimpulannyer jgn la pasang lagu kuat2...huhuhu
OMG!!!
feels like real!
trauma lak wlupun sekadar cite rekaan...huhu
pergh...18SG
errkk mengerikan
haha..nice..slipknot
wait and bleed.
.i like slipknot
.i'm a MAGGOT
matila kena gergaji..hahaha
tak blh nak bygkan..:P
lagu dowang mmg terbaik..
baru layan pale..
http://khairulakmalazman.blogspot.com/2011/09/poyoness-siapa-najwa-latiff-awek-mane.html
yuhuuuu...whoaaaa manyakk ganazz woo. wa jadi takut woo...
aku pnh mimpi geng slipknot kejar aku pasal apa nta..seram gila ! sumpah aku cuak ! teruih aku sembunyi dlm surau wey..betul,,ney mimpi aku pasl slipknot.