Friday, September 16, 2011

helmet ori

Laungan azan sayup-sayup kedengaran berkumandang dari masjid berdekatan. Orang ramai sudah berpusu-pusu memasuki rumah Tuhan. Sepasang mata melilau asyik dari kejauhan. Bebola matanya laju melihat kiri dan kanan. Dan akhirnya tertumpu kepada seorang lelaki. Lelaki itu sedang melilit-lilit tali helmet pada cermin sisi motornya sebelum beredar masuk ke masjid. Kadir tersenyum. Rezeki!

Apabila khatib mula membaca khutbah, tiada lagi kelibat manusia di perkarangan masjid. Kadir yang sejak tadi duduk atas kerusi batu bangkit lalu mendekati motor lelaki tadi. Dia pegang-pegang helmet berwarna biru gelap itu. Kadir membuka lilitan helmet dan perlahan-lahan menjauhi masjid. Dia senyum lagi. 

"Untung-untung boleh dapat RM50.00 ni kalau pandai nego," bisik Kadir perlahan. Terlupa agaknya dia seorang Islam. Kadir sempat membeli nasi bungkus sebelum pulang ke rumah.

Dalam masa yang sama, lelaki empunya helmet tadi keluar daripada masjid setelah selesai menunaikan kewajipannya. Dia lihat helmetnya sudah hilang. Dia diam. Kecewa. Sudah tersurat nasibnya begini pada hari ini. Namun dia pulang juga ke pejabat.

Di rumah Kadir. Malam.

"Hahaha! Cun jugak helmet ni," Kadir ketawa besar. Dibelek-belek helmet biru gelap itu. Sambil itu mulutnya rakus mengunyah ayam goreng.

Kadir tidak sedar ada kelibat manusia menghampirinya. Dia sedang asyik memeluk helmet biru itu. Kelibat manusia tadi semakin dekat dan tangannya menggenggam sebatang kayu besbol.

"Kadir!"

Kadir tersentak. Dia menoleh ke belakang. Mulutnya yang penuh dengan ayam goreng ternganga. Bertaburan isi-isi ayam atas lantai rumah. "Z...z...Zaman"

"Bila kau nak bayar duit aku ha? Dah tiga bulan aku tunggu! Pandai kau menyorok sana sini ha! Kau ingat aku tak tahu? Keparat!" Zaman menyepak kepala Kadir dengan kaki kanannya. Kadir tersembam. Zaman menghayun kayu besbol tepat mengenai tulang belakang Kadir. 

"Ahhhh!!!!" Kadir mengerang kesakitan. Zaman rentap Kadir dan mendudukkannya atas kerusi kayu usang. Dikeluarkan tali dan Kadir diikat sekuat mungkin.

"Zaman! Zaman! Aku bayar esok. Betul ni. Tolong aku Zaman!" Kadir merayu. Zaman tidak peduli. Dikeluarkan pula sebilah pisau rambo. Berkilat-kilat dan tajam rupanya. Mata Kadir membuntang. Dia kaget. "Zaman, jangan macam ni. Aku janji esok aku bayar duit kau,"

"Aku tengok engkau sayang sangat sama helmet biru gelap tu. Usah risau. Lepas ni engkau tak payah susah-susah nak pakai helmet lagi. Aku boleh buatkan helmet ori. Khas untuk engkau," kata Zaman. Dia mendekatkan pisau rambo ke kepala Kadir. Dia mula menarah kepala Kadir. Kulit Kadir tersiat seperti kulit buah epal yang dikupas. Zaman toreh lagi sehingga kelihatan isi putih tempurung kepala Kadir. Darah memercik sana sini. Kadir menjerit-jerit tanda sakit. Zaman menoreh dari dahi melepasi belakang leher dan bertemu semula ke dahi Kadir. Dicabutnya tempurung kepala Kadir yang dibasahi darah dan dilempar ke tepi. Zaman ludah otak berlendir Kadir. Kadir sudah nyawa-nyawa ikan.

Zaman mengambil kayu besbol dan dia mengangkatnya setinggi 90 darjah sebelum dihayun sekuatnya mengenai kepala Kadir. Kadir terus lembik. Zaman puas. Dia pergi meninggalkan Kadir. Zaman sempat mengerling helmet biru gelap.

"Huh..helmet picisan."


*buat sahabatku Tukang Karut, sabar banyak-banyak ya. Ada hikmah di sebalik kehilangan misteri helmet itu. who knows, aite?

27 comments

September 16, 2011 at 10:37 PM

helmet punya hal.

September 16, 2011 at 10:47 PM

okay . makna nya bukan anis sorang je pernah terfikir benda kejam macam tu eh . cuma kekejaman yang berbeza . hahaa

September 16, 2011 at 11:00 PM

erk.... macam baca kt kontrol histeria... seram...

September 16, 2011 at 11:01 PM

mak aih..seriau baca nih

September 16, 2011 at 11:03 PM

gila dasat si zaman tu. helmet kawan aku dah hilang 5kali dalam satu semester. Dasat tak?

September 16, 2011 at 11:14 PM

kamu memang pandai buat org rase gerun...nak termuntah darah ase..hOhO..

September 16, 2011 at 11:23 PM

sumpah,ngeri gile!



(^_^)

September 16, 2011 at 11:33 PM

guna kulit tembikai serkup kepala...

September 16, 2011 at 11:42 PM

hahahaah
kesian abg TK kita yekk

September 17, 2011 at 12:28 AM

"Helmet pun Ashraf nak beli yang designer's label. Nasib tak guna duit aku," kata Amer yang sedang membayar bil online

September 17, 2011 at 1:10 AM

dill.....mcm tragisnya...=)

September 17, 2011 at 6:13 AM

helmet hilang boleh beli baru, ic hilang atau dicopet, kena denda lo! kalau si dia hilang, dot dot dot...!!

September 17, 2011 at 7:46 AM

dill..

siyes rasa takut.
mujo baca pagi.
kalau baca waktu mlm ni tak danya sy berani nk tido srg2 k umah ni.huhu

September 17, 2011 at 7:58 AM

isk... aku idok ler kejam bebenor begitu rupa bedah oi... hoho... itu kejam tu...

September 17, 2011 at 10:25 AM

uit...ini cite psl TK ni...hi3.. kesimpulan die, setiap perbuatan pasti ade balasannya..

September 17, 2011 at 10:35 AM

itu ibarat imaginasi balas dendam..kasi lanyak dia habis2an!~

*byk2 sabar ye TK~

September 17, 2011 at 11:55 AM

mak oiii..ganass 18SG ni

September 17, 2011 at 7:41 PM

takot jugakan...;d.../salam kenal..;d

September 18, 2011 at 12:55 AM

wooo,

kejam gila. Berapa je hutang si kadir tu ?


Err, aku dah halal kan dah helmet tu.


AHHAHAHA

September 18, 2011 at 1:33 AM

rasakan kadir pencuri helmet hahaha imajinasi dill ni ganas sgt la.. suka main toreh2 gergaji bagai.. hahaha

September 18, 2011 at 2:08 AM

hoho .. kerana helmet bdn binasa .. seram2 ..

September 18, 2011 at 2:30 AM

Uishhh... kejamnya... tak mo la lagu tu...

September 18, 2011 at 8:32 AM

Kejam gile oke. HAHA

September 18, 2011 at 11:57 AM

hoho,dill pnya imagination ni,seram jat.haha.

September 18, 2011 at 12:46 PM

kerana helmet

September 19, 2011 at 9:47 PM

mak aih...smpai nmpk tempurung kepala.entri ni mcm lepas geram je..hahah..berbr la.setiap perbuatan ada pembalasan.

October 23, 2011 at 9:38 PM

memang kecut perut bace entry nii . huh ! berderauu . *ceh , over pulakk . HAHA

Post a Comment