Saturday, December 31, 2011

sarapan pagi Sabtu

Semalam di Tesco

"Kak Long, esok kite makan la nasik tu. Hari tu Ayah dapat makan sikit je. Kite beli la bahan-bahan."

"Baek bos."

Hari ini di kampung

Pagi-pagi sudah bermasak-masakkan. Goreng itu ini. Rempah macam-macam. Akhirnya...

Nasi Arab Berempah

*maaf, kualiti gambar kurang baik.

Wednesday, December 28, 2011

my humble du'a

I am not a superwoman.
I am not a robot.
I am just an ordinary woman.


with feelings
and
limitation.


why can't all of you have mercy on me?
even The One has mercy.

Tuesday, December 27, 2011

Sunday, December 25, 2011

gelagat di pasar pagi

Sedang meredah trafik manusia di pasar pagi, tiba-tiba Ayah ditegur oleh satu pasangan.  Mereka bersalaman.

"Kak Long, salam. Ni pangkat makcik ni," kata Ayah.

Aku pun bersalam sambil tersengih-sengih.

"Tingkatan berapa ni?" Tiba-tiba makcik tu bertanya kepada Ayah sambil pandangannya kejap-kejap ke arah aku, kejap-kejap ke arah Ayah.

Aku sengih lagi. Ayah jenuh bercerita sambil menyelitkan cerita tentang zaman persekolahanku agar pasangan tu tahu aku ni dah lama habis sekolah. Makcik tersebut semacam faham mesej Ayah lalu menoleh ke arahku.

"Sekarang kat mana?" tanya dia.

"KL" jawabku.

Setelah masing-masing beredar, aku tarik-tarik lengan baju Ayah.

"Ayah. Ayah. Tadi kan, makcik tu tanya, Along tingkatan berapa. Ahaks"

Ayah gelak.

Thursday, December 22, 2011

review sipi-sipi Buku Kontrol Histeria

Parsel diterima pada 16 Disember 2011. Berisi sebuah buku misteri. Sebuah buku komplikasi cerita-cerita fiksyen garapan penulis-penulis seperti April, Chacha, Dark Half, Dex Morgan, Eszol, Fiq Vertigo, GabanMorka, Ghost Writer, Johan Radzi, KHRLHYSM, Lee Zha, Lucifer, M.Faiz Syahmi, Melissa Ray, Mikhail Maverick, Naj Hebat, Norman Bates, Nurarnida Sabrina, Sahidzan (PK), Ska-Andy-X, Zaiful Zaharin, Ziela Salih dan Zoul Yazix.

Yeap, Buku Kontrol Histeria. Bermula dengan blog http://kontrolhisteria.blogspot.com. Sekarang ini semakin berkembang menjadi sebuah buku dan diedarkan oleh Lejen Press. Korang boleh order buku ni online ye. Klik SINI.


Juga boleh dapatkan di UYA Distro.


No. 26, 1st Floor (Above Station 1 Cafe),
Jalan SS 15/8B, SS15,
47500 Subang Jaya, Selangor.
uyadistro@gmail.com
operation hours: Monday - Saturday 15.00 - 00.30
http://facebook.com/uyadistro


Buku setebal 257 mukasurat ini penuh dengan cerita-cerita psiko, bunuh dan seks. Aku berpendapat buku ini hanya sesuai untuk pembaca berumur lapan belas tahun ke atas. Tetapi terpulanglah jika adik-adik teringin sangat hendak membaca. Semua dah boleh berfikir sendiri kan.

terima kasih kerna sudi tandatangan kat buku ni :)

Review ini sipi-sipi sahaja kerna rasanya aku tidak mampu mengolah dan bercerita semula tentang apa yang telah dituliskan. Pada aku siapa-siapa yang ingin membaca eloklah bersihkan hati nurani kamu dahulu. Kepala usah serabut-serabut. Nanti bertambah serabut. Hehe. Lagi satu, usah biarkan curiosity membelenggu jiwa kamu dengan mencuba setiap cara dalam buku ini untuk membunuh orang.  Curiosity kills the cat. Ops.

Apa-apa pun selamat membaca. 

p/s: terima kasih kerna selitkan namaku dalam mukasurat hadapan buku. aku terharu.

Flop Poppy - Cinta

Saturday, December 17, 2011

teman-teman blogger #4

Edisi akhir buat tahun ini.


jat

Kenal melalui TK. Seorang yang peramah dan rajin melayan repekan aku. Bekerja dalam bidang kejuruteraan (tolong betulkan kalau aku salah). 

Lea Isnawi

Orang Terengganu. Graduan USM. Bercita-cita untuk menjadi sebahagian dari kehidupan bomba. Kita doakan dia berjaya ya :)

Liyana Zahim

Novelis. Aku membeli novelnya, Sekebun Bunga Cinta. Entri Liyana sangat kelakar nak mati. Bikin aku gelak sakan. 

Fyqa

Fyqa comel amat. Sekarang ni dalam fasa sibuk kot. Walau bagaimanapun, entrinya tetap ada. Masih belajar. Ada sesiapa nak berkenalan? Hehe

Siti Mashitah Saidin

Bos blog Warna Kaseh. Entri dia lebih kepada kehidupan harian. Punya perspektif tersendiri terhadap apa yang dihadapi setiap hari.

Rain

Penulisannya mudah dan ringkas. Kadang-kadang punya maksud mendalam. Rain tulis banyak-banyak lagi ya. Aku kan setia membaca penulisan kamu :)

Hana Ahmad

Entri Hana penuh makna tersirat. Juga tentang kehidupan. Cuma disampaikan dengan caranya tersendiri. Ramai pembaca blog melekat dengan blog Hana. 

hiro

hiro ni kelakar la. Entri merepek sakan. Tapi ada mesej di sebalik kemerepekannya. Haha! Cube korang baca. Syok oh!

Abg Stalker

Kawanku yang handsome. Entri banyak berkisar tentang macam-macam benda. Dia seorang yang baik hati. Lama gak kenal dia. Peramah :)

Teman-teman, terima kasih. Kawan-kawan yang namanya masih belum ada, Insyaallah aku akan selitkan di masa akan datang. Sayang korang.

Selamat menulis.

*auto-published.

Friday, December 16, 2011

teman-teman blogger #3

Rentetan dari entri SINI dan SINI.


Ghost Writer

Pernah kusabotaj dia dalam cerita rekaanku dalam Fantastika Fantasi. Hehe. Punya laras bahasa yang tinggi hingga aku tidak faham kadang-kadang. Terasa ilmu sasteraku seciput cuma. A very nice person.

Khairul Antasha

Seorang yang teman yang baik. Selalu ajak aku makan aiskrim tepi padang sambil tengok orang lain bola. Tapi hajat kami selalu tak kesampaian. Awak, awak jauh sangat la~

blog-tips kurus

Korang boleh dapat macam-macam informasi dari blog ni. Pelbagai tips berguna dan juga ayat-ayat motivasi yang bisa melonjakkan semangat diri. 

Khai

Baru sahaja menerima ijazah sarjana. Tahniah! Seorang yang rajin blogwalking. Punya cita-cita tinggi. Tunangan orang. Jadi sila lupakan niat kamu ye gadis-gadis.

Azroy Kassim

Memakai nama pentas Azroy Kassim. Entri nya kelakar. Banyak maksud tersirat di sebalik tersurat. Masih mencari calon. Dia agak sibuk sekarang ni. Dah macam YB lak.

Abu

Orang Sabah. Sempoi. Entrinya banyak informasi. Selalu letak gambar menarik. Aku suka usha gambar-gambar pemandangan yang dia letak. Abu, lepas ni tolong tangkap gambar dill ye :)

penjajah minda muda

Suka sangat dengan entri-entri dia. Penuh makna tersirat juga. Pandai memilih perkataan beritma. Jeles. Awak, belanja saya choki-choki!

Untuk teman-temanku. :)

Susunan blog kamu tidak ada kena mengena dengan ranking ke ape ke. Susunan rawak.

Selamat menulis.

*auto-published.

Thursday, December 15, 2011

google +

Kawan-kawan yang ada Google +, boleh la add Dill

dillasamurai@gmail.com


untuk blogger

Wednesday, December 14, 2011

teman-teman blogger #2

Entri sambungan dari teman-teman blogger #1. Mungkin ada blog kamu. Yang belum ada, tunggu ye. Dill akan cuba buat yang terbaik untuk kamu semua :)


Anis

Kenal Anis dari Yahoo! Chat beberapa tahun lepas. Entri Anis ni sempoi je. Kelakar. Anis belajar kat Melaka. Sekarang ni Anis jarang tulis entri baru. Dia sibuk agaknya.

Aja

Seorang pustakawan. Berasal dari Kelantan. Sangat manis orangnya. Oh! Aku pernah bertembung dengan Aja ketika berjalan dari stesen LRT. Tapi aku tak berani nak tegur. Takut salah orang. Hehe

penaberkala

Antara kenalan terawal dalam dunia blog. Memakai nama penaberkala. Aku pernah tersilap menaip penaberkaler. Haha! Ampun! Student UTP. Ensem weh. Ada siapa-siapa nak berkenalan? Sila-sila.

Mr Iz @ ijat @ Ah Tat

Ayah kepada seorang putera, Qayyim. Seorang yang happy go lucky dalam penulisan. Banyak noktah yang digunakan. Dan juga banyak Hehehe.. ijat sibuk sekarang. Jarang menulis. ijat, rindu kamu!

jom santai sekejap

Blog berkongsi banyak informasi. Berehat agak lama dari dunia blog. Cuma sekarang ni ada update sikit-sikit. Sibuk amat dengar khabar.

Dean

Handsome ah mamat ni. Hehe. Seorang commis kat salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Orang Sabah. Menulis dengan santai. Cuma sekarang ni dia sibuk memasak. Tak sempat dah nak update blog. Hehe.

Teman-teman, terima kasih.

Selamat menulis.

*auto-published

Tuesday, December 13, 2011

silap faham

Apabila apa yang kita cuba perkatakan disalahtafsir oleh pihak lain, ia boleh mengakibatkan silap faham antara kedua pihak itu.

Antara medium yang boleh menyebabkan silap faham adalah SMS dan ruang sembang (chatbox). 

Pada kebiasaannya kita memerlukan intonasi atau nada suara sebagai sokongan dalam menyampaikan suatu input atau maklumat kepada pihak yang satu lagi. Itu jika kita menggunakan suara. Macam mana pula dengan ayat-ayat yang kita taip? Macam mana orang lain hendak tahu intonasi yang kita gunakan. Masalah akan timbul jika pihak itu menggunakan intonasi berlainan dengan yang kita harapkan.



Contohnya seperti:

Eh, jangan la buat macam tu.

Bagaimana kamu membaca ayat di atas? Intonasi pilihan? Tinggi atau rendah? Bagaimana kamu menafsir atau membaca ayat itu mungkin tidak sama dengan apa yang aku fikirkan sekarang. 

Jadi, elakkan membuat sebarang konklusi selepas membaca apa yang ada di depan mata. Eloklah sekiranya kamu kutip semua maklumat yang diperlukan. Usah main serkap jarang. Itu sebab terjadinya silap faham.

*kadang-kadang aku tidak tahu apa yang aku repekkan. -_-"

Monday, December 12, 2011

teman-teman blogger #1

Aku mula menulis sejak enam tahun lepas. Tetapi jarang aku war-warkan penulisanku kepada blogger yang lain. Aku lebih senang menulis dan membacanya sendiri. Namun lama-kelamaan ada kawan-kawan yang rajin mengunjungi semula blog aku. Terima kasih banyak-banyak. Kali ini aku titipkan beberapa blog kawan-kawan untuk tatapan kamu.

Sal Keropi

Empunya blog, Cik Sal. Kawanku tika di Taman Ilmu dan Budi. Punya pelbagai keistimewaan  tersendiri. Blognya penuh madah. Kadang-kadang aku tidak terikut. Hehe. 

Orlando Ahmad

Blog Orlando Ahmad ni sempoi. Aku senang membaca penulisan dia. Kelakar. Kadang-kadang gelak sendiri. Cara dia menyampaikan suatu isu dalam nada humor buat ramai pembaca melekat kat blognya.

Tukang Karut

Aku kenal dia dari blog Mina. Sangat rajin menulis entri. Kelakar pun ada kadang-kadang. Pengantin baru ni beb. Dengar cerita lepas kahwin ni jarang-jarang dapat menulis blog. Kene tarik telinga dengan isteri agaknya. Ops.

Nonie

Antara kenalan lama dalam dunia blog. Student Uitm Shah Alam. Dia ni tengah dalam mood jiwang karat (jangan marah). Haha! Nonie ni peramah. Korang tegur-tegurlah dia.

Iema

Iema ni kawan Nonie. Member kamcing. Hehe. Iema pun peramah, sama macam Nonie. Korang jangan malu-malu kalau nak sembang dengan dia.

Miz Novexx

Aku panggil dia senior. Saja-saja. Sekarang ni sangat sibuk dengan kelas Bio-nya. Peminat tegar Johan As'ari.  Entri-entri dia sempoi. Kelakar. 

Ini antara teman-teman blogger aku. Yang namanya tak ada kat sini, usah terkilan. Nanti aku dedikasikan untuk korang pulak.

Selamat menulis.

Saturday, December 10, 2011

menghargai

Angin sepoi-sepoi bahasa petang itu. Menyapa lembut pipi Orlando yang sedang berehat berbantalkan lengan atas bangku berdekatan rumahnya. Mata Orlando memandang jauh sawah padi terbentang luas di hadapan rumahnya. Hijau kekuningan.

Sudah seminggu Orlando tidak ketemu Dill. Cuti sekolah ni Dill balik kampung kat utara. Tak de orang nak teman Orlando buat kerja sekolah. Sekejap-sekejap Orlando rasa kehilangan. Namun cepat-cepat dia buang perasaan itu. 

"Lepak ngan Qaisarah lagi masyuk~" katanya perlahan.

Petang esoknya Orlando masih lagi merenung sawah padi. Masih hijau kekuningan. Masih tanpa Dill. Kosong. Orlando leka hingga tidak sedar satu susuk tubuh menghampiri.

"Kamu, buat ape sorang-sorang kat sini?"

Orlando kerut dahi. Macam pernah dengar suara itu. Dia menoleh ke belakang dan melihat Dill sedang tersengih-sengih memandangnya.

"Eh! Lu dah balik? Gua ingatkan dah tanak balik sini," tanya Orlando.

Dill tergelak kecil. "Takkan nak tinggalkan kamu sorang-sorang kat sini. Nanti bau kamu sama macam Qaisarah. Hihi"

"Apahal datang jumpa Gua ni? Lu jangan jawab Lu rindu. Gua lesing Lu nanti," kata Orlando tanpa melihat wajah Dill. Matanya dialihkan semula ke arah sawah padi.

"Kite nak kasi kamu gula-gula ni je. Terima kasih sebab jadi kawan kite. Sungguh."

Dill meletakkan gula-gula berbentuk lolipop itu di sebelah Orlando. "Kite suke sangat-sangat kamu jadi kawan kite. Kite balik dulu tau. Tata!"  Dill berlari meninggalkan Orlando. Dia sempat lagi melambai sebelum hilang di sebalik celahan pokok rambai.


Orlando mengambil lolipop itu dan merenungnya. "Gua rindu Lu, Dill"

Friday, December 9, 2011

keindahan

Perasaan menyayangi dan disayangi itu memang indah.

kredit: Google

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

iklan meruntun jiwa

terkesan di hati.

*kamu, saya sebak.

senda pagi

Masa: pagi
Cuaca: suam-suam kuku
Koordinat: kampungku tercinta

Sekarang ini musim buah-buahan kat kampung. Yang sedang hebat mencanak macam durian, manggis dan rambutan. Hujung minggu lepas aku bertapa di rumah Opah. Dalam masa yang sama Mak Su dan anak-anak turut sama ada di sana, Syafiq (17) dan Afikah (9).

Buah maggis sudah masak ranum. Pohonnya rimbun aja. Opah suruh Shafiq kait buah manggis.

Opah: Shafiq, manggis tu dah masak. Pergila kait.

Shafiq kelihatan malas nak bangun. Tapi dia turuti juga cadangan Opah. 

Shafiq: Adik (Afikah) nak ikut Abang kait manggis tak?

Afikah yang sedang tekun menonton tv terus meluru keluar meninggalkan Shafiq di belakang. Pintu rumah dikuak. Shafiq meloloskan dirinya. Daun pintu ditutup semula.

Suasana sunyi sepi. Tiba-tiba..

"Adik...tu rambutan. Abang kata manggis..."

Pecah gelak kami yang dalam rumah ni. Afikah tersilap pokok agaknya. Keliru antara rambutan dan manggis ke cik adik oi..Hahahaha!!!

ini rambutan

ofkos ini manggis

budak-budak...

Saturday, December 3, 2011

baju kurung

Senario yang biasa kita kaitkan dengan baju kurung.

# bulan Ramadhan.
# cikgu
# hari Jumaat - gadis-gadis pejabat jelita dan sopan
# kenduri kahwin
# macam-macam lagi lah. aku tak ingat. haha!

Tetapi sekarang ini bukan setakat baju kurung potongan biasa. Ada baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah, baju kurung Zubaidah (aku tak tau macam mana rupanya) dan pelbagai fesyen lain. 

Dari kecil aku dibiasakan dengan baju kurung potongan biasa. Nampak lebih elok, kata Emak. Kebanyakan baju kurung aku mengikut ukuran baju kurung adik perempuanku. Dia sedikit besar daripadaku. Jadi baju kurungku besar daripada tuannya. Tenggelam dalam baju kurung. Haha! Keadaan berlarutan hingga aku melanjutkan pelajaran ke Taman Ilmu dan Budi.

Cuma sekarang ini Emak sering mencadangkan aku memakai baju kurung moden. Awal-awal dulu aku tidak tahu macam mana rupanya. Emak suruh tempah dan cuba sendiri. Aku tak biasa dengan baju kurung moden. Haha! Mungkin kerna aku tidak cukup moden. Old Skool.

Banyak sangat aku membebel, padahal nak tunjuk baju kurung je pun. ^__^

Ayah belikan kain dari Indonesia. Thanks Dad :)

Okei, ni aku pilih sendiri. biasa-biasa je

betapa misterinya seni
seperti misterinya jiwa manusia
kadang-kadang usah cuba dirungkai misteri itu
biar masa tentukan semua.

Friday, December 2, 2011

seikhlas doa

"Setiap hari kuberdoa supaya dikau menjadi temanku dari dunia ini sampai syurga"

*senyum*

terima kasih atas doamu, kawan.