Wednesday, November 18, 2009

makan malam di Qurata

Aku di Terengganu...

Jam di komputer ribaku menunjukkan pukul 1.02 pagi. Hujan renyai-renyai di luar sana. Sejuk! :wala: Dua orang sahabatku sudah lena dibuai mimpi. Seorang lagi sibuk menyiapkan buku log manakala dua orang lagi sedang sibuk berbual di telefon. Aku pula sibuk mengetik papan kekunci komputer ribaku. Mataku masih segar. Mungkin kerna aku tidur pada siang hari tadi sengihnampakgigi.

Apa cerita menarik yang boleh kukongsikan di sini pada hari ini, ya? fikir Erm..kami telah mengadakan makan malam merangkap sambutan hari lahir untuk rakan-rakan yang hari lahirnya jatuh pada bulan November dan Disember. Kami berkonvoi ke Restoran Qurata yang berdekatan dengan masjid terapung. Majlis yang sederhana tetapi meriah! Bukan senang untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang sporting. Jika masing-masing tidak memberikan kerjasama, rasanya majlis ini tidak akan menjadi kenyataan :okay:. Salah seorang sahabatku telah bersusah payah mencari lagu-lagu karaoke dan burn kesemua lagu ke dalam vcd. Untuk apa? Katanya, semua orang wajib menyanyi. Ya, aku pun dipaksa menyanyi. Masalahnya, hampir semua lagu dalam vcd tersebut, aku tidak tahu. Terasa seperti katak di bawah tempurung pula. Mana tidaknya, setiap kali lagu berkumandang, aku akan terkebil-kebil sendiri. Apabila disuruh menyanyi, aku hanya tersengih:ahaha:.

"Hehe..saya bukan tidak mahu menyanyi. Tetapi saya tidak tahu lagu apa yang sedang dimainkan sengihnampakgigi"

Kemudian, aku diminta menyanyikan lagu Aishah. Maaf, aku tidak tahu tajuk lagu tersebut. Aku sedar, suaraku sumbang. Tetapi, aku hanya memenuhi permintaan sahabat-sahabatku. Kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira...dan mengantuk.


Aku teringin hendak bersembang dengan Q malam ini. Tetapi hasrat itu terpaksa dipendam kerna hari esok Q bekerja syif pagi. Pukul enam pagi, dia perlu berada di tempat kerja. Yang aku kasihan, dia baru pulang ke rumah pukul 1130 malam tadi. Sudah tertidur keletihan. Aku rindu lagi:sigh:.
--------------------
Q-F
--------------------