Monday, November 30, 2009

pelangi petang

Kita sering merungut mengapa hidup kita kelam laksana hari yang mendung, gelap dan hujan sepanjang hari. Kita mencari-cari mentari di sebalik awan gelap. Namun kita lupa, mungkin sebenarnya Allah ingin hadiahkan pelangi kepada kita. Walaupun pelangi itu sekejap cuma, ia mampu menceriakan hidup ini selama mana yang kita mahu. doa

Aku sangat gembira hari ini kerana aku dapat berjumpa dengan Q. Ya, entri ini akan berbaur kejiwangan buat sementara wakturos. Hehe. Masa dirasakan begitu pantas berlalu. Kami sempat bermain bowling bersama-sama. Aku memang suka mencuci longkang. Haha! Dia memang pandai bermain bowling. Tabik spring sama dia! :okay:

Berjumpa dengannya merupakan salah satu kenangan terindah dalam hidupku. Buat masa ini. Kenapa aku masih merinduinya walaupun kami sudah berjumpa sebentar tadi? Aduh, gawat-gawat. Aku perlu mengubati diriku. Jangan terlampau obses dengan Q. Silap-silap nanti, diri ini juga yang merana. Yalah, sediakan payung sebelum hujan. Kita mengharapkan panas sampai ke petang, tetapi hujan di tengahari. Na'uzubillah.

Aku bukan mendoakan yang tidak baik. Tetapi ini hanyalah langkah berjaga-jaga. Kalian tolong doakan kami. Aku sendiri sedang berada dalam keadaan yang sukar kutafsirkan. Hati ini penuh dengan perasaan yang bercampur-aduk. Aku tidak tahu perasaan yang mana lebih dominan. Kegembiraan bukannya datang bergolek. Ia datang dengan pengorbanan. Aku sangat-sangat mengharapkan pengorbanan yang bakal aku alami tidak membuatkan aku kecewa sendiri.

Mataku sudah semakin layu. Namun, aku masih terasa bersalah. Okay, kita bukan berkata tentang Q sekarang. Aku baru mengemas dapur dan aku telah TERbuang lebihan sayur pucuk paku bersama udang-udang yang kukira, banyak gigitjari. Aku tersilap. Nanti aku terbawa-bawa ke mimpi pula. Aduh...adus