Sunday, November 8, 2009

sofbol dan bowling

Aku di Terengganu...

Baru-baru ini kami perlu menganjurkan Kejohanan Sofbol Tertutup peringkat IPG. Aku tidak menang tangan disebabkan kejohanan ini. Perlu siapkan surat jemputan, surat memohon peralatan, senarai nama pemain dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terasa seperti membuat kerja seorang diri. Aku hanyalah setiausaha. Setahu aku, setiausaha hanya membuat surat, kan? Tetapi, dalam kes aku pula, aku terpaksa mengendalikan mesyuarat ahli jawatankuasa. Aku yang memberikan taklimat ringkas. Bukankah sepatutnya pengerusi yang banyak cakap? Tetapi, pengerusi kami...Tidak mahu ingat. Nanti aku terasa sangat letih. Bukan niat ingin mengungkit, tetapi setiap dari kita perlu tahu peranan masing-masing. Bukan hanya menggoyangkan kaki seperti bos, dan pada masa yang sama melihat dari jauh kawan-kawan bertungkus-lumus menyiapkan segala-galanya.

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah. Kejohanan berjalan dengan lancar. Tidaklah sesempurna seperti di kaca televisyen. Tetapi, aku berbangga. Hasil penat lelah, akhirnya terbalas. Cuma, sekarang ini aku perlu menyiapkan laporan kejohanan. Nasib baik sudah siap sengihnampakgigi.

Hari ini kami ada pertandingan bowling di Kuala Terengganu Bowl. Tempatnya, okay lah. Aku sekumpulan dengan Maxwell, Sharifah Ida dan Marlina. Jujurya, aku tidak tahu bermain bowling. Permainan set pertama, aku lebih banyak mencuci longkang dari menjatuhkan pin. Aku secara tidak langsung, telah menjadi penyumbang kepada kekalahan kumpulan kami :puppyeyes:. Minta maaf ya, kawan-kawan. Tetapi, pada set kedua, aku cuba sedaya upaya. Tidak mengapa jika tidak berjaya menjatuhkan pin. Asalkan tidak cuci longkang, ia sudah mencukupi jelir.

Aku baru sahaja menyiapkan laporan sofbol. Ingatkan mahu menyiapkan refleksi SBE tetapi rasanya mata ini sudah mahu terkatup. Aku letih...Mahu :sleep:.

---------
-----------
Q-F
--------------------