Sunday, December 22, 2013

dunia blog

Semangat menulis macam dah hilang ditiup angin je. Walau bagaimanapun, aku rasa sangat seronok sebab kenal dengan ramai blogger.

Orlando Ahmad
Sabdridah Saidin
mina
TK
iema latif
nonie
ct aja
blog tips kurus
Mashitah Saidin
samad

dan ramai lagi.

Harap-harap kita semua dapat jumpa satu hari nanti. Insyaallah.

Sal, awak tak termasuk dalam senarai blogger sebab dah awak sememangnya kawan saya :)

Monday, September 30, 2013

cerita lalu: 29 september 2013

Minggu ni aku bekerja 6 hari. Hari ketujuh, Ahad, baru merasa boleh bangun sedikit lewat.

Sedikit terkesan dengan apa yang berlaku malam sebelumnya. Ada kenduri kahwin berdekatan tempat tinggalku. Kelazimannya mereka akan berkaraoke dangdut berjam-jam lamanya. Bergelek sakan. Muzik dipasang sekuat mungkin. Aku terganggu. Ini bukan pertama kali. Sakit hati, Allah je yang tahu. Aku menangis kerana terpaksa menghadapi gangguan seperti ini. Bukan tidak bersyukur sebab sudah ada tempat tinggal. Tapi kita ni hidup berjiran. Bukannya ko sorang je yang kahwin. Aku menangis sehingga tertidur.

Aku pasti karaoke, dangdut, gelek ini akan berlarutan sehingga keesokan hari. Dan aku betul.


Aku mengemop rumah hari ini. Habuk penuh hampir di semua tempat. Rumah ni memang pengumpul habuk nampaknya. Tak sabar nak pindah dari sini satu hari nanti. Insyaallah.

Macam-macam perkara berlaku hari ni.

Masa aku nak masak lauk tengahari, santan boleh tertumpah dari kotak. Tak pasal-pasal aku mengelap lantai sekali lagi. Rasanya baru kejap tadi aku mop rumah. Penat-penat.

Semasa nak ambil barang dari peti ais, baru perasan susu pekat manis dah tumpah mengotori peti ais. Tepuk dahi aku. Aku ambil masa membersihkan peti ais pula. Memang Allah takdirkan susu ni tumpah supaya aku boleh membersihkan peti ais.

Panas bahang. Aku mahu mengangkat kain jemuran di ampaian menerusi tingkap dapur apabila aku perasan telekungku telah terbang ditiup angin dan jatuh atas bumbung rumah orang. Aku tinggal di tingkat 3. Telekungku jatuh atas bumbung rumah ground floor. Kelam-kabut aku turun. Tengok telekung. Mendaki ke rumahku semula dan turun membawa batang kayu mop. Cuba untuk mencapai telekung. Tapi tanganku tidak sampai. Gara-gara aku tidak cukup tinggi, aku gagal menariknya.

Aku naik semula ke rumah. Sedih sangat. Telekung itu pemberian Opah. Aku mesti dapatkannya. Tapi bagaimana? Aku sms emak, tanya pendapat. Emak kata cuba mintak tolong ketua blok. Aku terfikir, takkan aku nak ketuk pintu rumahnya (aku tak pasti rumahnya yang mana satu pulak tu) semata-mata nak ambilkan telekung.

Aku menangis. 

Aku jenguk dari tingkap dapur. Aku dapat lihat tali pengikat telekungku terjulur di hujung bumbung. Cepat-cepat aku pakai tudung dan turun tangga. Aku lompat sekuat hati sehingga dapat mencapai tali pengikat telekung.

Alhamdulillah.

Aku cerita pada kawan sekerjaku. Dia kata,

"Allah saja ja tu. Nak usik awak."

Aku senyum.

Monday, July 8, 2013

Reviu: Ajaib


Menulis reviu secara suka-suka.
Walau tidak sehebat mana.
Tapi kita cuba :)

Saturday, June 22, 2013

Jerebu

Anak: Mak! Mak! Jom pegi KLCC!
Mak: Mana KLCC nye? Mak dah tak nampak. (sambil mengecilkan mata untuk memfokuskan pandangan)



oh Malaysia ku..

Thursday, June 20, 2013

Art For Grabs

Alhamdulillah, tahun ni aku dapat jenguk lagi event Art For Grabs. Event nya di The Annexe berdekatan dengan Pasar Seni. 


beli buku & hiasan comel ni dari Things by Mims



dan dapat autograf dari pelukisnya juga. Yay!

Aku memang teringin nak beli buku & hiasan comel tu bila pelukisnya promote kat group The Annexe Gallery. Aku berjaya beli! Dan yang terujanya, pelukis tu boleh ingat aku yang komen kat gambar dia kat FB. Menyesal tak tangkap gambar sekali. Aku cuma salam tangan je. Haih. Jadi la. Tangan dia lembut wo.

Selain tu aku singgah booth Fixi. Semata-mata nak beli Paranormal, Ajaib dan Yang Nakal-Nakal. Teringin nak beli buku kat booth lain jugak. Tapi kewangan tak mengizinkan. Dah tengah bulan. Aku sengkek sikit sebab hampir sebahagian besar kewanganku dilaburkan ke kereta kecilku. Haih. Sabo je la.

Aku pergi sorang-sorang je. Agak kasihan di situ. Kawan baikku dah kahwin. Jadi dah tak de geng nak keluar sama-sama. Lone ranger.

Okei lah. Bila-bila aku tulis lagi. Tata.

Wednesday, June 5, 2013

Aih. Juni sudah.

Kali terakhir menampal gambar di sini adalah pada bulan April lepas. Itu pun saja nak kenang-kenang buku yang dibeli dari Fixi.

Mengharap semangat menulis 2011 masih wujud walau sekelumit. Nampaknya virus M masih menguasai aku. Haha. Jadi aku menulis bila aku rasa hendak menulis. :)

Tahun lepas Atok aku kembali ke rahmatullah, 15 Syaaban 1433. Aku masih ingat tarikh hijri kerna aku berpuasa nisfu Syaaban pada hari itu. Memandu pulang selepas solat Subuh. Aku cuba berada dalam keadaan waras. Memandu dalam keadaan marah atau terlampau sedih boleh membahayakan diri sendiri.

Tok, Along ingat lagi apa yang Along cakap pada Tok masa cuti sekolah bulan 3 tahun lepas.

"Tok jaga diri elok-elok ye. Raya nanti kita jumpa."

Dan kita tak sempat jumpa dalam bulan Syawal, Tok. Tok pergi dalam bulan Syaaban. Lebih awal dari yang kita sama-sama jangkakan. Melihat wajah Tok buat aku sebak. Aku menangis semasa memeluk opah dan membaca Yasiin. Sekarang pun aku sebak.

Di tanah perkuburan ketika talkin dibacakan, mataku tertancap pada seorang budak perempuan kecil. Dia sibuk merakam semuanya dengan telefon berkamera. Apa, mak ayah dia tidak tahu mengajar anakkah? Ini bukan pesta gembira. Kami semua duka nestapa. Masih lagi membiarkan anak merakam sesuka hati? Bila aku luahkan, akan ada sesetengah orang berkata, 'Ala. Budak kecil. Apa yang dia tahu?" Okay, then I will blame her parents.

Masih terasa kehadirannya. Tok bukan seorang yang banyak bercakap. Tika hayatnya, dia sangat garang dengan kami adik-beradik. Namun itu bukan penghalang untuk kami berlepak sakan di rumahnya. :)

Tok, maafkan Along kalau Along urut belakang Tok kuat sangat.

Maafkan Along kalau Along sakitkan hati Tok.

Maafkan Along kalau Along sepahkan tempat tidur Tok.

Maafkan Along kalau Along tak banyak sembang dengan Tok.

Along cuma ada Opah, Mak dan Ayah je sekarang. 

Al-Fatihah buat Tok, Baharom bin Omar.

Tuesday, February 12, 2013

"Kalau cakap lagi, kena cium"

Apabila dia mengetahui lelaki itu yang terselindung di sebalik maskot ALONG, dia teruja. Ini kerna dia tidak pernah tahu maskot yang sering menemaninya sewaktu kecil adalah lelaki itu sebenarnya. 

Pabila dia diberi peluang untuk berjumpa dengan lelaki itu, jiwanya memberontak gembira. Tidak akan dilepaskan peluang ini untuk berkenalan dengan lebih rapat.

Terasa hangat menjalar di tubuh tika badannya berdekatan dengan lelaki itu. Berjalan beriringan menuju destinasi yang samar-samar.

Singgah sebentar di bangunan tinggi. Rumah merpati. Katanya ada kenduri jadinya kami harus singgah sebentar. Menaiki tangga satu persatu sehingga sampai ke pintu rumah kenduri. Tidak banyak bicara, kami meneruskan perjalanan, mencari kawasan sesuai untuk berborak.

Berjalan dan terus berjalan sehingga ke bawah pohon rendang. Senyum manis sekali. Riak wajah lelaki itu menenangkan hati dia.

Lelaki itu memberi amaran, usah diungkit perkara lalu.

Dia terus mengatakan tentang perkara yang dilarang lelaki itu. Sepantas kilat pipi dia dicium lelaki itu. Dia terkesima.

"Kalau cakap lagi, kena cium," kata lelaki itu lantas tersenyum lagi.

Pipi dia merona merah.

p/s: syoknya mimpi pipi kena cium dengan lelaki di sebalik patung ALONG. siapa? ce gugel. Keh3

p/s: eh! hai korang!

Wednesday, January 2, 2013

pertama di 2013

Sudah lama rasanya meninggalkan dunia menulis. Tidak segigih dahulu di mana aku berusaha untuk update setiap hari. Perasaan menulis makin pudar hari demi hari namun cintanya masih ada. Sementara ada aku curahkan pada hari ini sebelum kepudaran itu menyelubungi pemikiran aku.

Rasanya masih belum terlambat.

Selamat Tahun Baru 2013.

Sedar tidak sedar sudah dua hari kita melangkah ke alam baru. Lagi satu jam tiga puluh minit akan masuk hari ketiga. Bagaimana kawan-kawan di sana? Masih giat menulis kan? Maaf aku sudah jarang menjenguk. Memang aku jarang sekali membuka paparan blogger. 

Hidupku masih begini. Kesibukan masih sama cuma kadang-kala ditambah sesuka hati oleh pihak autoriti. Siapa aku? Hanya mentimun di kalangan durian. Namun jika ada injustice di depan mata, aku tidak teragak-agak untuk memberontak. Walau dikata masih setahun jagung, tak pe lah. Aku akan jadi petani ladang jagung yang luas :)

2012 banyak kenangan suka duka, pahit manis dan segala rasa. Terima kasih kepada semua yang masih bertahan dengan aku. Bertahan dengan perangai semacam aku. Bertahan dengan kata-kata tak terjangka aku. Terima kasih.

Kalau kamu perasan, aku tukar nama link blog aku. Ada sebabnya. Blog ini hanya terbuka untuk rakan-rakan di luar kehidupan realiti aku. Tidak disangka blog rahsia yang aku jaga terbongkar. Aku serius tidak selesa pabila saudara atau kawan-kawan seangkatan semasa belajar membaca blog ini.

Ini ruang lingkup aku. Penulisan ini ikhlas aku muntahkan dari jiwa aku. Biar orang kenal aku dengan nama Dill. Bukan dengan kerja realiti aku di duniawi. Kerna aku akan dizalimi dengan kata-kata perlian atau dibanding dengan manusia-manusia lain. Fedap.

Team Warna Kaseh, terima kasih kerna memberi aku peluang menulis di situ. Acap kali aku tidak menjalankan tugas. Maaf. Ideaku berlari ke bintang timur. Buntu aku.

Buat kamu, terima kasih kerna bertahan dengan sikap pelik aku. Maaf kerna selalu buat kamu susah dengan kepala anginku. Terima kasih :)

Tidak tahu bila akan menconteng lagi. Salam rindu.