Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan sepupuku. Lega. Hari ini aku terpaksa menjadi pengapit terjun. Tak membuat sebarang persediaan langsung. Aku berkurung biru manakala mempelai berbaju warna putih perak. Pengapit asal tidak berapa sihat. Tidak mengapalah...Hehe
Di sebelah malam pula, kami ada majlis persandingan mini untuk kaum keluarga. Selepas sesi bergambar, posing-posing, sesi potong kek pula. Yay! Berpeluang makan Kek Coklat Indulgence. Hampir pukul 12pagi, semuanya selesai. Ada saudara yang pulang pada hari yang sama kerna masing-masing ada hal sendiri.
Selepas itu, aku bersembang dengan Q di Yahoo Messenger. Dia sudah selamat sampai di Johor Bahru. Perlu menyelesaikan beberapa perkara penting. Meninggalkanku di sini. Maknanya, aku tidak dapat bertemu dengannya sebelum aku pulang ke Terengganu. *sedih
Aku teringat kata-kata kakak sepupuku. Dia mengatakan aku menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu standard (skema). Jawabku, "Dilla memang suka tulis dengan gaya yang macam tu." Aku senyum. Aku tidak tahu mengapa, tetapi aku suka menulis begini. Memang kadang-kadang nampak seperti penulisan buku teks, kan? Hehe.
Aku baru menghantar pesanan ringkas kepada Q, "It doesn't matter if you receive this message or not. I just want to say I miss you."
Jiwang amat...