Sudah lama rasanya meninggalkan dunia menulis. Tidak segigih dahulu di mana aku berusaha untuk update setiap hari. Perasaan menulis makin pudar hari demi hari namun cintanya masih ada. Sementara ada aku curahkan pada hari ini sebelum kepudaran itu menyelubungi pemikiran aku.
Rasanya masih belum terlambat.
Selamat Tahun Baru 2013.
Sedar tidak sedar sudah dua hari kita melangkah ke alam baru. Lagi satu jam tiga puluh minit akan masuk hari ketiga. Bagaimana kawan-kawan di sana? Masih giat menulis kan? Maaf aku sudah jarang menjenguk. Memang aku jarang sekali membuka paparan blogger.
Hidupku masih begini. Kesibukan masih sama cuma kadang-kala ditambah sesuka hati oleh pihak autoriti. Siapa aku? Hanya mentimun di kalangan durian. Namun jika ada injustice di depan mata, aku tidak teragak-agak untuk memberontak. Walau dikata masih setahun jagung, tak pe lah. Aku akan jadi petani ladang jagung yang luas :)
2012 banyak kenangan suka duka, pahit manis dan segala rasa. Terima kasih kepada semua yang masih bertahan dengan aku. Bertahan dengan perangai semacam aku. Bertahan dengan kata-kata tak terjangka aku. Terima kasih.
Kalau kamu perasan, aku tukar nama link blog aku. Ada sebabnya. Blog ini hanya terbuka untuk rakan-rakan di luar kehidupan realiti aku. Tidak disangka blog rahsia yang aku jaga terbongkar. Aku serius tidak selesa pabila saudara atau kawan-kawan seangkatan semasa belajar membaca blog ini.
Ini ruang lingkup aku. Penulisan ini ikhlas aku muntahkan dari jiwa aku. Biar orang kenal aku dengan nama Dill. Bukan dengan kerja realiti aku di duniawi. Kerna aku akan dizalimi dengan kata-kata perlian atau dibanding dengan manusia-manusia lain. Fedap.
Team Warna Kaseh, terima kasih kerna memberi aku peluang menulis di situ. Acap kali aku tidak menjalankan tugas. Maaf. Ideaku berlari ke bintang timur. Buntu aku.
Buat kamu, terima kasih kerna bertahan dengan sikap pelik aku. Maaf kerna selalu buat kamu susah dengan kepala anginku. Terima kasih :)
Tidak tahu bila akan menconteng lagi. Salam rindu.