Puas aku berfikir, apa yang ingin aku coretkan di dalam blog. Namun, akal fikiranku seringkali tidak dapat memberikan tindakbalas yang aku mahukan. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu menulis sekadar melepaskan batuk di tangga. Biarlah coretanku di sini secebis cuma tetapi penuh pengertian.
Alhamdulillah, aku sempat berjumpa dengan Q pada hari Isnin lepas. Tiada perancangan untuk berjumpa sebenarnya. Aku hanya menghantar pesanan ringkas mengatakan jika tiada aral melintang, aku ingin berjumpa dengannya. Ya, dia ambil serius dengan pesanan ringkasku itu. Sejam kemudian, dia sudah menungguku. Aduh, kufikirkan dia tidak akan datang kerna hari Isnin adalah hari cuti rehatnya. Aku datang juga kerna dia sudah sampai. Tidak banyak yang diperkatakan. Aku lihat dia semakin handsome. Adakah kerna kami sudah lama tidak berjumpa dan ini mempengaruhi pengamatanku? Haha! Ya, aku merinduinya. Aku akui.
Aku tidak tahu bila kami boleh berjumpa lagi. Bolehkah kami berjumpa lagi? Aku tidak ada jawapan untuk soalan itu.