Sudah 10 Julai. Teringat pula janji dia pada 15 Jun lalu. Tetapi keadaan sudah berubah. Tidak sama seperti dahulu. Aku sendiri tidak tahu sama ada dia akan menjenguk blog atau mukabuku aku lagi. Okay, sebenarnya aku tidak sangka sama sekali dia akan jenguk mukabuku aku. Aku fikir, apabila aku sudah tidak berada di pertengahan jalan hidupnya, dia akan lupakan aku. Tapi, Allah Maha Mengetahui apa niat sebenarnya.
Aku tahu, orang yang sering onlinekan mukabukunya adalah parasit itu. Aku tahu bila kamu kata kamu tidak bersama dengan parasit itu ke Kuala Lumpur, hakikatnya kamu memang pergi. Bukan aku ingin menyibuk hal peribadi kamu. Tetapi aku ingin lihat sejauh mana kamu menghargai kejujuran dalam persahabatan. Aku tahu bila kamu nafikan kamu sering ke rumah parasit itu, sebenarnya kamu acap kali ke sana. Aku tahu semua itu. Cukuplah dengan segala kata-kata manis kamu. Aku tipu jika aku katakan aku tidak sayangkan kamu lagi. Ya, aku masih sayangkan kamu. Cuma tidak seperti dulu. Jika kamu baca coretan kali ini, aku ingin ingatkan kamu bahawa aku pernah memberitahu kamu yang aku sangat bencikan penipu. Nah! Kamu menjadi salah seorang daripadanya. Ya, aku kecewa. Tetapi untuk apa? Aku tidak akan mendapat apa-apa kan?
Aku masih perlukan masa untuk memulihkan diri aku. Aku rasa kamu seorang sahaja yang kata aku sedang berbahagia. Kamu silap. Sangat silap. Kamu tidak kenal siapa aku lagi sebenarnya.
Bukan begitu?