Kamu sudah bosan dengan aku kah? Buat pengetahuan kamu, aku tidak pernah memaksa kamu untuk menyayangi, mencintai dan merindui aku. Aku tidak paksa kamu untuk terus bersamaku. Mencintai tidak semestinya memiliki. Jika kamu sudah suka orang lain, nah...Pergi sahaja kepadanya. Tidak perlu berselindung lagi.
Kamu kata kamu tidak tahu apa-apa. Atas alasan apa yang boleh membuatkanku percaya kepada kamu lagi? Kerna kasih sayangmu? Ia bukannya boleh menjamin apa-apa. Bukannya kasih sayang itu laksana cermin yang boleh memantulkan aktiviti kamu di luar sana.
Ya...Ya...aku tahu sebelum ini aku katakan aku cuba untuk percaya. Tetapi aku juga manusia biasa. Bila diasak dengan pelbagai perkara, aku jua mampu jatuh. Aku bukannya malaikat. Tidak mempunyai perasaan. Aku hanya manusia biasa. Kaya dengan pelbagai perasaan. Kamu mahu perasaan yang mana satu? Semua ada.
Sahabatku pernah bertanya. Apa perasaan aku pada kamu. Sebenarnya tika itu aku tiada jawapan. Jika difikirkan semula, aku tiada perasaan apa-apa pada kamu setelah apa yang berlaku. Kejam bukan? Terasa seperti aku yang dahulu. Hidup sendiri. Aku masih boleh meneruskan kehidupan. Masih bernafas. Tidak mati. Hidup mati di tangan Allah s.w.t.
Tetapi aku dengan sedaya upayaku mengatakan, aku sayang kamu. Ya, hati aku sakit bila ada parasit menghantar mesej jiwang dalam kotak mesej mukabuku kamu. Aku benci parasit gedik. Sialan!
Boleh kamu biarkan perasaan aku tenang? Biar untuk sekejap cuma? Aku terlalu demand kah?