Apabila apa yang kita cuba perkatakan disalahtafsir oleh pihak lain, ia boleh mengakibatkan silap faham antara kedua pihak itu.
Antara medium yang boleh menyebabkan silap faham adalah SMS dan ruang sembang (chatbox).
Pada kebiasaannya kita memerlukan intonasi atau nada suara sebagai sokongan dalam menyampaikan suatu input atau maklumat kepada pihak yang satu lagi. Itu jika kita menggunakan suara. Macam mana pula dengan ayat-ayat yang kita taip? Macam mana orang lain hendak tahu intonasi yang kita gunakan. Masalah akan timbul jika pihak itu menggunakan intonasi berlainan dengan yang kita harapkan.
Contohnya seperti:
Eh, jangan la buat macam tu.
Bagaimana kamu membaca ayat di atas? Intonasi pilihan? Tinggi atau rendah? Bagaimana kamu menafsir atau membaca ayat itu mungkin tidak sama dengan apa yang aku fikirkan sekarang.
Jadi, elakkan membuat sebarang konklusi selepas membaca apa yang ada di depan mata. Eloklah sekiranya kamu kutip semua maklumat yang diperlukan. Usah main serkap jarang. Itu sebab terjadinya silap faham.
*kadang-kadang aku tidak tahu apa yang aku repekkan. -_-"
22 comments
bukan tulis macam tu. macam ni
'hish. jangan la buat macam tu woi!'
ye... kadang kadang terpaksa guna emoticon untuk mengekspresikan intonasi tu, heheh ;D
aku pun banyak kali merepek!
errrr.
aah kan.
nanti orang engat kite marah2 pulak kat dia.
-.-
jat tahu dill,kitorg selalu slh faham msg bos, kdg2 cnfuse xtahu dia msg marah ke x.haha
aah betol.pastu plak the usage of CAPITAL LETTER.. some people will assume it as anger :)
errr ape cik ana merepek ni?=P
luv,
cik ana
kaklimah bace dgn nada gedik2 sket..ahahaha :P
Aku pon. Entry kdg merepek. Taktau lah smpai ke tak .
ha ah...
aku adalah orang yang selalu salah dalam menginterpretasikan maksud orang lain melalui tulisan.
*aku pun selalu gak merepek Dill. ;)
saya selalu disalah faham
haha
:)
sebab tu calling lagi best dr bersms
hehe
"Eh,jgnla buat mcm tu!!"..kalo tambah tanda seru, bley gune intonasi tinggi..~
"jgnla buat mcm tu"..kalo buang "eh"..nampak mcm lembut je ayat tu..
boley x mcm ni, hehe~
Sbb tu aq lg suke msg dri calling sbb aq dpt mngelirukan semua org dgn tulisan aq tu..
Xpe..bia kan mereka xphm intonasi aq..pdn muke..hahahaah..
Bia mereka pening dan bingung..!!
Biarkan..
-agak2 nada tinggi ke rndah komen aq ni?-
KEFAHAMAN Bahasa Melayu adalah agak sukar.. (",)
heee..sms mmg sll slh fhm..sbb xdgr nada pengirim tu kan?heee
orang yang baca patut baca dengan semua intonasi yang ada .hehee
betul la...kalau tak face to face boleh mendatangkan salah faham kan...
aku suka entry ni.. betul la.. yg penting berfikiran +ve.. jgn buat tafsiran yg salah kan kan..
itu pentingnya hubungan dua hala bersemuka
sy tak ambil peduli sgt pasal ayat2 ringkas ni :D
yeah, masalah biasa bila menggunakan sms or yang seangkatan dengannya yang tiada suara intonasi.
haishh....