Alhamdulillah, punya sedikit masa untuk menulis di sini. Aku sering online di Facebook dan Google Plus tetapi takat online je lah. Untuk berinteraksi, jarang-jarang sekali. Tidak punya idea untuk menulis apatah lagi untuk membebel.
Sedikit masa lagi kita akan beramah mesra dengan Ramadhan. Aku harap kawan-kawan semua dah selesai mengganti puasa ya. Jangan sampai kena bayar fidyah pulak :)
Sekarang ni memang agak sibuk. Rasanya kesibukan akan sedikit berkurangan selepas bulan September. Harapnya masih boleh menulis seperti dahulu.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih setia mengunjungi blog aku. Maaf jika aku tidak membalas kunjungan. Aku gagal menjadi rakan yang baik kan? Maafkan aku. Aku akan cuba sedaya upaya membaca entri korang. Sebenarnya aku ada membaca entri korang walaupun aku tidak meninggalkan komen. Kadang-kadang otakku blank. Tidak dapat generate komen yang bernas. Hehe.
Selalunya aku akan menulis di Warna Kaseh. Aku menulis cerita yang kadang-kadang entah apa-apa. Alhamdulillah, sehingga takat ni kami dah berjaya mengeluarkan zine sendiri. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi membeli zine kami. Aku kenang korang sampai mati :)
Korang jaga diri elok-elok. Sayang korang selalu.
12 comments
dalam sibuk, masih sempat tukar template baru blog ye :-)
dill oooo dill... sibuk bercinta ye?
@the malay male: yeap. hanya tukar template. tak memerlukan idea mengarang :)
sy pun sama sibuk smpi bulan feb depan ~
sibuk yang sibuk or sibuk yang tak sibuk?
hi dill,hii!!
tak pa faham-faham,ada banyak benda kekadang buat tersepit kan..hee
salam dill..
ya..kekangan tugas membataskan keinginan utk menulis.. cuba menulis pun akhirnya menjadi kaku.. saya juga baru kembali muncul sejak sekian lama berehat..
selamat menjalani ibadah puasa ye dill..
zine tu apakah?
@Suhami Ahmad: singkatan dari perkataan magazine.
[maga]ZINE.
:)
i ni SA u tau...!! hik! hik!
slamat berpuasa :)
dill!!!salam ramadhan..
miss u dear...jgn lupa nonie k ^_^